Jika anda gemar berlari atau joging, anda pasti tahu apa itu marathon. Secara umumnya, sesuatu acara larian itu dipanggil sebagai marathon apabila jarak lariannya adalah 42km (atau lebih tepat 42.195km). Ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan seseorang itu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk menghabiskannya.
Kebiasaannya, apabila anda telah berjaya menamatkan larian marathon dalam sesuatu pertandingan, anda perlu berehat selama beberapa hari bagi membolehkan otot-otot badan berehat dan pulih seperti sediakala.
BESARKAN TEKS A- A+
Sempena hari jadinya yang ke 70 tahun, Chau Smith yang lebih layak digelar seorang nenek telah membuat sesuatu yang istimewa bagi meraikannya. Beliau telah mengambil keputusan untuk berlari marathon di 7 buah benua dalam masa 7 hari. Ya, 7 hari sahaja!
Cabaran ini yang diberi nama Triple 7 Quest menyaksikan Chau akan berlari di 7 buah negara di 7 buah benua iaitu Perth (Australia), Singapura, Cairo (Mesir), Amsterdam (Belanda), New York (Amerika Syarikat), Punta Arenas (Chile) dan Kepulauan King George (Antartica). Untuk menyelesaikan cabaran ini, setiap kali selepas selesai menghabiskan sesebuah marathon, Chau akan bergegas menaiki flight untuk ke destinasi berikutnya. Perkara ini semestinya memenatkan memandangkan kebanyakan masanya dihabiskan untuk berlari dan menaiki kapal terbang.
Walaubagaimanapun, berkat keazaman yang tinggi, Chau berjaya menyempurnakan misinya.
Kisah ini seharusnya menjadi inspirasi kepada kita untuk menjaga kesihatan. Kebanyakan daripada pada usia 70 tahun sudah pun sakit dan tidak mampu berjalan. Hal ini adalah berpunca daripada kita sendiri yang tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat.