Bagi sesetengah manusia, menamatkan acara larian marathon sejauh 42km adalah sesuatu yang sukar. Ianya memerlukan latihan yang cukup untuk memastikan tubuh badan mampu berlari dalam masa yang lama.
Sekiranya acara larian yang mempunyai jarak 42km dikenali sebagai marathon, acara yang mempunyai jarah melebihi 42km pula dikenali sebagai ultramarathon.
BESARKAN TEKS A- A+
Larian Ultramarathon
Walaupun acara ini seakan-akan gila, ultramarathon mempunyai peminatnya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah ada yang sanggup berlari 50km, 100km ataupun 100miles (lebih kurang 160km).
Antara acara ultramarathon yang popular kerana kesukarannya adalah Ultra Trail Mont Blanc (UTMB), Hardrock Hundred Mile Endurance Run (Hardrock 100) dan Hardrock Hundred Mile Endurance Run.
Larian Barkley Marathon
Dalam banyak-banyak acara Barkley Marathon mungkin boleh dikatakan acara ultramarathon paling gila. Ini beberapa fakta menarik mengenai acara ini:
1. Dalam acara ini, setiap peserta perlu berlari sebanyak 5 pusingan di mana setiap pusingan adalah kira-kira 20miles (~32km) dan setiap pusingan adalah melalui laluan yang berbeza.
2. Sejak dianjurkan pada tahun 1986, hanya 15 orang yang berjaya menamatkan acara larian ini. Acara ini telah direka oleh Lazarus Lake.
3. Beliau sendiri tidak pernah menghabiskan acara larian ini. Paling banyak beliau cuma pernah menghabiskan 2 pusingan sahaja.
4. Alat sokongan GPS tidak dibenarkan untuk digunakan. Peserta perlu menggunakan kompas dan mengikut petunjuk (clue) yang diberikan apabila memulakan sesuatu pusingan).
5. Proses pendaftarannya sangat unik dimana tiada laman web khas untuk mendaftar. Setiap peserta perlu mencari sendiri Lazarus Lake untuk mendapatkan emel beliau untuk menghantar permohonan untuk mendaftar.
6. Setiap peserta yang memohon untuk mendaftar perlu menghantar emel disertakan dengan karangan yang bertajuk
"Why I Should Be Allowed to Run in the Barkley." Selain itu pemohon juga perlu melalui ujian bertulis.
7. Selain itu, peserta juga perlu menandatangani perjanjian sebelum dibenarkan bertanding. Isi kandungan surat tersebut antara lainnya berbunyi:
"If I am stupid enough to attempt the Barkley, I deserve to be held responsible for any result of that attempt, be it financial, physical, mental, or anything else."
8. Peserta perlu menghabiskan 5 pusingan dalam tempoh 60 jam (12 jam setiap pusingan).
9. Dalam setiap pusingan, peserta perlu mendapatkan kesemua 13 petunjuk untuk menamatkan pusingan tersebut. Di permulaan setiap pusingan, mereka akan diberikan satu nombor unik dan setiap petunjuk yang diikuti haruslah berpandukan kepada nombor yang diberi.
10. Yuran penyertaan ini pertandingan ini hanyalah serendah $1.60!
Kredit: