Oleh pada 20 Feb 2018 kategori

Ramai ulama' berselisih pendapat tentang hukum memakan tupai. Jumhur (majoriti) ulama' berpendapat bahawa memakan tupai hukumnya adalah halal. Sesetengah ulama' yang lain pula berpendapat haram memakan tupai, kerana haiwan ini menggigit dengan menggunakan taringnya.

Pendapat kedua ini merupakan pendapat dari Madzhab Hanafi dan sebagian ulama Syafi’iyah dan Hanabilah. Sementara Malikiyah berpendapat hukumnya adalah makruh. Pendapat yang lebih kuat adalah boleh, sebagaimana yang ditegaskan Imam An-Nawawi dalam al-Majmu’, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni, Khalil dalam at-Taudhih, dan Al-Mardawi dalam al-Inshaf.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari Abu Tsa’labah bahawa Nabi s.a.w melarang daripada memakan setiap binatang buas yang bertaring (Hadith riwayat Muslim). Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I’lamul Muwaqqi’in (2/118-119) Maksudnya “dziinaab” yakni binatang bertaring atau berkuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan”. (Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi.

Dalilnya adalah prinsip dasar hukum syariah Islam, bahawa “al-ashlu fi al-asy-yaa` al-ibaahah maa lam yarid dalil al-tahriim” (Hukum asal benda adalah mubah selama tidak ada dalil yang mengharamkan). Imam Asy-Syaukani menjelaskan kaedah tersebut pada bahagian akhir bab tentang makanan, buruan dan sembelihan dengan mengatakan, "Berbagai ayat dan hadis yang disebut pada awal bab ini menunjukkan bahawa hukum asal benda adalah halal (al-ashlu al-hill)."

Sebilangan besar ulama’ menghukum dan menfatwakan tupai sebagai binatang yang halal dimakan. Oleh itu, memakan daging tupai itu adalah halal dan tidak memudaratkan kesihatan. Lebih-lebih lagi, tupai bukanlah binatang buas yang bertaring mahupun binatang yang hidup daripada dua alam seperti katak dan buaya.

Dalam soal jawab ini, jelaslah bahawa tiada dalil yang mengharamkannya samada secara langsung ataupun tidak. Oleh itu, hukumnya kembali kepada hukum mubah, yakni harus untuk dimakan.

Penulisan asal : Facebook Abu Redzuan




Hakcipta iluminasi.com (2017)