Oleh pada 25 Jul 2017 kategori

Siapa yang tidak kenal M.Nasir, atau nama sebenarnya, Datuk Mohamad Nasir bin Mohamad, seorang insan yang diminati ramai semasa zaman kegemilangannya. Beliau merupakan seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah serta pelukis yang menetap di Malaysia.

m nasir karya jessy scarlet

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apabila kita bercerita tentang Datuk M Nasir, sudah pasti kita akan teringatkan lagu-lagunya yang dinyanyikan olehnya yang memiliki seribu satu makna yang tersirat di dalam lagunya. Beliau memang dikenali dengan keupayaan beliau menyampaikan mesej yang bermakna di dalam lagu-lagunya.

burung hudhud

Salah satu daripada lagu tersebut adalah lagu Tanya Sama Hud Hud, yang telah tercalon sebagai lagu terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun 1995. Namun, lagu ini tidak berjaya memenagi anugerah tersebut kerana tewas kepada lagu Mentera Semerah padi, yang juga merupakan lagu yang dinyanyikan oleh beliau.

Namun, apa yang ingin sampaikan kali ini adalah tentang maksud yang tersirat di dalam lagu tersebut.

Lirik lagu Tanya Sama Hud Hud

Tujuh puluh tiga pintu

Tujuh puluh tiga jalan 

Yang sampai hanya satu jalan

Ribu-ribu Margasatua

Mencari raja si Muraq

Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo

Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung

Atau dari dalam tempurung

Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan

Peraturan mencipta kekalutan

Di mana pula kau berdiri

Di sini

Ooh... Sang Algojo

Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini

Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya

Berikan aku kesempatan akhir ini

Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang

Kui mengsikui

Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

Maksud di sebalik lagu ini

pintu

Tujuh puluh tiga pintu

Tujuh puluh tiga jalan  

Yang sampai hanya satu jalan 

  • rangkap ini dipetik daripada hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud terdapat banyak golongan dengan fahaman masing-masing. Fahaman akidah di antara satu sama lain mempunyai perbezaan bahkan saling bertentangan. Namun, pada akhirnya, yang terselamat hanyalah satu fahaman yang benar.

ramai manusia masih mencari erti kehidupan ini

Ribu-ribu Margasatua

Mencari raja si Muraq 

Yang sampai hanya tiga puluh 

  • rangkap ini sebenarnya merujuk kepada manusia itu sendiri, yang cuba mengenal Tuhan. Namun hanya sedikit sahaja yang layak.

algojo

Ooh... Sang Algojo

Ooh... nanti dulu 

  • Algojo merupakan orang yang ditugaskan untuk mencabut nyawa. Dalam konteks kehidupan kita, sang algojo merujuk kepada Malaikat Maut, yang akan mencabut nyawa kita apabila telah sampai masanya. Sekiranya malaikat maut tiba untuk mencabut nyawa kita, adakah kita mampu untuk mengelak atau meminta agar kematian kita ditangguhkan?

lihatlah dunia dengan pemikiran yang luas

Lihat dunia dari mata burung

Atau dari dalam tempurung 

Yang mana satu engkau pilih 

  • Maksud disebalik rangkap ini adalah kita perlu melihat dunia ini dari kaca mata seekor burung (luas dan terbuka), dan bukanlah hanya memikirkan tentang diri sendiri dan berfikiran tertutup sama seperti seekor katak yang berada di bawah tempurung.

Dalam kalut ada peraturan 

Peraturan mencipta kekalutan 

Di mana pula kau berdiri 

Di sini 

  • Setelah kejahilan melanda umat manusia, turunlah ajaran yang benar. Namun agama tersebut mendapat tentangan dan kekalutan terjadi dalam kalangan masyarakat. 

 833

Berikan ku kesempatan akhir ini

Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya 

Berikan aku kesempatan akhir ini 

Lai lai la lai la lai  

  • Berikan aku peluang pada waktu yang singkat ini untuk menyampaikan perkara yang benar. Namun, di saat akhir kehidupan, kita tidak mampu lagi untuk bertaubat dan merayu untuk ditangguhkan saat pengakhiran kehidupan kita.

 613

Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang 

Kui mengsikui 

Kerna dia yang terbangkan ku ke mari

  • Rangkap ini merujuk kepada kisah hud hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.

Terdapat banyak maksud dan tafsiran daripada lagu ini. Apa yang saya sertakan di sini merupakan salah satu daripada maksud lagu tersebut. Sekiranya anda mempunyai pendapat dan maksud anda yang tersendiri, anda dialu-alukan untuk memberikan komen anda.

Sumber rujukan :

wikipedia

kanvasnota

youtube




Hakcipta iluminasi.com (2017)