Ketika masih kanak-kanak, anda beranggapan bahawa anda akan berpeluang untuk melakukan apa sahaja yang diingini apabila meningkat dewasa.
Hakikatnya, rupa-rupanya semua orang di sekeliling berminat dengan kehidupan anda.
Makcik-makcik bawang mahukan anda menamatkan zaman bujang dengan cepat, rakan-rakan memberi nasihat untuk memulakan perniagaan anda sendiri manakala Apple mahukan anda untuk memiliki iPhone yang paling terkini.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan hampir setiap orang akan memberitahu bagaimana anda harus menjalani kehidupan hanya kerana semua orang melakukannya. Ini adalah masalah yang telah diajar oleh masyarakat moden yang kian memburuk dan akan membahayakan hidup sesetengah orang.
iluminasi.com kongsikan 8 nilai hidup songsang yang diterapkan oleh masyarakat moden tanpa kita sedari.
1. "Orang berjaya patut memiliki rumah, kereta dan telefon pintar terbaru"
Sedar atau tidak masyarakat pada hari ini secara aktif menggalakkan kehidupan hanya untuk keseronokan yang harus diperoleh terutamanya melalui pembelian. Antaranya termasuklah membeli gajet baru, wangian yang trendy dan pakaian yang mengikut peredaran zaman.
Kejayaan pada hari ini lebih dilihat dari segi kebendaan dan jika anda tidak menggunakan barangan yang terkini, anda akan dianggap sebagai tak berjaya.
Dan ia dianggap sebagai tak mengapa jika anda membeli iPhone terbaru, anda perlu makan mi segera selama 6 bulan dan kereta mahal anda juga akan tersadai di rumah kerana tidak mampu untuk diservis.
2. "Hidup kita perlu mengikut trend terkini"
Hari ini, ahli-ahli psikologi menekankan fenomena ini sebagai peniruan gaya hidup kumpulan lain.
Dengan kata lain, ini adalah percubaan untuk meniru kehidupan pelakon, penyanyi, selebriti, ahli perniagaan malah selebriti instagram (instafamous) yang mana mereka mempunyai wang yang cukup untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang mereka inginkan.
Namun sudah tentu tak ramai yang mempunyai kekayaan seperti mereka ini atau gadis-gadis kampung tak mampu untuk membeli pakaian-pakaian yang serba mahal dan terkini, percutian di Maldives atau rawatan wajah di spa-spa yang mengecas anda ribuan ringgit bagi setiap sesi.
Masalah ini terletak pada hakikat bahawa golongan ini secara tak sedar berasa diri dan taraf hidup mereka lebih rendah daripada diva-diva atau selebriti instagram dan masalah ini akan membina satu masalah rendah di dalam diri sehingga ke hari tua.
3. "Aku tak boleh hidup tanpa Instagram!"
Situasinya agak mudah, semakin cantik gambar yang anda muat naik di media sosial, kehidupan anda seolah-olah semakin baik dan berjaya dan hebat.
Sekurang-kurangnya itulah apa yang orang-orang yang tak mampu untuk bercuti ke luar negara atau makan di restoran yang mahal akan fikir.
Namun, ahli psikologi mempunyai pendapat lain tentang hal ini.
Mereka percaya bahawa orang yang suka menunjukkan kehidupan mereka sedang membina ciri-ciri narsistik dalam diri, manakala pengujung akaun mereka mungkin mula menderita daripada penyakit iri hati dan bahkan mengalami kemurungan.
4. “Aku cuba yang terbaik untuk menjadi seorang ibu yang baik”
Sekiranya anda tidak penat, ia bermakna anda bukan seorang ibu yang baik. Itulah motto kehidupan ramai wanita yang baru menyesuaikan diri setelah mempunyai cahaya mata.
Ia lebih membahayakan terutama jika mereka suka untuk membaca majalah-majalah glamor yang mana banyak mencadangkan bagaimana cara untuk membesarkan anak-anak.
Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang "sempurna" ini sering tidak mempunyai masa untuk diri mereka sendiri.
Pakar psikologi dan guru-guru berasa bimbang dengan hal ini dengan menekankan bahawa kerana ibu bapa hari ini terlalu mempunyai sifat melindungi, anak-anak generasi ini tidak akan dapat membuat keputusan secara bebas atau menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka.
5. “Bekerja sebagai tukang masak atau tukang jahit itu memalukan”
Selama bertahun-tahun, masyarakat kita telah membentuk idea bahawa seseorang yang tidak mempunyai pendidikan tinggi tergolong dalam "kasta yang lebih rendah" manakala mempunyai diploma atau ijazah secara automatik menjadikan mereka pakar yang sempurna mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat.
Akibatnya, kita hampir kehilangan rasa hormat terhadap sesetengah pekerjaan. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau golongan belia pada hari ini, hampir semua tak akan memberitahu bahawa mereka bercita-cita untuk menjadi tukang jahit, tukang masak atau juruelektrik.
Di samping itu, jika anda dilahirkan dalam keluarga doktor, anda akan dibentuk agar menjadi doktor dengan cara apa sekalipun, walaupun anda berminat dalam menjadi seorang pendandan rambut.
6. “Semua orang perlu memiliki perniagaan sendiri”
Ramai di antara kita pada hari ini tidak bersedia untuk cuba membina kerjaya secara perlahan-lahan dan mendapat reputasi sebagai pakar yang berpengalaman.
Kita diajar oleh masyarakat bahawa adalah lebih mudah untuk menghadiri ceramah atau kelas-kelas popular di mana mereka akan membincangkan tentang betapa teruknya jika anda bekerja di bawah seseorang. Mereka juga akan menasihati anda untuk berhenti bekerja untuk kejarkan kebebasan yang anda sepatutnya dapat.
Dan disebabkan oleh keinginan untuk berjaya dan menjadi kaya dengan pantas seperti yang dipandang masyarakat, kita tak akan pernah menjadi profesional dalam apa-apa perniagaan.
Mereka akan beralih dari satu perniagaan kepada perniagaan yang lain dengan harapan bahawa mereka akan berjaya menghasilkan pendapatan yang lumayan tanpa banyak pengalaman, yang mana tak akan berlaku.
7. “Wanita yang cantik adalah dengan solekan yang sempurna”
Wanita moden kini berada dalam dilema di mana mereka berbelah bagi untuk memilih yang mana adalah betul mengenai kecantikan.
Dari satu sisi, kecantikan semulajadi adalah trend ketika ini dan ia hanya memerlukan sedikit sahaja alat solekan.
Sisi lain pula, dikatakan bahawa cantik itu bermakna anda sentiasa harus mengikut peredaran trend dan mampu memakai alat solek pada tahap artis solek profesional.
Disebabkan ini, semakin ramai wanita hari ini telah menidakkan "penjajahan minda" solekan, tak lagi malu dengan kecantikan semulajadi mereka dan menjimatkan masa berharga mereka dengan tidak menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin.
Itulah sebabnya semakin ramai wanita telah menolak kezaliman solek akhir-akhir ini, tidak berasa malu tentang keindahan alam semula jadi mereka, dan menjimatkan masa berharga mereka dengan tidak menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin.
8. “Asalkan hidup aku okay, masalah orang lain tak ada kena-mengena dengan aku".
Bayangkan jika anda tergelincir dan jatuh tepat di tengah-tengah jalan yang sibuk serta tangan anda tercedera. Cuba teka bagaimana reaksi mereka yang lalu-lalang di kawasan tersebut.
Biasanya, mereka hanya akan tidak mengendahkan anda atau lebih buruk, mengambil video anda. Dan jika ada yang membantu, individu tersebut akan dipandang dengan pandangan pelik daripada orang lain tertanya-tanya mengapa anda cuba untuk melibatkan diri.
Jika difikirkan, tiada tindakan yang lebih biasa melainkan dengan membantu orang yang berada dalam kesusahan, namun zaman bagi orang yang suka membantu sudah tamat dan diganti dengan trend orang yang tak peduli dengan persekitaran mereka.