Kredit foto: BH Online & Instagram Haqiem Rusli
Keputusan penyanyi remaja, Haqiem Rusli yang mahu berundur dari dunia hiburan kerana mendakwa berdepan masalah kemurungan, mendapat perhatian ramai termasuk golongan selebriti yang meniupkan kata-kata semangat kepadanya.
Dalam perkembangan terbaru, Haqiem yang membatalkan persaraan menerima maklum balas negatif kerana dikatakan kemurungan yang dihadapi hanyalah gimik sempena pelancaran lagu terbaharunya, Selamat Tinggal Sayang.
Memandang serius isu depresi yang dipermainkan, penyanyi rap Caprice mengutuk tindakan Haqiem serta pihak pengurusannya.
Namun, video Caprice yang menggunakan kata-kata agak kasar itu kemudiannya disusuli sebuah lagi rakaman permohonan maaf.
Meskipun menyedari luahan rasa marah beliau agak biadab, Caprice mengakui dia turut memaksudkan kenyataan terdahulu kerana berpendapat masalah kemurungan amat bahaya, apatah lagi ia disifatkan sebagai pembunuh secara senyap.
"Awak dan seluruh pihak pengurusan awak perlu berasa malu atas apa yang telah kamu lakukan!" tulis Caprice menerusi entri Instagram.
"Tenang abang, dengar cakap orang dan cepat percaya? Terdapat banyak jenis depresi. Saya yang mengalami benda itu. Apapun, awak beritahu saya yang awak prihatin, nak datang rumah semua. DM (mesej peribadi) tak berbalas pun," balas Haqiem.