Kredit foto: Instagram Tajul
Lelah diasak kecaman netizen, penyanyi Tajul menyerang kembali 'haters' di laman sosialnya.
Kata Tajul, 20, dia merasakan keperluan untuk sesekali menghentam komen negatif yang diterima atas tujuan untuk memberi pengajaran.
"Rasa macam lama sangat tak layan haters ni, sekali sekala bagi dia orang hadam pula. Bukan selalu!.
"Dia bagi kita panas, aku bagi dia terbakar membuak-buak. Nak lawan pedas? Mari...," tulisnya.
Pelantun Melamar Rindu ini membuat kenyataan itu dalam kiriman Instastory pada petang Khamis.
Dalam kiriman foto yang dimuatnaiknya memaparkan bagaimana beliau mengutuk kembali perangai melampau netizen yang menjadikan dirinya sebagai sasaran kecaman.
"Biar muka tak berapa nak cerdik, tapi jangan tunjuk bangang yang melampau kat komen aku. Semak, pergi main jauh-jauh," balas Tajul kepada abam-bawang69.
Tajul juga menggunakan tanda pagar 'Cerdik Kids Geli' ketika menyapa golongan 'haters' berkenaan.
Dalam pada itu, Tajul mendedahkan sudah acapkali beliau menyekat akaun Instagram 'haters' di laman sosial itu.
"#CerdikKidsGeli tu trademark aku dari dulu untuk haters. Mana yang kena sekat dulu memang ayat tu lah yang dia dapat. Haha," tulisnya.
Kredit foto: Mstar
Dalam perkembangan lain, Tajul akan muncul dengan sebuah album mini yang memuatkan lima lagu, sekitar Mac ini.
Sumber berita: Mstar