Kredit foto: Instagram Elfira Loy 

Ramai sedia maklum akan hubungan rapat yang terjalin antara aktres Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi. Pasangan terbabit juga nampaknya tidak menyembunyikan hubungan rapat mereka kepada umum melalui beberapa siri kenyataan dan status di laman sosial.

Dan yang terkini, Sufian telahpun menghantar rombongan merisik ke rumah Elfira iaitu pada 30 Jun lalu.

Difahamkan, dalam majlis tersebut, sebentuk cincin tanda telah diberikan sebagai simbolik kepada hubungan yang berputik sejak empat bulan lalu.

Rata-rata netizen yang terkejut dengan berita gempar itu bagaimanapun tidak ketinggalan melahirkan rasa kagum dengan Sufian.

Manakan tidak, kesungguhan Sufian untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya harus dipuji. Biasanya lelaki apatah lagi selebriti mengambil masa yang lama, barangkali bertahun sebelum mengambil langkah seterusnya.

Sufian dalam kenyataan terbarunya mendedahkan serba sedikit tentang status terkini hubungan mereka.

akhirnya sufian suhaimi bawa rombongan merisik elfira loy 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Tiada apa yang nak saya sembunyikan dengan apa yang terjadi pada hari ini. Ia benda baik. Itu saja yang saya boleh kongsi kerana tiada perbincangan lanjut untuk majlis seterusnya (kahwin). Rasanya memang semua sudah tahu kami memang rapat. Lagipun kami bukan budak sekolah untuk melabelkan hubungan ini sebagai kekasih atau sebaliknya. Masing-masing sudah berada dalam fasa yang menyamankan kerana saling memahami. Saya sendiri banyak mendapat nasihat daripadanya yang lebih berpengalaman di arena seni. Kami juga masing-masing menyokong dari aspek emosi. Tiada apa yang nak disembunyikan antara kami. Harap hubungan kami akan menemui penamat yang baik. Harap semua juga dapat mendoakan yang baik.

Sumber: BH Online

Manakala bagi Elfira pula, dia menyenangi hubungan yang terjalin, selain mendedahkan cara mereka memupuk perhubungan sebagai pasangan.

akhirnya sufian suhaimi bawa rombongan merisik elfira loy 3

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

Ya, memang selain beraya, turut diadakan majlis merisik. Saya percaya apa yang terjadi ini sebagai memberi tahu isyarat kedudukan sebenar kami. Cuma fasa lanjut itu belum dibincangkan lagi. Saya menyenanginya dan selama ini, apa yang kami belajar, komunikasi itu penting dan menjadi teras hubungan kami. Apa saja tak kena, kami memang perlu berkomunikasi. Dia menghubungi saya dan Mama maklumkan keadaan sebenar. Jadi saya tak boleh terburu-buru meletakkan andaian. Mungkin itu juga dugaan yang mahu menguji hubungan kami. Dalam hubungan ini, jika kita boleh menerima seseorang itu dalam keadaan baik dan sebaliknya, bererti kita sedang berusaha untuk menjaga ikatan ke tahap lebih baik. Kita sama-sama memperbaiki kekurangan yang ada. Insya-Allah.

Sumber: BH Online

Semoga hubungan baik Elfira dan Sufian akan berkekalan ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)