Dalam zaman digital, teknologi Blockchain yang digunakan bagi merekod dan menyimpan kesemua transaksi matawang digital antara pengguna, dengan yang paling popular adalah Bitcoin.

Berasaskan kepada teknologi yang sama, rangkaian Blockchain akan merekodkan hak pemilikan individu seseorang ke atas aset-aset berbentuk digital seperti video, imej, audio dan sebagainya, melayakkan seseorang memegang hak cipta ke atasnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cabang teknologi Blockchain yang dinamakan sebagai NFT atau 'non-fungible token' ini sudah beberapa tahun wujud, namun hanya mula menjadi sangat popular sebagai aset pelaburan baru-baru ini. 

Apa itu 'non-fungible token'?

bitcoin cryptocurrency

Istilah 'non-fungible' membawa makna sesuatu yang tidak boleh ditukarkan dengan sesuatu yang lain, bersifat unik serta eksklusif pemilikannya. Jadi NFT merujuk kepada sesuatu token berbentuk digital yang boleh dimiliki oleh anda seorang. 

Pada awalnya trend NFT digerakkan oleh pengguna matawang Bitcoin melalui kaedah yang dinamakan sebagai 'Colored Coins.'

Colored Coins pada peringkat tersebut digunakan untuk bermacam tujuan, antaranya mencipta kupon digital yang membolehkan seseorang menebus dalam dunia nyata, pembahagian saham, penciptaan matawang komuniti dan juga pemilikan aset digital, yang sedang kita bincangkan.

Melihat peluang besar yang ada dalam mewujudkan ledjar pemilikan aset digital, beberapa orang pembangun perisian membangunkan sistem matawang kripto Counterparty bagi menyelia NFT, yang dikenali sebagai XCP.

Melalui XCP, sebuah studio penerbitan permainan video bernama European Games Group AG melalui judul permainan mereka 'Spells of Genesis', memulakan aktiviti pemilikan aset digital melibatkan pemain-pemain mereka.

'Spells of Genesis' merupakan judul permainan kad yang popular, membenarkan pemain membeli kad-kad istimewa melalui bayaran XCP - menjadikan hanya pemain tersebut satu-satunya pemilik tunggal kad unik yang ada.

Penggunaan XCP mula berkembang

counterparty xcp crash bubble counterparty xcp cryptocurrency coins bubbles binary code background counterparty xcp 184643979

Walaupun 'Spells of Genesis' diterima sebagai judul pertama memperkenalkan konsep pemilikan tunggal yang unik ini, hanya selepas sebuah judul popular 'Forces of Will' mula menggunakan sistem pemilikan sama, mempopularkan trend pemilikan aset digital pada tahun 2016.

Selepas kad permainan digital, beberapa orang pengguna XCP mula meniagakan hak milikan meme internet popular 'Rare Pepes', yang memaparkan katak hijau tersenyum dengan wajah sinis yang dilukis sendiri mereka. 

pepes meme

'Rare Pepes' menjadi sangat popular pada ketika itu kerana diangkat sebagai simbol bagi kumpulan penyokong Donald Trump, semasa berlangsungnya pemilihan Presiden Amerika Syarikat.

Dalam satu insiden yang memaktubkan populariti 'Rare Pepes,' seorang penyokong kuat Trump berpegangan neo-Nazi dan penggerak gerakan kulit putih bernama Richard Spencer ditumbuk semasa cuba menerangkan lencana 'Rare Pepes' yang dipakainya kepada wartawan.

Video di bawah mengadungi adegan kurang menyenangkan.

Insiden itu serta sentimen politik Amerika Syarikat era tersebut memulakan aktiviti pengumpulan meme-meme yang memaparkan watak tersebut, di mana orang ramai berebut untuk menjadi pemilik eksklusif tunggal meme yang ada.

Populariti ini membolehkan sebuah penyelia bernama Rare Pepe Wallet memulakan gedung jualan meme berasaskan XPC, membuka jualan 1,600 meme pertama yang habis disapu peminat.

homer pepe meme

Bermula daripada harga rendah, nilai pemilikan meme digital ini mula melambung harganya.

Pada tahun 2018, sebuah acara lelongan berjaya menjual 'Homer Pepe,' meme yang memaparkan katak itu mirip dengan watak popular Homer Simpson pada harga RM162,000.

Pada bulan Mac 2021, meme itu dijual pada nilai RM1.32 juta - memberikan pulangan hampir 10 kali ganda kepada pemiliknya dalam masa tak sampai 3 tahun.

Adakah NFT pelaburan yang selamat? 

lelonganeme rare pepe

Dari pandangan orang luar, menjadi pemilik kepada sesuatu aset digital pasti kelihatan karut. Kita boleh saja memuat turut meme 'Homer Pepe' yang nilainya jutaan ringgit itu secara mudah.

Namun bagi peminat-peminat yang serius dalam menjadikan NFT koleksi peribadi mereka, mereka melihatnya sebagai evolusi kepada aktiviti pengumpulan karya seni bersifat tradisional cuma dalam bentuk digital.

Sehingga kini penggunaan NFT masih didominasi oleh judul-judul permainan video menurut laman rasmi NonFungible yang menyelia aktiviti penjualan NFT. Selain itu, karya seni, meme, alamat domain internet serta ruangan maya juga diniagakan.

Sekiranya anda merasakan 'Homer Pepe' yang dijual sudah terlalu tinggi nilainya, beberapa bulan kebelakangan ini NFT  mula mencapai tahap populariti lebih tinggi disebabkan oleh penglibatan nama-nama besar.

'Influencer' berpengaruh internet Logan Paul berjaya mengumpul dana RM14.5 juta melalui jualan lebih 3000 aset digitalnya. Vokalis kumpulan Linkin Park, Mike Shinoda juga sedang melakukan jualan NFT ciptaan beliau.

nike cryptokicks blockchain nft

Penggunaan NFT juga pada ketika ini sedang diperkembangkan ke dunia nyata.

Jenama pakaian sukan terkenal Nike baru saja dianugerahkan paten teknologi yang membolehkan sistem blockchain dihubungkan dengan produk mereka, menerusi sistem yang dinamakan sebagai Cryptokicks. 

Teknologi ini bakal menjadikan semua produk Nike dibawah label ini dikategorikan sebagai NFT yang benar-benar wujud secara fizikal, melindungi nilai produk mereka daripada produk tiruan serta bakal membolehkan Nike merekodkan hak pemilikan produk keluaran mereka. 

Berapa harga tertinggi sebuah NFT pernah diniagakan?

beeple karya nft termahal dunia

Apakah aset digital NFT paling bernilai setakat artikel ini ditulis?

Gelaran itu disandang sebuah video bernama Crossroad #1/1 hasil ciptaan seorang pengkarya menggunakan nama samaran Beeple (tangkap layar video di atas), telah dilelong pada penghujung bulan Februari tahun 2021.

Crossroad #1/1 mencapai angka jualan RM27.5 juta!

Jika anda seorang pengkarya, ini adalah masa yang sangat baik untuk anda cuba menghubungkan aset digital milik anda dengan Blockchain.

Mana tahu ada individu di luar sana yang terjebak dengan kegilaan ini, sanggup membeli aset jualan anda pada harga yang tak masuk akal.




Hakcipta iluminasi.com (2017)