Apabila anda mendengar istilah 'ganja', perkara pertama yang datang ke minda ialah Rastafarianisme.

Rastafarianisme adalah agama yang bermula di Jamaica pada tahun 1930-an, menggabungkan Kristian Protestan dengan mistisisme dan kesedaran politik pan-Afrika.

Mistisisme adala amalan agama bersama dengan apa saja ideologi, etika, ritual, mitos, legenda, dan sihir yang berkaitan dengan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penganut agama ini menggunakan ganja (kanabis) sebagai sebahagian daripada amalan rohani dan bermeditasi.

bunga ganja

Walau bagaimanapun, apa yang menariknya adalah perkataan 'ganja' bukanlah berasal dari pulau Caribbean ini. Sebaliknya, 'ganja' berasal dari bahasa Sanskrit, bahasa Lama Indo-Aryan dari benua India.

Jadi, bagaimanakah perkataan dengan asal-usul India menjadi sangat lazim terutamanya dalam agama orang Jamaica terutamanya?

Jawapannya terletak pada kepentingan ganja terhadap aspek budaya Hindu dan masyarakat serta dasar imperialis British pada abad ke-19.

Hindu dan Ganja

hindu dan ganja

Agama Hindu adalah agama yang pelbagai dari benua India, sejak abad ke-2 SM dan banyak teks suci ditulis dalam bahasa Sanskrit.

Beberapa teks ini mengatakan bahawa ganja sebagai sesuatu yang suci, membuatkan seorang sarjana menegaskan bahawa "orang Hindu menganggap ganja dengan cara yang sama seperti orang Kristian menganggap wain suci dalam upacara kegamaan."

Pentingnya ganja kepada bahagian masyarakat Hindu juga dilihat dalam amalan agama tempatan di seluruh benua India. Di beberapa bandar dan wilayah, dewa-dewa ditawarkan ganja sebagai sebahagian daripada upacara keagamaan.

Ganja dari Timur ke Barat

buruh ladang di jamaica

Pada tahun 1655, Britain menakluki Jamaica dengan mengambil alih dari Sepanyol. Di bawah pemerintahan Inggeris, pulau Jamaica menjadi sumber utama dunia untuk gula, yang menggunakan buruh hamba dihantar dari Afrika Barat.

Pada tahun 1838, Britain membebaskan semua hamba dalam empayar secara sepenuhnya, setelah mengharamkan perdagangan hamba antarabangsa pada 1807.

Walau bagaimanapun, kebanyakan hamba yang dibebaskan di Jamaica tidak lagi mahu melakukan kerja buruh. Maka, Britain terpaksa mencari sumber buruh untuk melakukan kerja ladang.

Menjelang tahun 1845, Britain mula mengimport pekerja kontrak dari India untuk mengisi keperluan buruh perladangan mereka. Antara 1845 dan 1917, Britain membawa hampir 40,000 pekerja dari India untuk bekerja di ladang di Jamaica.

bob marley

Dengan hadirnya pekerja-pekerja ini, maka datanglah pokok kanabis dan pengetahun mereka tentang banyak cara persedian, termasuklah ganja. Ganja secara khusus merujuk kepada tunas bunga.

Dalam bahasa Hindi, Charas adalah resin dan Bhang merujuk kepada daun dan biji tumbuhan, serta teh susu yang disediakan dari sumber yang sama.

"Hadiah" yang dibawa oleh orang India ke pulau ini telah mengubah Jamaica selama-lamanya.

Ganja dan Rastafarianisme

rastafarianisme

Penggabungan budaya India dan Jamaica yang berlaku ini membawa telah perkataan 'ganja' ke Jamaica. Pada awal abad ke-20, menghisap ganja telah menjadi amalan biasa di kalangan pekerja ladang Jamaica yang muda dan berkulit hitam.

Memandangkan ramai pekerja ini digantikan dan berpindah ke kawasan bandar yang miskin, mesej penggunaan ganja dalam aktiviti kerohanian, pan-Afrikaisme, dan pembebasan orang kulit hitam semakin kuat.

Golongan elit Jamaica berasa terancam oleh pergerakan ini dan pada tahun 1948, ganja diisytiharkan sebagai perkara yang menyalahi undang-undang.

Oleh itu, menjelang pertengahan abad ke-20, ganja telah menjadi bahagian penting daripada pergerakan anti-penubuhan, atau lebih tepat, Rastafarianisme.

ganja jamaica




Hakcipta iluminasi.com (2017)