Oleh pada 08 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Melodi

Hos baru rancangan hiburan Melodi, pelakon Janna Nick dan pelawak Ajak (Shiro) menjadi bahan kecaman netizen di laman sosial.

Kata penonton program tersebut, gaya pengacaraan kedua-dua selebriti ini bak 'kayu' dan aksi mereka pula seakan dibuat-buat.

"Tak kena lah kau. Konon-konon nak buat kepoh-kepoh mulut tu tapi tak menjadilah 'kayu'.

"Ajak? Kenapa Ajak... Janna ok... Urban tapi Ajak rasanya macam tak sesuai.

"Tak best! Kayu!" komen netizen di laman sosial Instagram dan Twitter dalam tempoh kurang sejam program itu bersiaran.

Kedua-dua bakat muda meningkat naik ini bagaimanapun tidak berdiam diri, sebaliknya menjawab balik kecaman yang diterima menerusi program yang ke udara secara langsung itu.

"Dah viral di twitter yang mengatakan kita kayu. Jangan macam itu. Kita ini baru sahaja, baru satu episod.

"Tunggulah sampai habis. Terima kasih pada yang memberi komen dan kami akan ambil untuk buat yang lagi baik selepas ini," kata Janna.

Tidak berdiam diri, peminat Janna tampil mempertahankan selebriti kesayangan mereka ini dengan meminta para penonton supaya memberikan mereka sedikit masa memandangkan mereka masih baru.

"Awal-awal dah berbunyi netizen negatif ni. Langsung tak nak bagi peluang kan. Bukannya nak bagi semangat atau sokongan.

"Ni duk buat orang rasa down je kerja. Memang tu je kerjanya. Cuba bagi peluang kat mereka. Cuba kau sendiri jadi pengacara. Mampu?

"Janna dengan Ajak nampak kekok sikit tapi tak apa la, pertama kali digandingkan bersama. Nanti lama-lama Insya-Allah ok," tulis beberapa peminat Janna.

Melodi musim 2018 ke udara setiap Ahad, jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang di saluran TV3. Menampilkan tiga segmen baharu iaitu Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin.

Terdahulu, program popular itu dikemudi Awal Ashaari dan Muhammad Azmir Selamat atau AG. 

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)