Sejak kebelakangan ini, acara marathon makin melonjak naik dalam kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja acara marathon yang anda boleh sertai di seluruh Malaysia.
Oh ya, bagi yang tidak tahu apa itu 'marathon', ianya adalah acara larian jarak jauh sejauh 42km atau lebih tepat lagi sejauh 42.195km. Untuk berlari sejauh ini, ketahanan fizikal dan mental adalah sangat penting.
BESARKAN TEKS A- A+
Berikut adalah beberapa tips asas bagi anda yang ingin mencuba marathon buat pertama kalinya:
1. Hidrasi Yang Cukup Sebelum, Semasa dan Selepas Berlari
Pastikan anda meminum air yang cukup sebelum, semasa dan selepas berlari. Sehari sebelum berlari, pastikan anda banyak meminum air kosong agar badan anda tidak dihidrasi semasa berlari keesokan harinya. Semasa berlari pula, anda digalakkan minum air sekurang-kurangnya setiap 3km atau sebelum anda berasa dahaga.
Hidrasi yang cukup sangat penting bagi memastikan organ-organ badan terutamanya buah pinggang dapat berfungsi dengan sempurna. Sekiranya cuaca panas, pastikan anda minum air mencukupi untuk mengelakkan daripada "heat stress".
2. Berlatih dengan Mencukupi
Berlari dalam jarak yang jauh boleh mendedahkan diri anda kepada kecederaan sekiranya tubuh badan anda belum biasa melakukannya. Biasakan diri untuk berlari dalam jarak jauh walaupun dalam tempo yang perlahan. Ini dapat melatih dan menguatkan otot-otot anda agar tidak cepat penat dan cramp semasa hari pertandingan.
3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi Sebelum Berlari
Berlari dalam jarak yang jauh menggunakan banyak tenaga. Tidur yang mencukupi memastikan anda bertenaga dan mental anda lebih bersedia.
4. Ketahui Kondisi Tubuh Badan Anda
Sekiranya anda baru pertama kali berlari marathon, fahami dahulu bahasa tubuh badan anda. Jangan terlalu memaksa diri sekiranya tidak mampu. Jangan meletakkan target yang terlalu tinggi agar anda tidak terlalu stress untuk mencapai target.