Evolusi dan inovasi adalah perkara terpenting dalam dunia penstriman dan juga penghasilan konten. Dari konteks ini, mereka yang terlibat dalam bidang ini mencari cara yang lebih kreatif untuk berinteraksi dengan para pengikut dan penonton.

Sejak kebelakangan ini, kebangkitan Vtubers (YouTuber maya), iaitu penyiaran digital pita menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mengubah penampilan mereka memberikan nafas baru kepada para penyiar (broadcaster) di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini dilihatkan sebagai peluang baru yang sangat menarik kepada mereka yang cukup berani untuk memanfaatkannya.

Dalam hal ini, penonton sangat tertarik dengan penampilan kerangka penstriman jenis baharu, iaitu yang menggunakan konsep Vtuber dan mengubahnya kepada tahap yang sangat ekstrem, iaitu Code Miko.

Mungkin anda pernah melihat klip video Miko ini di Twitter di mana orang di sebalik watak itu mempamerkan teknologi yang menggerakkan Miko. Iluminasi.com kongsikan serba sedikit tentang Cod Miko.

Siapa Code Miko?

siapa sebenarnya codemiku streamer influencer

Project CodeMiko adalah streamer maya yang dihasilkan menggunakan perisian Unreal Engine dan dikendalikan melalui sut penangkap gerakan (motion capture suite) Xsens.

Sut penangkap gerakan adalah alat yang boleh dipakai yang merekodkan pergerakan badan pemakainya.

Usaha ini bukanlah sesuatu yang murah kerana sut ini sahaja boleh mencecah harga RM120,000.

Proses membangunkan, kejuruteraan, dan rigging semuanya dilakukan oleh orang yang sama, dikenali sebagai "The Technician".

the technician watak di sebalik codemiko 2

(The Technician)

Dari segi kandungan sebenar yang dihasilkan Miko di Twitch, kebanyakannya berkaitan dengan wawancara dengan rakan-rakan streamer dan melepak dengan sembangnya.

Perkara yang membuat Miko menonjol dan menarik selain menjadi sesuatu yang baru bagi dunia penstriman adalah interaktiviti yang terdapat dalam setiap siaran.

Seperti yang dijelaskan oleh The Technician, penstriman ini adalah "permainan berperanan (role-playing) separa interaktif, di mana ia seperti arked, permainan dan penstriman dan RPG yang berlaku pada masa yang sama."

Penonton bukan sahaja boleh mengubah sifat fizikal Miko, tetapi dengan berinteraksi di ruang sembang, mereka boleh melakukan interaksi dalam penstriman Miko menggunakan "bits", mata wang khas Twitch.

Antara pilihan interaksi yang boleh dibuat adalah dari menutup suara (mute) sehinggalah melakukan aksi meletupkan mayat di belakang Miko, semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan bits.

Oleh kerana projek ini masih dalam penghasilan, terdapat beberapa gangguan yang berlaku ketika strim dilakukan, namun ia kelihatan seperti tambahan daya tarikan terhadap keperibadian Miko yang tak dapat dijangkakan.

Canggih, kan?

Rujukan:

1. Sportskeeda

2. Ginx

3. Dexerto




Hakcipta iluminasi.com (2017)