Oleh pada 13 Mar 2017 kategori

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pertambahan acara-acara larian di Malaysia pada hujung minggu. Setiap hujung minggu, tidak kurang daripada 10 acara larian yang dijalankan di seluruh Malaysia anda hanya perlulah bijak memilih mana-mana acara yang sesuai dengan anada.

Pertambahan acara larian ini merupakan suatu perkara yang positif untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan. Bagi yang baru ingin menceburkan diri dalam aktiviti larian, berikut adalah beberapa kategori larian yang anda boleh sertai:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Road Run

Bagi yang baru pertama kali mahu berjinak-jinak dengan aktiviti larian, anda boleh mencuba Road Run larian biasa dahulu. Untuk larian ini, anda akan berlari di atas jalan tar. Terdapat pelbagai kategori yang boleh disertai antaranya 5km (lebih dikenali sebagai Fun Run), 10km, 21km (Half Marathon), 42km (Full Marathon) dan 50km keatas (Ultra Marathon).

Biasanya, minuman akan disediakan oleh pihak penganjur di "water station" yang terletak kira-kira setiap 3km sepanjang jalan larian. Untuk keselamatan pelari, penganjur selalunya akan menutup sebahagian jalan dan mendapatkan bantuan polis trafik, RELA atau pasukan sukarelawan untuk mengawal trafik. Untuk kategori 10km dan keatas, biasanya pasukan medik juga disediakan oleh penganjur untuk keselesaan pelari.

Antara acara Road Run popular yang terdapat di Malaysia ada:

  1. Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM)
  2. Penang Bridge International Marathon (PBIM)
  3. Shah Alam Half Marathon (SAHM)
  4. Perlis Marathon
  5. Putrajaya Night Marathon (PNM) 

trail running malaysia

2. Trail Run

Bagi yang inginkan lebih cabaran, anda juga boleh menyertai Trail Run. Untuk kategori Trail Run, adakalanya peserta akan berlari di dalam hutan, ladang kelapa sawit dan pelbagai bentuk muka bumi. Ada juga acara trail run yang menghendaki peserta untuk mendaki dan juga mengharungi sungai.

Untuk Trail Run, kasut yang sesuai haruslah digunakan. Kasut larian biasa kurang sesuai digunakan memandangkan peserta akan berlari di pelbagai jenis permukaan berbatu dan licin. Kasut trail run biasanya mempunyai tapak yang lebih tebal, keras dan mempunyai lebih cengkaman.

Antara acara Trail Run popular yang terdapat di Malaysia adalah:

  1. King of Kg Kemensah (KOKK)
  2. Penang Eco 100
  3. The Magnificient Merapoh Trail (TMMT)
  4. Borneo Ultra Trail Marathon (BUTM)
  5. The Most Beautiful Thing (TMBT)

colour run

3. Colour Run

Untuk Colour Run, peserta akan dibaling dengan serbuk warna-warni sepanjang larian. Pastikan anda menyediakan baju lain untuk ditukar sejurus selepas tamat larian. Larian untuk Colour Run selalunya lebih kepada aktiviti Fun Run dimana jaraknya adalah pendek, sekitar 3km - 5km sahaja.

Bagi yang ingin berseronok sambil berlari bersama keluarga dan rakan-rakan, acara larian Colour Run mungkin untuk anda.

obstacle running malaysia

4. Obstacles Run (Larian Berhalangan)

Obstacles Run merupakan acara larian yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk obstacles run, selalunya peserta akan berlari dan mengharungi halangan-halangan yang disediakan disepanjang larian. Halangan-halangan yang perlu ditempuhi adalah pelbagai dimana peserta perlu berlari, merangkak, memanjat dan sebagainya.

Bagi yang menyertai Obstacles run, pastikan anda memakan pakaian yang gelap dan membawa pakaian lebih untuk ditukar selepas larian.

Antara acara Obstacle Run popular yang terdapat di Malaysia adalah:

  1. Viper Challenge
  2. Spartan Race

towerthon running malaysia

5. Towerthon

Bagi yang inginkan kelainan, boleh mencuba Towerthon. Ini Towerthon, peserta selalunya dikendaki berlari beberapa kilometer di jalan raya sebelum mendaki ke puncak bangunan menggunakan tangga. Antara acara Towerthon popular di Malaysia yang diakan pada setiap tahun adalah KL Towerthon, dimana peserta akan berlari menggunakan tangga ke puncak Menara Kuala Lumpur.


Extra : Video larian berhalangan dalam lumpur




Hakcipta iluminasi.com (2017)