Oleh pada 22 Aug 2017 kategori

Kredit foto: BH Online

Sebagaimana yang dijanjikan, penyanyi Hafiz Hamidun hari ini tampil dalam sebuah sidang media khas yang diadakan pada jam 3.00 petang tadi dan disiarkan secara langsung menerusi akaun Instagramnya.

Menjawab isu kemelut rumah tangganya, ini beberapa poin penting yang didedahkan sepanjang sidang berlangsung.

1. Joy Revfa telah berkahwin dengan suami pertamanya, Mohd Rayos Abdul Rahim di Thailand. Joy diceraikan dengan menggunakan aplikasi Whatsapp, namun tidak mempunyai surat penceraian yang sah.

2. Hafiz sering menggesa Joy untuk menyelesaikan isu penceraian perkahwinan terdahulu, namun diabaikan Joy sehinggalah beberapa hari sebelum pernikahan mereka.

3. Perkahwinan tetap diteruskan, namun dengan surat akuan janji yang menuntut Joy untuk mendapatkan surat penceraian perkahwinan terdahulu sebelum tarikh 8 Ogos.

4. Keraguan tentang status rumah tangga telah membawa mereka ke Songkla, Thailand untuk menyelesaikan urusan cerai taklik Joy. Bagaimanapun hasil siasatan mendapati Joy masih mempunyai ikatan dengan suami terdahulu.

5. Tiada lagi kenyataan lanjut akan dikeluarkan Hafiz selepas ini demi menghormati kredibiliti dan kearifan pihak mahkamah.

Diharapkan kes ini dapat diselesaikan secara baik dan penjelasan Hafiz ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang isu perkahwinannya yang dilanda pelbagai spekulasi. 

Sumber berita: Instagram Hafiz Hamidun



Hakcipta iluminasi.com (2017)