Oleh pada 20 Feb 2018 kategori

Merokok merupakan satu tabiat yang tidak sihat dan boleh menyebabkan ketagihan yang melampau. Merokok telah terbukti mampu memberi pelbagai kesan yang boleh membahayakan kesihatan anda. Usaha dan kempen untuk mendidik kanak-kanak tentang bahaya merokok sebelum ini adalah amat berbaloi.

Bilangan kanak-kanak yang merokok pada zaman ini adalah rendah berbanding dengan sebelumnya. Kesedaran tentang bahaya merokok adalah salah satu usaha yang perlu diteruskan. Walau bagaimanapun, terdapat satu tabiat buruk baru yang boleh dikatakan sama berbahaya telah timbul di kalangan generasi muda. 

baik buruk hisap vape tidak kira lelaki awek

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejak beberapa tahun yang lalu, rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai vape telah memasuki pasaran dan menjadi sangat popular. Sesetengah orang mendakwa bahawa vape adalah alternatif yang selamat untuk menggantikan rokok tembakau. Namun, adakah benar penyataan tersebut?

vape rokok elektronik bahaya

Vape adalah peranti rokok elektronik yang dikuasakan oleh bateri. Vape direka untuk kelihatan dan rasa hampir seperti rokok tembakau biasa. Walau bagaimanapun, vape tidak menggunakan tembakau seperti rokok biasa. Ia menggunakan kartrij yang dipenuhi dengan cecair yang dikenali sebagai cecair elektronik (e-liquid) atau perisa vape.

E-liquid biasanya mengandungi nikotin, bahan kimia dan didatangi dengan pelbagai jenis perasa. Bagaimana vape berfungsi? Vape mengandungi elemen pemanasan yang menukar e-liquid menjadi wap apabila dihidupkan oleh pengguna. 

wap seperti asap keluar dari vape

Para penghisap vape sering menyatakan bahawa mereka tidak membakar tembakau. Jadi pengguna yang berada di sekitar kawasan tersebut tidak akan menyedut tar dan karbon monoksida seperti yang terdapat dalam asap rokok tembakau. Adakah ini membuktikan bahawa vape benar-benar selamat? Kebanyakan pakar-pakar dalam bidang kesihatan mengatakan "tidak."

Mereka menyerlahkan fakta bahawa pengguna vape masih menggunakan jumlah nikotin yang tidak sihat. Lebih-lebih lagi, e-liquid kebanyakannya tidak terkawal dan didapati mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya lain yang sebahagiannya diketahui boleh menyebabkan kanser. 

Walaupun ramai pakar percaya bahawa vape kurang berbahaya daripada rokok tembakau, namun ia bukan satu tabiat yang sihat untuk anda mulakan. Sesetengah pengkritik tidak menyukai vape kerana e-liquid datang dalam pelbagai perisa seperti buah-buahan,air minuman,coklat dan beberapa perisa lagi yang di antaranya kelihatan seperti menjadi tarikan kepada anak-anak untuk mencubanya.

perisa vape paling laris

Ramai apabila ditanya bimbang bahawa vape akan menjadi titik permulaan untuk berjinak-jinak dengan rokok tembakau. Kanak-kanak boleh mencuba vape kerana mereka memikirkan bahawa ia lebih selamat. Sebaik sahaja mereka terpalit dengan e-liquid yang mengandungi nikotin, mereka lebih cenderung untuk beralih ke rokok tembakau yang mempunyai kadar nikotin yang lebih tinggi.

awek hembus asap vape

Kajian saintifik baru-baru ini menyatakan bahawa sesungguhnya ada kaitan antara penggunaan vape akan mencuba rokok tembakau. Sebagai contoh, satu kajian pada 2016 yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics menyimpulkan bahawa remaja yang tidak pernah merokok tetapi dia menggunakan vape adalah enam kali ganda cenderung untuk menghisap rokok tembakau daripada remaja yang tidak pernah menggunakan vape.

Kesan Buruk Vape

Walaupun ramai orang kelihatan mempunyai kesedaran tentang kesan buruk tembakau. Namun terdapat juga begitu banyak kesan buruk vape. Berikut adalah beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa pengambilan vape yang mungkin boleh dikaitkan dengan keseluruhan atau sebahagian daripada misi untuk menjatuhkan dan merosakkan diri sendiri. Antara kesan-kesan buruk terhadap kesihatan adalah seperti ;

sakit tekak merupakan kesan sampingan vape

  • Masalah kulit kering
  • Mulut kering
  • Ruam  
  • Gatal
  • Mata bengkak atau kering
  • Ketagihan kafein
  • Masalah hidung berdarah

Kesan sampingan yang lain adalah mulut kering yang sangat biasa berlaku kerana sifat yang ada pada e-liquid. Salah satu komponen utama yang ada di dalam e-liquid  adalah propylene glycol atau sering dirujuk sebagai PG.  Selain digunakan dalam e-liquid, PG juga digunakan secara meluas dalam produk farmaseutikal dan kosmetik. Salah satu ciri PG ialah cecair hygroscopic yang akan menarik dan menahan molekul air dari persekitaran mulut anda. 

propylene glycol yang digunakan dalam e liquid

Kadang-kadang kesan sampingan ini mungkin berlaku disebabkan terlalu banyak mengambil vape dan akan hilang kesannya apabila pengguna berhenti untuk mengambil vape. Yang pasti tiada logo halal JAKIM yang terdapat pada e-liquid atau perisa vape. Jadi, fikirkan tentang kesihatan diri anda serta kesedaran mengenai buruknya kesan vape dan rokok.




Hakcipta iluminasi.com (2017)