Oleh pada 04 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Haqiem Rusli menafikan dakwaan kononnya dia membeli kereta baharu jenis Mitsubishi Lancer secara tunai.

Dalam masa yang sama, penyanyi itu juga enggan mendedahkan jenis bayaran yang dilakukan kerana menganggap ianya soal peribadi. 

"Benar, saya beli kereta itu tiga minggu lalu, tetapi bukan secara tunai. Saya pun berasakan perkara ini tidak perlu diberi penjelasan kerana ia soal peribadi.

"Saya juga malas hendak bercakap mengenai hal ini apabila ia menjadi bualan netizen. Biarlah apa orang nak kata," katanya menurut laporan BH Online.

Sementara itu, penyanyi berusia 19 tahun ini menyifatkan pembelian kenderaan itu sebagai hadiah buat dirinya yang bekerja keras dalam kerjaya seni berusia lebih setahun, selain ibu bapanya yang menyokong tanpa berbelah bahagi.

beli kereta secara tunai lain pula kenyataan dari mulut haqiem rusli 2

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Dalam pada itu, Haqiem yang juga seorang komposer akui, dirinya memerlukan kenderaan untuk memudahkan pergerakan berkaitan urusan kerja ketika kedua penjaganya sibuk.

"Buat masa ini, saya belum boleh memandu lagi, jadi ada rakan yang tolong pandu. Apabila sudah ada kereta, maka saya juga lebih bersemangat untuk mendapatkan lesen," luahnya.

Terdahulu, pelantun lagu Tergantung Sepi ini tampil dengan kiriman foto di laman sosial yang memaparkan kereta baharu, berserta kapsyen luahan syukur kerana berjaya memiliki kenderaan pertama hasil titik peluh sebagai penyanyi.

Susulan itu, ruangan komen kiriman berkenaan dibanjiri ucapan tahniah para peminat yang mengagumi pencapaian beliau.

Namun sebuah blog pula mendakwa pembelian aset itu dibuat Haqiem secara tunai.

Mengenai perkembangan lain, penyanyi remaja ini akan membuka perniagaan francais burger di bawah jenamanya sendiri.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)