Ada sesetengah individu berpendapat bahawa membuatkan seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau terlalu kurus berasa malu dengan tubuh badan atau tabiat pemakanan mereka akan membuatkan mereka termotivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Tindakan ini biasanya juga dirujuk sebagai "body shaming".

Walau bagaimanapun, kajian sains membuktikan sebaliknya. Budaya "body shaming" ini tidaklah memeberi motivasi kepada individu tersebut, sebaliknya membuatkan mereka lebih tertekan seterusnya mendorong mereka makan lebih banyak dan meningkatkan berat badan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa itu budaya "body shaming"?

body shaming kemurungan

"Body shaming" merupakan satu tindakan mengkritik atau mengganggu individu yang berbadan besar atau terlalu kurus untuk membuatkan mereka berasa malu dengan diri sendiri. Segelintir pihak menganggap perlakuan ini akan mendorong mereka untuk kurangkan makan, melakukan lebih banyak senaman dan kurangkan berat badan.

Kebiasaannya individu yang menghina tubuh badan orang lain ini secara semulajadi dan genetiknya kurus dan tidak pernah mempunyai masalah berat badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa banyak perbincangan mengenai obesiti di media sosial melibatkan "Body Shaming" dalam bentuk pembulian siber terutama terhadap golongan wanita.

Malah, terdapat komuniti dalam talian yang diwujudkan yang menjadikan golongan yang mempunyai berat badan berlebihan atau terlalu kurus ini sebagai bahan lawak jenaka. Walau bagaimanapun, stigma dan diskriminasi ini menyebabkan kemudaratan psikologi mereka yang memburukkan lagi masalah.

Menyebabkan pengambilan makanan lebih banyak

gangguan pemakanan

Diskriminasi menyebabkan tekanan dan memberi kesan negatif kepada mangsa body shaming. Dalam kes individu berat badan berlebihan, tekanan ini boleh mendorong mereka untuk makan lebih banyak dan meningkatkan lebih banyak berat badan

Dalam satu kajian terhadap 93 orang wanita, pendedahan kepada maklumat tentang berat badan membuat orang-orang yang berlebihan berat badan ini makan lebih banyak kalori dan berasa tiada keperluan mengawal pemakanan mereka.

Banyak kajian lain menyokong bahawa apa-apa jenis "Body Shaming" menyebabkan orang yang berlebihan berat badan menjadi tertekan, makan lebih banyak kalori dan mendapatkan lebih banyak berat badan.

Perkaitan dengan peningkatan risiko mendapat obesiti

bahaya obesiti

Banyak kajian pemerhatian telah dilakukan terhadap diskriminasi berat badan dan risiko kenaikan berat badan. Dalam  satu kajian terhadap 6,157 orang, peserta bukan obes yang mengalami diskriminasi berat badan adalah 2.5 kali lebih terdorong menjadi obes selama beberapa tahun akan datang.

Di samping itu, orang gemuk yang mengalami diskriminasi berat badan adalah 3.2 kali lebih tinggi untuk kekal obes. Ini menunjukkan bahawa "Body Shaming" tidak mungkin mendorong orang untuk menurunkan berat badan.

Bahaya "Body Shaming" terhadap individu

bahaya body shaming 110

Budaya ini bukan hanya terhad kepada peningkatan berat badan individu obes, tetapi mempunyai kesan sampingan lain yang mungkin lebih teruk. Berikut merupakan kesan body shaming yang ditemui berdasarkan beberapa kajian sains.

  1. Depresi. Orang yang didiskriminasi akibat berat badan mempunyai risiko kemurungan yang lebih tinggi dan menyebabkan masalah mental yang lain.
  2. Gangguan makan. "Body Shaming" banyak dikaitkan dengan peningkatan risiko gangguan pemakanan. Gangguan pemakanan disini bermaksud pengambilan makanan lebih kerap, makan secara keterlaluan banyak, makan secar seorang diri akibat malu dan sebagainya.
  3. Mengurangkan keyakinan diri. Kebanyakan mangsa "Body Shaming" menjadi kurang keyakinan diri akibat berasa terhina.
  4. Penyakit konik. Dengan peingkatan tekanan, peningkatan berat badan, meningkatkan tahap kortisol, dan masalah mental, diskriminasi berat badan boleh meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit kronik.
  5. Keinginan membunuh diri. Kemurungan adalah salah satu sebab utama yang meningkatkan risiko bunuh diri dan dalam kajian terhadap 2,436 orang, obesiti dikaitkan dengan risiko 21 kali lebih ganda terhadap keinginan membunuh diri dan risiko 12 kali  ganda terhadap percubaan bunuh diri .

Secara umumnya, kesemua kajian ini bersetuju bahawa budaya "Body Shaming" sangat merbahaya, bukan sahaja kepada psikologi mangsa tetapi juga secara fizikal.

Undang-undang terhadap pelaku "Body Shaming" 

jenayah body shaming

Budaya "Body Shaming" ini bukan sahaja terhad di tempat kerja dan sekolah, tetapi boleh dilakukan secara verbal di alam maya. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sendiri telah mengklasifikasikan perlakuan "Body Shaming" ini sebagai satu jenayah.

Mangsa boleh membuat laporan pada pihak Polis di balai Polis dan SKMM secara dalam talian. Mengikut undang-undang di Malaysia, seseorang individu yang melakukan "body shaming" boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Mengikut akta ini, sekiranya disabitkan bersalah, pesalah boleh dihukum penjara dalam tempoh tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Agak menyedihkan budaya "Body Shaming" masih diamalkan kerana segelintir pihak kerana beranggapan ianya dapat memberikan motivasi kepada individu yang mempunyai masalah berat badan walhal kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan sebaliknya. Kesedaran terhadap budaya tidak elok ini juga masih rendah kerana tidak ramai yang tahu bahawa ianya merupakan satu kesalahan jenayah

Kredit:

  1. Healthline
  2. Sinar Harian



Hakcipta iluminasi.com (2017)