Terdapat beberapa bahan di Bumi yang boleh membuatkan ramai orang berasa kagum dengannya. Salah satu contoh adalah lava. Lava adalah cecair panas yg mengalir dari gunung berapi. Melihat lava turun ke bawah gunung membakar semua yang ada dalam laluannya memberikan kira rasa kagum dan teruja.

Begitulah juga dengan asid yang menghakis. Pernahkah anda melihat logam menjadi cair dan menggelegak apabila dituangkan dengan asid tertentu yang boleh menghakis. Jika pernah, ini bermakna anda tahu betapa kuatnya sesetengah asid itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebenarnya, ramai orang tidak tahu bahawa dalam perut mereka sendiri mengandungi sejenis asid yang kuat. Walaupun anda mungkin tahu bagaimana asid perut membantu kita mencerna makanan tetapi anda pasti menyangka ia tidaklah sekuat asid yang boleh menghakis logam.

Asid dalam perut

asid perut atau asid gastrik

Asid perut yang juga dikenali sebagai asid gastrik terdiri daripada kalium klorida, natrium klorida dan asid hidroklorik. Asid perut membantu untuk mencerna makanan yang kita makan. Namun, berapa kuatkah sebenarnya asid perut manusia itu?

Asid diukur dalam skala yang dikenali sebagai pH. Skala pH ini adalah antara 0 hingga 14. 0 adalah yang paling berasid, 7 neutral manakala 14 adalah paling tidak berasid atau paling alkali. Asid yang ada dalam perut manusia biasanya berskala antara 1 hingga 3.

Ketika pada tahap terkuatnya, asid perut boleh berada di bawah paras asid bateri (skala 0). Asid gastrik ini juga sebenarnya mampu menghakis logam. Jika anda menyentuhnya, tangan anda juga boleh terhakis dengan cepat. Namun, asid gastrik bukanlah satu-satunya bahan yang ada dalam perut anda.

skala ph

Inilah sebabnya makanan dalam perut dapat dicerna dengan cepat. Selain itu, asid perut juga membantu membunuh bakteria yang terdapat dalam makanan.

Berapa lamakah asid perut dalam mencerna makanan yang dimakan? Ia bergantung kepada makanan itu sendiri. Apabila seseorang itu makan makanan yang mengandungi banyak gula, asid perut dapat mencernanya dengan lebih cepat.

Makanan yang mengandungi banyak protein akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicerna. Sebagai contoh, daging panggang yang anda makan akan mengambil masa sehingga empat jam untuk diurai. Itulah sebabnya makanan tinggi protein membuatkan anda berasa kenyang lebih lama berbanding makanan yang tinggi kandungan gula.

sistem pencernaan manusia

Pencernaan yang baik juga bermula ketika anda makan. Lebih kerap anda mengunyah makanan maka semakin kurang kerja yang perlu dilakukan oleh perut anda. Ketika anda menelan, makanan akan bergerak ke bawah melalui satu tiub panjang dipanggil esofagus.

Pada hujung tiub ini ialah injap otot kecil yang hanya akan terbuka sedikit, cukup untuk membolehkan makanan anda jatuh ke dalam asid perut. Tugas injap otot kecil yang dipanggil lower esophageal sphincter (LES) ini menghalang asid perut untuk naik semula ke esofagus dan mengakibatkan pedih ulu hati.

Bagaimana asid yang kuat tidak menghakis perut manusia

sistem perut manusia

Dengan asid yang kuat dalam perut kita, mengapa ia tidak menghakis menembusi usus seperti mana asid kuat menghakis logam? Sebenarnya, perut manusia mengandungi sejenis sel yang dinamakan sel epitelium dan ia berfungsi melindungi perut kita.

Sel epitelium ini menghasilkan bahan belendir dan bikarbonat yang melapisi bahagian dalam perut. Bikarbonat ini adalah asas yang akan meneutralkan asid perut. Lendir yang dihasilkan oleh sel epitelium ini juga membentuk sejenis penghalang pada dinding perut dan melindunginya daripada asid perut.

masalah ulu hati

Sistem ini tidak selalunya berfungsi dengan sempurna. Sesetengah orang mengalami masalah di bahagian perut apabila terlalu banyak asid yang terhasil. Apabila ia berlaku, sel-sel epitelium ini mencukupi untuk melakukan tugas melindungi lapisan perut dengan baik. 

Asid perut yang berlebihan ini boleh merosakkan bahagian lapisan perut. Doktor menggelarnya sebagai ulser gastrik. Ulser ini sangat menyakitkan. Nasib baik, ia boleh dirawat dengan bantuan doktor. Masalah lain yang disebabkan oleh asid perut adalah seperti refluks asid dan pedih ulu hati.

Selain itu, masalah seperti perut kembung, kerap sendawa, senak, cirit-birit dan sembelit juga menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan perut anda.

Rujukan:

1. Berapa kuatkah asid dalam perut anda?

2. Bolehkah asid perut menghakis logam?

3. Mengapa asid perut boleh menghakis logam tetapi tidak perut manusia?




Hakcipta iluminasi.com (2017)