Seperti yang kita tahu, hari Black Friday sangat sinonim dengan pesta membeli-belah kerana penjual seringkali menawarkan harga yang tidak masuk akal sehinggakan para pembeli (di luar negara) sanggup bergaduh dan bertindak agresif untuk mendapatkan barang yang dijual.

Walaupun jualan Black Friday lebih popular di negara-negara Barat seperti UK dan Amerika Syarikat, sejak kebelakangan ini semakin ramai peniaga di Malaysia menggunakan gimik pemasaran "Black Friday" untuk membuat promosi menarik barang jualan mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berbalik pada tajuk di atas, apakah sebenarnya yang anda faham mengenai Black Friday?

Penggunaan awal terma "Black Friday"

panik kejatuhan harga emas 312

Penggunaan pertama kalinya istilah "Black Friday" digunakan bukan untuk pesta membeli-belah tetapi untuk krisis kewangan, khususnya kejatuhan pasaran emas Amerika Syarikat pada 24 September 1869.

Dua pemodal Wall Street yang sangat kejam, Jay Gould dan Jim Fisk telah bekerjasama untuk membeli emas negara sebanyak mungkin dengan harapan dapat menaikkan harganya setinggi mungkin dan menjualnya untuk keuntungan yang luar biasa.

Pada hari Jumaat pada bulan September, konspirasi yang dilakukan ini akhirnya terungkap, menyebabkan pasaran saham jatuh bebas dan menyebabkan ramai pelabur di Wall Street jatuh muflis.

Kisah yang paling sering diperkatakan di sebalik tradisi Black Friday yang berkaitan dengan pesta berbelanja selepas hari Thanksgiving turut mempunyai versi lain yang mengaitkannya dengan penjual.

Setelah satu tahun beroperasi dengan kerugian ("biasa ditulis dengan warna merah"), penjual kebiasaannya memperoleh keuntungan ("tulisan menjadi hitam") pada hari selepas hari Thanksgiving kerana pembeli yang masih dalam mood bercuti biasanya akan menghabiskan begitu banyak wang membeli hadiah dan barangan yang biasanya dijual pada harga lebih murah.

Walaupun benar bahawa syarikat jualan pernah mencatatkan kerugian dengan warna merah dan keuntungan dengan warna hitam ketika membuat kira-kira pada akaun mereka, versi asal kisah Black Friday ini adalah kisah yang disahkan secara rasmi, tetapi tidak tepat, di sebalik tradisi ini.

Mitos kisah Black Friday

mitos black friday

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mitos lain telah muncul yang memberikan persepsi buruk kepada tradisi ini dengan menyatakan bahawa pada tahun 1800-an pemilik ladang di bahagian Amerika Selatan dapat membeli hamba abdi dengan potongan harga pada hari selepas hari Thanksgiving.

Walaupun versi kisah asal-usul Black Friday ini telah disalah erti oleh beberapa pihak untuk menuntut tindaka boikot kepada pesta membeli-belah ini, kisah ini sebenarnya tiada asasnya dan lebih kepada sekadar mitos semata-mata.

Kisah sebenar Black Friday

sejarah black friday

Pada tahun 1950-an, polis di bandar Philadelphia menggunakan istilah itu untuk menggambarkan kekacauan yang terjadi pada hari selepas hari Thanksgiving, ketika segerombolan peminat sukan dan pelancong pinggir bandar membanjiri kota sebelum pertandingan "American football" antara Angkatan Darat-Tentera Laut yang sudah menjadi tradisi dan diadakan pada hari Sabtu setiap tahun.

Akibatnya, bukan hanya polis di Philadelphia yang tidak dapat mengambil cuti, tetapi mereka juga harus bekerja lebih lama daripada kebiasaan untuk mengawal kesesakan orang ramai dan menjaga lalu lintas.

sejarah black friday 706

Bukan sahaja perlu berdepan dengan jumlah pengunjung yang sangat ramai dan kesesakan trafik, pihak polis juga terpaksa menangani peningkata kes-kes kecurian barangan disebabkan ramai penjenayah mula mengambil kesempatan pada ketika ini.

Menjelang tahun 1961, penggunaan terma "Black Friday" telah tersebar luas di Philadelphia, sehingga para peniaga dan penduduk tempatan berusaha mengubahnya menjadi "Big Friday" untuk menghapuskan konotasi negatif terhadap terma ini. Namun, cubaan ini nampaknya tidak berhasil.

Perubahan persepsi negatif ke positif

promosi black friday

Namun, pada akhir tahun 1980-an, para penjual menemui cara untuk mengubah persepsi orang ramai mengenai Black Friday dan mengubahnya menjadi sesuatu yang mencerminkan perkara positif, dan bukannya negatif, kepada mereka dan pelanggan mereka.

Hasilnya adalah konsep "merah ke hitam"(seperti dinyatakan di atas) untuk pesta membeli-belah sempena musim cuti. Fenomena jualan murah ini nampaknya berhasil dan berjaya melenyapkan kisah hitam yang berlaku di Philadelphia.

Sejak itu, pesta jualan satu hari ini telah berubah menjadi acara empat hari, dan melahirkan "pesta membeli-belah" lain seperti Cyber Monday pada hari Isnin berikutnya. Kedai-kedai mula dibuka awal pada hari Jumaat itu dan para pembeli yang sangat berdedikasi dapat keluar awal untuk beratur di hadapan kedai setelah menjamu selera sempena hari Thanksgiving bersma keluarga. 

Kredit

  1. Dictionary.com
  2. HuffPost
  3. History.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)