Ramai juga orang kita kaki marathon.

Bila orang berlari tu mesti akan ada pihak penganjur sediakan tempat untuk pelari dapatkan air dalam botol. Jadi pelari pun akan berlari sambil minum air, kemudian botol tu selepas habis digunakan, sama ada dibaling begitu saja atau pun ada sukarelawan yang akan tolong ambilkan bila pelari tersebut berlari melintasi mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Habis marathon, memerlukan bantuan pencuci untuk kutip sampah (jika ada).

Kita boleh tengok perkara seperti ini berlaku di mana-mana sahaja khasnya acara-acara besar seperti karnival. Habis saja karnival, sampah bersepah-sepah dan tukang pungutnya hanya berapa orang sahaja ada.

Oleh kerana itu, selepas mendengar pengumuman oleh sebuah syarikat yang menamakan produk mereka Ooho, adalah dengan membuang keperluan mengemaskan botol-botol plastik itu dengan menjadikan botol air itu boleh dimakan.

Ooho adalah hasil kerjasama 3 orang pelajar rekaan dari London yang mahu mencipta alternatif untuk botol plastik.

Masalah ketara yang mereka cuba selesaikan adalah di Britain sendiri, sebanyak 16 juta botol dibuang setiap hari dan 19 juta dikitar semula. Walaupun begitu, oleh kerana botol plastik diperbuat daripada bahan berasaskan minyak, ia tetap akan memberikan kesan kepada alam sekitar. Menggunakan teknik kulinari yang digelarkan sebagai spherification yang juga digunakan untuk menghasilkan kaviar tiruan atau bebola air boleh larut yang digunakan dalam teh, Ooho dihasilkan.

iluminasi minum air tanpa cawan2

Oleh kerana Ooho dihasilkan menggunakan bahan berasaskan makanan, pengguna boleh memakannya tanpa membuang pembungkusnya. Pembungkusnya yang kelihatan seperti membran lembut tidak mempunyai sebarang rasa tetapi boleh diletakkan perasa atau warna untuk menjadikannya lebih menarik.

Syarikat mereka mensasarkan untuk memperkenalkan produk Ooho di festival, kejohanan marathon atau di mana-mana acara yang memerlukan orang ramai minum dalam masa yang cepat.

iluminasi minum air tanpa cawan4

Mereka mensasarkan produk ini berbeza-beza mengikut kandungan yang diperlukan. Dalam sebuah acara larian, pelari mungkin hanya memerlukan 50 mililiter air tetapi untuk di kedai kopi misalnya, pengguna akan mahu amaun yang lebih besar.

Kini, syarikat pengeluar sedang berusaha menyiapkan produk mereka yang kini sudahpun masuk fasa terakhir. Mungkin setahun dua lagi, kita boleh minum teh beramai-ramai yang dihidangkan dalam pinggan dan kita tidak lagi memerlukan cawan untuk minum.Skipping Rock Lab, pengeluar produk Ooho




Hakcipta iluminasi.com (2017)