Oleh pada 30 Mar 2017 kategori

 Ketika anda melangkah masuk ke dalam stadium untuk menyaksikan perlawanan liga domestik di tempat anda, pastinya anda akan perasan sekumpulan pemuda, berpakaian kemas, jacket tebal berjenama, dengan sepatu Adidas berwarna-warni yang jarang dijumpai dipasaran.

Mereka  adalah Football Firm.  Football Firm adalah salah satu cabang sub budaya yang begitu terkenal di England khususnya pada lewat 80-an. Golongan ini adalah pecahan daripada sub budaya seperti Skinhead, Punk dan Mods.

BESARKAN TEKS     A-  A+

gambar hiasan kv62

 

Firm merujuk kepada pertubuhan ''bawah tanah'' yang dianggotai sekumpulan pemuda yang fanatik kepada kelab bolasepak tempatan mereka. Bolasepak sememangnya menjadi sukan rakyat untuk penduduk England sejak tahun 60-an lagi. Ia dianggap sebagai satu hiburan kepada golongan kelas pekerja (working class) di England.

Hari sabtu (matchday) adalah hari yang sangat dinantikan oleh golongan working class ini. Menyokong dengan sepenuh jiwa dan raga, serta membawa semangat yang berkobar-kobar, menjadikan mereka begitu fanatik dengan kelab tempatan mereka.

Tahap ketaksuban mereka berada pada aras tertinggi sehinggakan mereka melakukan keganasan seperti memukul penyokong dari pihak lawan mereka.

gambar hiasan kv92

Pada lewat 70-an, golongan skinhead sering mencetuskan pergaduhan didalam stadium, sehingga ada nyawa diantara mereka yang melayang disebabkan pergaduhan. Polis mula mengesyaki golongan ini sehinggakan mereka di ban dari masuk kedalam stadium.

Berkepala botak, memakai kemeja dengan suspender, lengkap berjaket Alpha Industries memakai kasut but industri Dr. Martens, membuatkan dresscode mereka mudah untuk dikenali oleh pihak polis. Maka, pada awal 80-an, muncul Football Firm yang agak berbeza  dari sub budaya yang sebelumnya. Mereka mengenakan pakaian dari yang menjadi kegilaan orang-orang atasan pada era itu.

gambar hiasan kv49

Jenama- jenama terkenal dari Italy dan Perancis seperti Sergio Tacchini, Fila, Ellesse, Lacoste, Burberry ( banyak lagi untuk disenaraikan)  menjadi antara dresscode mereka pada masa itu. Kasut adidas buatan Jerman Barat menjadi sepatu pilihan. Clobbers pula merujuk kepada segala pakaian dan aksesori yang dipakai mereka seperti jaket ,cap, bucket hat dan kasut.  

Mereka juga tidak sesekali  mengenakan jersi kelab mereka sendiri, bahkan langsung tidak memakai apa- apa warna yang akan menunjukkan mereka datang dari kelab mana.  Hal ini bertujuan mengaburi mata pengawal keselamatan, yang beranggapan mereka adalah golongan atasan.

gambar hiasan

Dengan cara ini, memudahkan mereka untuk memasuki stadium dan menghuru-harakan keadaan. Dekad demi dekad, sub budaya ini kian menular ke seluruh asia khususnya dan dibawa masuk oleh oldtimers dalam underground scene di Malaysia sekitar tahun 2006. Maka dengan itu wujudlah beberapa Football Firm yang mewakili kelab bolasepak negeri. Disini disertakan senarai Football Firm di malaysia:

  • Selangor : SC - Selangor Casual
  • Kuala Lumpur : KLC -Kuala Lumpur Casual
  • Negeri Sembilan : BM 427 - Blood Militia 427
  • Melaka : TGB - The Green Bois
  • Johor : IJF - Inter Johor Firm
  • Kelantan : SKMK - Sek Kito Maka Kasual
  • Terengganu : CCL - Coastal City Lads
  • Pahang : DME - Darul Makmur Elite
  • Perak : ICF - Inter City Firm
  • Penang : ND - Northern Division
  • Kedah : GBK - Grelow Bad Kasual 
  • Sarawak : CCC - Cat City Casual
  • Sabah : TCH - Tawau City Hoodlum

gambar hiasan

Jika di England, dua Football Firm yang terkenal ; Millwall Bushwackers ( Millwall FC) dan Inter City Firm (West Ham), adalah diantara firm yang sangat digeruni di kalangan penyokong kelab tempatan yang lain. Perseteruan mereka selama berdekad-dekad menyaksikan jumlah angka korban yang begitu ramai.

Kali terakhir mereka bertembung ialah pada 25 Ogos 2009, pada pusingan kedua Football League Cup yang berkesudahan West Ham menang 3 - 1 ke atas Millwall di Upton Park.

icfvsmillwall

Peristiwa yang dikenali sebagai 2009 Upton Park Riot itu menyaksikan ratusan anak muda dari kedua kelab bertembung di luar stadium. Beberapa insiden keganasan dilaporkan dan terdapat angka korban yang tidak dapat dipastikan.

Pada Januari 2010, West Ham didenda 115,00 Euro selepas disabitkan kesalahan dalam keganasan, provokasi dan gagal mengawal penyokong mereka daripada masuk ke padang. Millwall pula terlepas dari sebarang tuduhan.   

salah satu filem yang berkisarkan tentang kehidupan pengikut football firm

Salah satu filem yang berkisarkan tentang kehidupan pengikut Football Firm.

Mereka dikenali sebagai Football Casual ataupun Hooligans? Sengaja tidak dijelaskan takut ada yang keliru nanti.Segala maklumat yang diceritakan hanyalah asas, dan terlalu panjang untuk dikupas.

Yang pastinya sub budaya ini mempunyai sedikit perbezaan dengan Hooligans yang dibawa oleh penyokong fanatik di eropah dan apa pula kaitannya dengan Ultras?. Untuk mengetahui lebih lanjut, admin akan kupas di post berikutnya.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)