Selepas penat bekerja seharian, di tengah-tengah kesesakan lalu lintas, ketika melepak dengan rakan-rakan atau selepas makan, lebih daripada 1 bilion orang di seluruh dunia memilih untuk menikmati sebatang rokok.

Terdapat terlalu banyak sebab mengapa merokok menjadi tabiat yang terus popular walaupun mempunyai kesan jangka masa panjang yang berbahaya termasuklah sifat fleksibel nikotin terhadap badan kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nikotin adalah punca utama ketagihtan merokok dan ia mempunyai beberapa kesan yang "diidamkan" kepada badan. Ia boleh  melonjakkan teanga, meningkatakan tumpuan dan kemaihran ingatan, atau membantu kita mengatasi kejanggalan sosial ketika berhadapan dengan orang ramai.

Memandangkan sifat nikotin yang serba boleh, ketagihan terhadap dadah ini semakin berleluasa.

Persoalannya adalah, bagaimana satu bahan kimi boleh berindak dengan dua cara iaitu sebagai perangsang jdan juga penenang?

Apa itu nikotin?

apa itu nikotin

Jika rakan anda bercakap tentang ketagihan rokok, apa yang sebenarnya yang dimaksudkan adalah ketagihan nikotin.

Nikotin adalah satu sebatian nitrogenous organik yang terdapat dalam pelbagai tumbuhan nightshade, termasuk tembakau.

Nikotin mengandungi antara 0.5% hingga 3.0% daripada tembakau dari segi berat dan merupakan komponen yang membuatkan tabiat merokok sangat sukar untuk dihentikan.

Bersama-sama dengan sehingga 4,000 bahan kimia dan bahan tambahan lain dalam rokok, nikotin boleh digambarkan sebagai "bahan aktif" kerana ia menyerupai neurotransmitter di dalam otak iaitu acetylcholine.

Tambahan pula, ia boleh menyebabkan pembebasan neurotransmitter lain di otak termasuklah glutamat, dopamin dan endorphin.

Apabila nikotin diperkenalkan kepada sistem otak, ia mula mengikat kepada reseptor asetilkolin dengan cepat dalam jumlah yang tinggi.

Pada dasarnya, nikotin mengaktifkan sejumlah besar neuron secara serentak, yang mana biasanya tidak berlaku secara semula jadi.

Otak anda akan menjadi cergas dengan pelepasan acetylcholine, yang mencetuskan laluan cholinergik lain di otak.

Ini meningkatkan tahap tenaga dan aktiviti, memberikan rasa peka serta fokus yang mana dikaitkan dengan rokok.

merokok dikatakan menenangkan

Otak yang dipenuhi neurotransmitter palsu ini juga akan mencetuskan pembebasan dopamin iaitu satu lagi jenis neurotransmitter yang dikaitkan dengan rasa keseronokan dan bertindak sebagai pusat ganjaran otak kita.

Menghisap rokok juga menyebabkan pelepasan glutamat, yang dikaitkan dengan pembelajaran dan ingatan. Hasilnya, tahap tumpuan perokok melonjak selepas merokok. 

Yang terakhir, nikotin memberitahu otak anda untuk membuat dan melepaskan lebih banyak endorfin, yang bertindak sebagai ubat penahan sakit semula jadi badan.

Endorphin ini membanjiri tubuh selepas nikotin diperkenalkan, seterusnya menguatkan lagi rasa seronok merokok dan "kepentingan" nikotin dalam badan.

Kedua-dua kesan fizikal dan psikologi nikotin boleh menyebabkan seseorang menjadi bergantung atau ketagih kepadanya.

Inilah sebabnya mengapa rokok dianggap sebagai salah satu dadah yang paling ketagih di dunia dan sangat kerap dibandingkan dengan heroin dari segi kesukaran untuk berhenti. 

Adakah nikotin sejenis perangsang atau penenang?

adakah nikotin perangsang atau penenang 2

Nikotin boleh memberikan tenaga dan tumpuan, meningkatkan memori kita, mengurangkan kebimbangan dan tekanan, serta mewujudkan rasa keseronokan dengan melepaskan bahan kimia yang sama seperti heroin dan kokain.

Walaupun nikotin mempunyai semua sifat tersebut, sesetengahnya adalah farmakologi dan yang lain adalah psikologi atau psikodinamik.

Lebih spesifik, nikotin secara teknikalnya merupakan bahan perangsang dengan kesan yang dapat bertahan dalam tubuh selama 2 hingga 3 hari.

Dengan kata lain, jika anda seorang perokok tegar dan memutuskan untuk berhenti merokok selepas tempoh yang panjang, nikotin dalam badan anda akan dihapuskan dalam masa 72 jam.

Kepekaan, memori yang meningkat dan pengeluaran acetylcholine, endorfin serta dopamin akan berhenti memberi kesan kepada badan anda. Pendek kata, aspek perangsang dari dadah ini hilang, namun keinginan terhadapnya masih tetap ada.

Walaupun selepas bahan aktif rokok dihapuskan dari badan kita, kita masih mempunyai keinginan psikologi untuk merokok dan sebahagian besarnya berkait dengan kesan penenang yang kononnya datang daripada rokok.

Malah, gejala pengeluaran nikotin boleh berlaku dengan sangat dahsyat dan memberikan kesan kepada beberapa sistem organ, mood anda, kesihatan mental dan corak tingkah laku.

merokok membahayakan kesihatan

Namun, semua ini boleh diselesaikan dengan menyalakan sebatang rokok. Kesan perangsang terasa lebih "sedap" selepas badan kehilangan dadah ini untuk seketika.

Diakui bahawa pembebasan dopamin dan endorphin memberikan pengalaman yang tenang kerana ia menyenangkan dan membuat badan kita berasa sedap.

Namun, apa yang dilakukan oleh nikotin adalah memperkukuhkan hubungan dengan tingkah laku yang berbeza.

Sebagai contoh, selepas bekerja 10 jam seharian, menyalakan rokok dan menghisapnya serta menerima "ganjaran kimia" adalah sesuatu yang diidami oleh otak perokok.

Kesan penenang rokok seperti rasa relaks dan melepaskan tekanan adalah perkara yang diidamkan secara psikologi serta sering kali dikaitkan dengan bahagian paling "romantik" dalam merokok.

Hubungan-hubungan emosi ini dengan nikotin adalah sangat kuat dan biasanya lebih diingati berbanding kesan fizikal nikotin itu sendiri.

Seperti kebanyakan dadah, perokok tegar memerlukan lebih banyak nikotin untuk mencapai rasa "khayal". Ini sebab mengapa perokok mungkin bermula dengan 1 hingga 2 batang rokok sehari namun selepas beberapa tahun, mereka menghisap 1 hingga 2 kotak sehari.

Hingga ke satu tahap, kesan perangsang akan mencapai had, tetapi kesan penenang masih dapat dinikmati dan ini membuatkan nikotin dan rokok sangat berbahaya.

Dan oleh itu, dari sudut pandangan saintifik dan perubatan, nikotin adalah bahan perangsang dan bukannya penenang. Walaupun secara teknikalnya nikotin adalah bahan perangsang, namun ia tetap boleh membuatkan anda murung.

Rujukan:

1. National Institutes of Health

2. Addiction Journal

3. Science 

4. Pharmacology Biochemistry and Behavior Journal




Hakcipta iluminasi.com (2017)