Oleh pada 19 Jul 2021 kategori

Ketika ini beberapa negara Eropah seperti Jerman, Belgium, Belanda, Luxembourg dan Switzerland sedang berdepan kesan banjir paling buruk yang pernah dialami, dua dekad ini.

Jerman paling teruk terkesan, mencatatkan rekod kematian setakat ini melebihi 100 orang . Perubahan paras air naik berlaku terlalu pantas sehinggakan langkah-langkah keselamatan gagal dimulakan sejak awal dan amaran yang dikeluarkan gagal diambilkira penduduk.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak lama selepas bencana tersebut melanda Eropah, bahagian kajian perubahan paras air laut NASA berpusat di University of Hawaii mengeluarkan laporan mereka berkenaan satu fenomena pergerakan bulan. 

Perubahan ini dijangka bakal memberikan kesan besar ke atas seluruh masyarakat bumi - diramal akan mengakibatkan insiden serupa di Jerman akan berlaku lebih kerap di seluruh dunia dalam tempoh 20 ke 30 tahun akan datang.

Amaran untuk manusia bersedia

bajir di jerman

Perubahan iklim mendadak hasil perubahan bumi disebabkan manusia dipercayai menjadi punca utama banjir besar yang melanda Eropah.

Dakwaan ini dibuat hasil kajian yang dilakukan bukan saja di Eropah malahan melibatkan kawasan seperti Shizuoka di Jepun, yang baru saja berdepan masalah hujan lebat berpanjangan selama beberapa hari sehingga mengakibatkan banjir dan tanah runtuh tanggal 3 Julai 2021.

Insiden buruk di Jepun ini dipercayai bermula sejak 28 Jun, ekoran hujan lebat yang melanda beberapa kawasan berpunca dari taufan Prapiroon membawa bersama ribut sehingga mengakibatkan paras Sungai Osaka naik melebihi paras selamat.

Selepas awan yang sepatutnya bergerak keluar dari kawasan itu tersekat pergerakannya, beberapa kawasan mula mengalami hujan lebat berpanjangan selama beberapa hari.

Situasi di Jepun berlaku dalam tempoh masa yang sangat singkat serta mendadak.

Apa yang sangat dibimbangi ketika ini, bilangan bencana serupa yang telah berlaku di Jepun dan yang terbaru di Jerman akan bertambah berlipat kali ganda apabila bulan mula memberikan pengaruh lebih besar kepada fenomena semulajadi bumi.

Fenomena yang dikenali sebagai 'moon wobble' ini mempunyai fasa selama 18.6 tahun untuk satu fasa lengkap dan kita ketika ini belum mencapai titik pertengahannya.

Apa itu 'moon wobble'? 

nasa amaran nasa pergerakan bulan

Kita semua tahubulan memainkan peranan yang cukup besar dalam melindungi keseimbangan ekosistem bumi, mempengaruhi kitaran dan tinggi pasang surut laut yang berlaku di bumi.

Perubahan iklim yang berlaku secara global mengakibatkan paras air laut meningkat sehingga semakin banyak kawasan yang sebelum ini jarang dibanjiri, mula berdepan bencana banjir yang berlaku tanpa dapat diramal. 

Apa yang menakutkan saintis dan penyelidik ketika ini - situasi buruk yang kita hadapi sekarang, sedang berlaku semasa pengaruh bulan ke atas pasang surut air dalam fasa merendahkan air pasang serta meninggikan air surut.

Dijangkakan kita akan mula memasuki fasa kedua pergerakan bulan ini  pada pertengahan dekad 2030-an, di mana tarikan bulan akan mula bertindak sebaliknya; meninggikan paras air pasang serta merendahkan paras air surut. 

High tide flooding atau HTF (banjir air pasang tinggi) merupakan bencana yang diramalkan akan berlaku dalam fasa ini dalam jumlah kekerapan tinggi.

Malangnya berdasarkan situasi semasa, penyelidik dari NASA meramalkan risiko HTF yang bakal berlaku untuk 30 ke 40 tahun akan datang akan mengakibatkan bencana lebih besar dalam situasi yang akan semakin sukar untuk diramal.

Bagi sesetengah kawasan khasnya kawasan pesisir pantai yang ketika ini kerap dilanda banjir, HTF dijangkakan akan berlaku selama 100 hari dalam setahun untuk tempoh beberapa dekad akan datang.

Ramalan ini diharapkan akan dapat diambil sebagai peringatan awal, yang memerlukan kerjasama badan kerajaan untuk mempersiapkan kawasan-kawasan berisiko tinggi agar mampu berhadapan banjir dengan lebih efektif.

Apa yang berlaku di Jerman? 

banjir besar jerman

Banjir besar terburuk pernah berlaku dalam abad ini di Jerman merupakan rentetan beberapa siri banjir yang berlaku di benua Eropah sejak tahun 2002, 2005, 2013 dan kini 2021 - mengorbankan paling banyak nyawa setakat apa yang diketahui. 

Saintis dan penyelidik sendiri agak terkejut dengan perubahan cuaca yang berlaku. Kadar hujan yang terlalu tinggi akibat daripada pegerakan awan memecahkan rekod-rekod bacaan hujan yang diperolehi sebelum itu. 

Beberapa kawasan menerima jumlah hujan yang biasanya turun untuk beberapa bulan kadarnya, hanya dalam masa 2 hari - mengakibatkan kegagalan sistem perparitan menampung jumlah air tinggi seterusnya mengakibatkan paras air mula naik.

Apa yang membimbangkan, perubahan iklim ini berlaku tanpa boleh lagi diduga.

Tidak lama dahulu sekitar awal bulan Julai - Amerika Syarikat dan Kanada baru  diserang gelombang panas melampau yang mengakibatkan kematian lebih 500 orang.

Satu laporan yang diterbitkan pada bulan Mei tahun 2021 melaporkan suhu panas di bumi semakin meningkat kadarnya, yang dipercayai menjadi punca kenapa lebih 2000 bencana berkaitan haba seperti gelombang panas melampau, kemarau dan kebakaran hutan semakin kerap berlaku dalam skala lebih besar untuk tempoh 2 dekad ini.

Dua tempat paling panas ketika ini di bumi iaitu Gurun Lut di Iran dan Gurun Sonoran di Mexico, mencatatkan suhu permukaan tanah pada bacaan 80.8 darjah celcius, 10 darjah lebih tinggi berbanding bacaan terdahulu.

Suhu bumi semakin panas

cuaca panas hot weather malaysia

Purata suhu bumi 5 tahun ini mencatat rekod menjadi lima tahun paling panas suhu puratanya dalam rekod, sejak penyelidik mula merekodkan bacaan suhu bumi 139 tahun lalu.

Ekoran pemanasan yang meningkat, ais dan salji mula mencair seterusnya meninggikan paras laut. Paras laut yang naik menyebabkan kadar pemeluwapan berlaku dengan lebih pesat, mengakibatkan taburan hujan lebih tinggi seterusnya membawa kepada risiko bencana banjir lebih kerap melanda.

Dalam skop lebih kecil, negara kita dan negara Asia Tenggara juga melaporkan purata bacaan suhu meningkat.

Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan 1.64°C dalam tempoh 3 dekad. Bayan Lepas, Georgetown, Ipoh dan Johor Bharu pula mencatatkan peningkatan di antara 5.63°C ke 6.75°C dalam tempoh serupa.

Sudah lama kita tidak mendengar perkataan 'kesan rumah hijau' menjadi topik perbualan masyarakat kita bukan?

Berdasarkan data yang ada ketika ini, saintis tetap menamakan green house effects atau kesan rumah hijau sebagai punca utama semua perubahan dan ketidakstabilan yang berlaku. Malangnya amaran ini hanya sayup-sayup kedengaran, khasnya untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Tidak ada perubahan besar-besaran berlaku. Mungkin kerana memang begitulah tabiat semulajadi manusia; bila dah terhantuk baru nak tengadah.

Bila dah banjir, baru nak gelabah longkang penuh sampah. 

Rujukan 

Rapid increases and extreme months in projections high-tide flooding (PDF)




Hakcipta iluminasi.com (2017)