Pasti ramai sedia maklum mengenai kewujudan gerakan ULTRAS dalam kancah bolasepak tempatan sejak hampir sedekad yang lalu. Namun, beberapa fakta mengenai asal usul kewujudan ULTRAS masih menjadi kekeliruan buat segelintir pemerhati di Malaysia. Dalam post sebelumnya, penulis telah kupas mengenai asal usul kewujudan Football Firm di England. Namun apakah pertalian diantara mereka ?
BESARKAN TEKS A- A+
ULTRAS dari segi istilah membawa maksud ; ekstrem, melampau atau fanatik. Istilah ini merujuk kepada tahap sokongan mereka kepada pasukan bolasepak setempat mereka. Istilah ini tidak digunakan di England, tetapi digelar dengan nama lain seperti hardcore fans, hooligans atau casual. Namun masih terdapat beberapa perbezaan dan juga persamaan antara mereka. Tetapi, apa yang membezakan mereka dengan fans biasa, adalah amat ketara. Diantara beberapa amalan yang diamalkan oleh gerakan ULTRAS ialah membakar suar di dalam stadium, melakukan koreografi berkelompok dengan lenggok badan, ditambah dengan sokongan vokal beramai- ramai, menaikkan tifo dan sepanduk gergasi sebagai tanda ekspresi mereka kepada kelab serta duduk bertentangan dengan orang- orang atasan. Ini bertujuan menghidupkan suasana yang boleh menggerunkan pasukan di pihak lawan. Kadangkala tindakan mereka terlalu ekstrem sehinggakan dipengaruhi semangat perkauman, ideologi politik, sehinggakan mencetuskan pergaduhan besar diantara penyokong di pihak lawan.
Sebelum terbentuknya gelaran ULTRAS, budaya ekstrem ini dibawa oleh sekumpulan peminat fanatik yang berpengkalan di Brazil awal 1940 an. Mereka yang digelar sebagai Torcida Organizada ini menjadi terkenal disebabkan protes ke atas konflik kenaikan harga tiket di beberapa daerah tertentu di stadium. Kemudian merebak hingga ke Croatia (secara tidak rasmi ) pada lewat tahun 1960-an. Beberapa kelompok penyokong yang dikenali sebagai Hadjuk's Split Torcida juga telah melancarkan protes terhadap pihak berkuasa mereka kerana merasakan ketidakadilan dan penindasan yang dibuat oleh kapitalis. Mereka adalah penyokong tempatan kepada kelab Hadjuk Split.
Kemudian muncul lagi satu gerakan yang dikenali sebagai " Fedelissimi Granata" yang berpengkalan di Turin, merupakan penyokong tegar kepada kelab Kebo Merda dan disusuli dengan Maratona Curva, yang merupakan Ultras Sampdoria yang muncul sekitar tahun 1969. Merekalah gerakan pertama yang menggelar diri mereka sebagai ''ULTRAS". Pada lewat 1986 pula, Red Star Ultras Grup dibentuk di Serbia.
Karakteristik
Seperti yang dijelaskan pada awal penulisan, gerakan ULTRAS begitu cenderung dalam menyokong kelab tempatan mereka. Semangat juang yang ada dalam diri mereka, membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kelab yang tercinta. Mereka akan teguh berdiri 90 minit menyaksikan kelab kesayangan mereka bermain,disamping lontaran vokal yang memberi semangat. Mereka juga cenderung untuk turun ke stadium hampir keseluruhan musim, tidak kira di Home atau Away . Malah, gerakan ULTRAS lah yang banyak melumpuhkan usaha kapitalis untuk memperdagangkan scene bolasepak, demi kepentingan mereka. Menjual tiket melebihi harga, mengkomersialkan pemain ialah perkara yang tidak digemari oleh gerakan ULTRAS.
Pada kelazimannya, dresscode untuk pengikut Ultras ialah memakai serba hitam dilengkapi kasut bertutup berwarna putih (kebiasaannya). Mereka juga akan memakai aksesori seperti mafla yang mempunyai warna atau logo kelab mereka, ditambah pula bendera dan kain rentang yang mempunyai mesej-mesej tertentu.
Jika di eropah , tradisi yang masih diamalkan sehingga kini ialah pertempuran diantara ULTRAS dari dua kelab yang berseteru. Ianya sebagai tanda kemenangan sesebuah gerakan ULTRAS, dimana ULTRAS yang kalah dalam pertempuran, akan dirampas benderanya. Pasti ada yang keliru antara hooligans dan ultras. Sebenarnya, mereka ialah orang yang sama namun istilah yang berbeza mengikut tempat. Jika di Russia, gerakan ini dikenali sebagai Football Hooligans.
Senario di Malaysia
Jika di Malaysia, budaya yang dibawa oleh penyokong fanatik yang menggelar diri mereka sebagaI ULTRAS, mempunyai perbezaan yang ketara dari segi fundamental. Mereka dianggap satu gerakan yang clean . Jika dilihat dari tahap kecintaan dan sokongan, tidak dapat dinafikan ianya saling tak tumpah seperti gerakan ULTRAS di eropah. Namun dari segi code of ethics , Ultras di Malaysia dilihat lebih toleransi dalam hal perseteruan diantara mereka. Ultras dari dua kelab masih boleh ber chanting bersama-sama diluar stadium sebelum sepak mula, bertukar-tukar mafla dan selfie bersama. Di Malaysia gerakan ULTRAS bermula dengan ULTRAS MALAYA pada tahun 2007 . Ianya dianggotai oleh pemuda dari seluruh Malaysia. Maka dengan itu, mereka pulang ke negeri masing-masing lalu menubuhkan ULTRAS dibawah negeri masing-masing . Oleh sebab itulah tiada konflik permusuhan diantara ULTRAS setiap negeri, Di sini, disenaraikan semua ULTRAS yang masih aktif mahupun sudah terkubur, dalam scene bolasepak tempatan:
- Ultras Malaya - Malaysia
- The City Boys - Kuala Lumpur
- Utrasel - Selangor
- Ultras Nogori - Negeri Sembilan
- Ultras Taming Sari - Melaka
- Boys of Straits - JDT
- Elephant Army - Pahang
- Ultras Tranung - Terengganu
- Gate H Boys - Kelantan
- Silver State Ultras - Perak
- Ultras Panthers - Penang
- Ultras Kedah 09 - Kedah
- Brigade Gialloblu - Perlis
- Galore Buceros 13 - Sarawak
- North Borneo Ultras - Sabah
Jika diperhalus, elemen asas yang ada dalam kedua gerakan ini (Ultras dan Football Firm), kelihatan sama kerana ianya bertunjangkan semangat kecintaan kepada kelab tempatan. Namun beberapa elemen telah diubah suai oleh pengikut football firm di England mengikut kesesuaian mereka pada masa itu.
Namun ianya bukanlah satu " jenayah prinsip" buat pendokong ULTRAS di Malaysia, kerana ianya masih boleh diterima pakai atas faktor adat dan budaya. Kesesuaian demografi juga diambil kira dalam satu satu perlaksanaan. Tetapi, sebagai pemerhati mahupun pengikut, kita mestilah faham dahulu mengenai justifikasi tentang asal usul dan konsep yang ada dalam setiap scene, barulah nanti tidak ditertawakan orang.
Segala maklumat yang disampaikan hanyalah asas tentang kewujudan ULTRAS . Masih terdapat pelbagai lagi gerakan -gerakan dari negara eropah yang mengamalkan budaya ini seperti di Balkans (negara-negara di selatan eropah). Kadangkala istilahnya sahaja berbeza, tetapi asasnya adalah sama, kecintaaan yang tidak berbelah bagi kepada kelab bolasepak tempatan.