Kredit foto: Instagram Tajul
Buat pertama kalinya penyanyi Tajul Ariff mendedahkan wajah isterinya, Nurul Shamieza Eddie, 23, kepada umum.
Selepas mengakui status sebenarnya yang sudah bergelar suami, penyanyi lagu Ibu itu bertindak memuat naik gambar beliau bersama suri hatinya di laman sosial Instagram.
Kredit foto: Instagram Tajul
Mengiringi foto berkenaan, Tajul Ariff Noor Md. Shari, 21, menulis kapsyen ringkas berbunyi, "Gambar zaman bila ni? Kurusnya pipi awak (merujuk kepada isteri) masa ni".
Sehingga kini, entri berkenaan mendapat lebih 60,000 'likes' dengan dihujani komen para peminat termasuk rakan selebriti yang memuji kecantikan wajah isterinya, termasuk mendoakan kebahagian pasangan muda itu.
Ada juga rakan artis yang meluahkan ketidaksabaran menantikan kelahiran anak adik kepada arwah Achik Spin ini.
"Akhirnya. Tahniah Tajul! Tak sabar nak tengok baby," tulis Ara Johari.
"Baik, Jul. Semoga bahagia, amin," ucap Usop.
"Bini kau lawa betul, Jul", luah pemilik akaun @syahqem_.
"Comelnya. Asal muka dia macam Korea," cetus @umianakharun.
Kredit foto: Instagram Tajul
Terdahulu, Tajul berteka-teki tentang statusnya yang dikatakan sudah mendirikan tangga dan bakal menimang anak.
Akhirnya spekulasi itu terlerai apabila beliau membuat pengakuan sudah menamatkan zaman bujang pada 10 Disember 2017 dan isterinya kini sedang sarat mengandung lapan bulan.
Pasangan itu dijangka menyambut kelahiran anak pertama pada penghujung November ini.
Imbas kembali, Tajul mula mencuri tumpuan peminat menerusi single sulung, Sedalam-Dalam Rindu, diikuti Melamar Rindu, Hasrita, Kembalilah Rindu dan Ibu.