Sejak diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto, Bitcoin mula digilai para pelabur, pakar IT malah orang biasa. Ini kerana harganya yang semakin meningkat dari masa ke semasa dan dilihat sebagai teknologi penting masa hadapan.

Anda mungkin pernah mendengar istilah "Bitcoin mining" tetapi tertanya-tanya bagaimana seseorang itu dapat melombong Bitcoin. Adakah ia sama seperti melombong emas? Berikut adalah penjelasan ringkas dan mudah mengenainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa itu Bitcoin?

Bitcoin adalah mata wang digital pertama yang membolehkan anda membuat transaksi peer-to-peer tanpa perantara seperti bank, kerajaan, ejen atau broker menggunakan teknologi asas blockchain. Sesiapa sahaja boleh membuat transaksi ke seluruh dunia. 

Biasanya, Bitcoin digunakan untuk pembelian dalam talian atau sebagai instrumen pelaburan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membuka akaun dalam rangkaian Bitcoin. Untuk memiliki Bitcoin, anda boleh membelinya serendah .

Berbanding mata wang tradisional, aset dapat dipindahkan lebih cepat di dalam rangkaian Bitcoin. Sistem ini juga mengenakan yuran transaksi yang lebih rendah kerana ia tiada perantara dan lebih selamat secara kriptografi (kod rahsia).

Walaupun maklumat transaksi boleh dilihat oleh semua namun identiti pengirim serta penerima akan dirahsiakan dan mustahil untuk ditiru atau digodam. 

Block dan Blockchain

melombong bitcoin

Blockchain merupakan teknologi asas Bitcoin. Ia adalah lejar yang diedarkan kepada umum di mana urus niaga direkodkan mengikut urutan kronologi. Sebarang rekod atau transaksi yang dimasukkan ke blockchain tidak boleh diubah.

Block pula adalah unit kecil yang membentuk blockchain dan ia adalah "bekas" yang menyimpan semua butiran transaksi. 

Melombong Bitcoin pula adalah proses mengesahkan transaksi yang berlaku dan merekodkannya di lejar blockchain awam. Dalam blockchain, transaksi disahkan oleh pengguna Bitcoin. Ini bermakna transaksi harus disahkan oleh peserta yang berada dalam rangkaian itu.

Mereka yang mempunyai hardware dan kuasa pengkomputeran yang diperlukan inilah yang digelar sebagai pelombong (miner). Hanya dengan hardware dan akses internet, sesiapa sahaja boleh menjadi pelombong.

Konsep penting yang perlu difahami adalah sebarang transaksi Bitcoin tidak melibatkan mana-mana badan kawal selia, badan pentadbir atau bank. Ia boleh dilakukan sesiapa sahaja di dalam rangkaian Bitcoin. 

Proses transaksi Bitcoin diselesaikan berdasarkan teka-teki matematik yang sukar disebut sebagai "proof of work". Ganjaran diberikan kepada pelombong pertama yang dapat menyelesaikan teka-teki ini.

3 konsep Blockchain

blockchain bitcoin 512

Untuk lebih memahami perlombongan Bitcoin, anda terlebih dahulu perlu memahami tiga konsep utama blockchain.

Lejer Awam

Lejer yang diedarkan adalah rekod semua transaksi yang disimpan dalam rangkaian blockchain di seluruh dunia. Dalam rangkaian ini, pengesahan transaksi dilakukan oleh pengguna Bitcoin.

SHA-256

Blockchain menghalang semua akses tidak sah dengan menggunakan fungsi yang disebut sebagai SHA-256 bagi memastikan block disimpan dengan selamat. SHA-245 (juga disebut digest) adalah sejenis "tandatangan" untuk teks atau fail data.

Ia menghasilkan kod 256-bit yang unik untuk teks. Sebagai contoh, kod SHA-256 untuk abjad "abc" adalah = "ba7816bf8f01cfea414140de5dae2223b00361a396177a9cb410ff61f20015ad"

Proof of work

Seperti yang diterangkan tadi, pelombong perlu mengesahkan transaksi dengan menyelesaikan teka-teki matematik sukar yang disebut sebagai proof of work. Objektif utamanya adalah untuk menentukan nilainya.

Nilainya (nonce value) perlulah kurang daripada sasaran (target) yang ditentukan oleh rangkaian atau block tertentu. Pada hari ini, pelombong yang berjaya menyelesaikan teka-teki ini akan mendapat ganjaran 12.5 Bitcoin.

Setelah block ditambahkan ke dalam blockchain, Bitcoin yang berkaitan dengan transaksi dapat dibelanjakan dan dipindahkan ke akaun yang lain.

Contoh transaksi Bitcoin

melombong bitcoin 2

Sebagai contoh, Fattah ingin memberikan 10 Bitcoin kepada Fazura. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukannya. 

Pertama, data transaksi itu dikongsikan dengan pengguna lain dalam kumpulan memori (memory pool) yang belum dilombong. Urus niaga itu perlu menunggu sehingga disahkan dan dimasukkan dalam block baru. Pelombong Bitcoin akan bersaing untuk mengesahkan transaksi menggunakan proof of work.

Pelombong pertama yang berjaya menyelesaikan teka-teki akan berkongsi keputusan mereka di nod (terminal atau stesen dalam rangkaian perhubungan komputer) lain.

Setelah block itu disahkan, nonce (nombor rawak dalam kriptografi) akan dihasilkan dan nod lain akan memberikan persetujuan mereka. Apabila cukup nod memberikan persetujuan maka block itu menjadi sah dan ditambah ke blockchain.

Pelombong yang berjaya menyelesaikan teka-teki rumit itu juga akan mendapat ganjaran 12.5 Bitcoin (Pada hari ini, 1 Bitcoin bernilai sekitar RM 145,000). Maka, transaksi 10 Bitcoin daripada Fattah kepada Fazura telah berjaya.

Tidak semudah yang disangkakan

Dalam proof of work, sesuatu sasaran (target) diselaraskan setiap 2,016 block atau kira-kira 14 hari. Purata masa untuk melombong satu block adalah 10 minit dan untuk menjaga kerangka waktu penghasilan block, sasaran (target) akan berubah-ubah.

pelombong bitcoin

Kesukaran teka-teki juga berubah, bergantung pada masa yang diperlukan untuk melombong block. Pada dasarnya, sangat sukar untuk menghasilkan proof of work. 

Namun, ia menjadi mudah bagi pelombong lain untuk mengesahkannya setelah seseorang menyelesaikan teka-teki itu. Apabila majoriti pelombong mencapai kata sepakat, block tersebut akan disahkan dan ditambahkan ke blockchain.

Sejak Bitcoin dilancarkan pada tahun 2009, ia memerlukan lebih banyak daya pengkomputeran untuk melakukan perlombongan pada hari ini.

Perkakasan melombong Bitcoin

Pada awal kemunculan Bitcoin, pelombong menggunakan komputer (CPU) biasa. Ia memerlukan masa yang lama untuk melombong Bitcoin dan mata wang kripto lain walaupun teka-tekinya lebih mudah berbanding hari ini.

Mereka kemudian mendapati bahawa GPU (unit pemprosesan grafik) adalah lebih efisien berbanding CPU biasa tetapi menggunakan lebih banyak elektrik. Pelombong perlu membuat pengiraan pulangan berdasarkan kos perkakasan dan elektrik mereka.

bitcoin mining tnb bernama 1122021

Banyak kes kecurian elektrik bagi perlombongan mata wang kripto. Credit : Bernama

Pada hari ini, pelombong menggunakan perkakasan khas yang dikenali sebagai ASIC (application-specific integrated circuit) untuk melombong Bitcoin dan mata wang kripto lain. Ia menggunakan kuasa lebih sedikit dan mempunyai kekuatan pengkomputeran yang lebih tinggi.

Setiap kali block dilombong, Bitcoin baru akan dihasilkan dalam rangkaian. Jumlah keseluruhan Bitcoin terhad kepada 21 juta sahaja. Sehingga kini, antara 17 hingga 18 juta Bitcoin sudah dilombong.

Bagi mendapat ganjaran, banyak nod (terminal atau stesen) akan berkongsi sumber untuk melombong block. Apabila satu block diselesaikan, ganjaran akan dibahagikan berdasarkan jumlah daya pemprosesan yang mereka laburkan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)