Kebanyakan sukan-sukan popular pada hari ini menggunakan bola dan dimainkan di seluruh dunia. Setiap sukan ada jenis bola tersendiri. Kenapa bola ragbi berbentuk bujur, pola pingpong tidak menggunakan getah, masing-masing ada sejarah dan alasannya tersendiri.

Disebalik penciptaan bola-bola yang digunakan pada hari ini, terdapat sejarah mereka yang tersendiri. iluminasi.com ingin kongsikan sejarah 5 asal usul bola yang digunakan dalam sukan popular. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Bola tampar

bola tampar asal usul bola dalam sukan terkenal

Dibuat pada tahun 1895 oleh William G. Morgan dari Massachusetts, bola tampar menggabungkan aspek bola lisut, bola keranjang, tenis, dan bola baling. Ia memerlukan sejenis bola baru yang boleh dilambung dan terapung di udara kerana ia ditampar melepasi jaring yang lebih tinggi daripada tenis atau suka-sukan lain.

Ini bermakna bola ini harus ringan tetapi cukup berat untuk bergerak dengan pantas. Gelembung getah seperti yang digunakan dalam menghasilkan bola keranjang tidak mampu menghasilkan bola seperti yang diinginkan.

Oleh itu, William merujuk perkara ini kepada A.G. Spaulding & Bros, sebuah kilang di Massachusetts. Respon terhadap masalah ini adalah bola tiga lapis, getah kembung yang diselaputi oleh kain tenunan kapas dan akhir sekali dibalut dengan kulit.

Teknik ini berhasil dan digunakan sehingga kini yang mana reka bentuk asal tidak pernah diubah.

4. Bola ping pong

bola ping pong asal usul bola dalam sukan terkenal

Permainan ping-pong bermula sebagai versi tenis mini, apabila rakyat Victoria kelas kedua menggunakan meja makan mereka sebagai gelanggang tenis mini di mana buku-buku dijadikan sebaga jaring, penutup kotak rokok dijadikan raket dan digantikan kertas kadbod. 

Pelbagai item digunakan sebagai bola, termasuklah penutup champagne dan bola getah. Bola seluloid diguna pakai selepas James Good melihat ia digunakan ketika melawat Amerika Syarikat pada 1901.

Kemudian perubahan dalam suka ping pong berubah melihatkan penciptaan paddle ping pong seperti yang digunakan seperti sekarang.

3. Bola tenis

bola tenis asal usul bola dalam sukan terkenal

Tenis mula dimainkan pada abad ke-12 di Eropah iaitu di utara Perancis. Pada awal abad pertama tenis dimainkan, mereka memukul bola menggunakan tangan, menyebabkan ia diberi nama "jeu de paume" atau "permainan tapak tangan".

Sebelum bola tenis berwarna kuning yang digunakan pada hari ini, bola tenis diperbuat daripada pelbagai jenis bahan termasuklah kulit, kapur, lumut, bulu manusia, logam, bulu dan perut biri-biri.

Rambut dan bulu biri-biri adalah isi bola tenis yang pertama digunakan. Pada tahun 1480, dengan perintah Raja Perancis iaitu Raja Louis XI, bola tenis perlu dihasilkan menggunakan kulit dan diisikan dengan rambut atau kulit biri-biri. 

Isi bola digunakan bagi memastikan bola boleh melantun. Pada hari ini,  getah yang digunakan memberikan lebih banyak lantunan, tetapi "rambut" masih kekal sebagai pilihan yang lebih baik.

2. Bola keranjang

bola keranjang asal usul bola dalam sukan terkenal 728

Pada asalnya, sukan bola keranjang dimainkan menggunakan bola sepak. Namun setelah 2 tahun selepas permainan ini diciptakan iaitu pada tahun 1896, bola yang bersaiz lebih besar digunakan untuk sukan ini secara rasminya.

Bola keranjang yang pertama dihasilkan oleh Syarikat Overman Wheel, pengeluar basikal di Massachusetts, Amerika Syarikat. Panjang lilitan bola yang dihasilkan berukuran 76 sentimeter minimum dan 81 sentimeter maksimum.

Pada tahun 1898, berat bola ini ditetapkan di antara 0.51 hingga 0.65 kilogram. Bola yang digunakan pada abad ke-19 adalah sama yang kita guna pada hari ini.

1. Bola sepak

bola sepak asal usul bola dalam sukan terkenal 899

Antara bola pertama yang digunakan dalam sukan bola sepak adalah kepala khinzir dan tengkorak musuh tentera Inggeris yang terbunuh. Bola sepak yang pertama dibuat menggunakan pundi kencing khinzir dan dibalut dengan kulit bagi membuatkannya lebih tahan lama.

Bentuk bola ini adalah lebih bulat daripada bola ragbi, namun ia tidak benar-benar sfera. Disebabkan cuaca di England yang lembap, bola ini menyerap air dan menjadi berat walaupun disapu dengan dubbin, lilin yang digunakan untuk melembutkan kulit.

Berat bola ini boleh menyebabkan kecederaan. Charles Goodyer kemudiannya mencipta getah tervulkan pada tahun 1836 dan merekabentuk serta mengeluarkan bola sepak tervulkan pertama pada tahun 1855.

7 tahun kemudian, selepas kematian isterinya akibat penyakit paru-paru yang dilaporkan disebabkan oleh meniup terlalu banyak pundi kencing khinzir, H.L Lindon akhirnya menghasilkan gelembung getah  pertama untuk menghasilkan bola sepak. Pada tahun 1872, Persatuan Bola Sepak Inggeris menetapkan saiz dan berat bola sepak.




Hakcipta iluminasi.com (2017)