Hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, rakyat Malaysia mempunyai pelbagai jenis kepercayaan yang datang daripada tinggalan nenek moyang atau ajaran agama.

Salah satu kaum di Malaysia yang mempunyai banyak pantang larang yang diamalkan, dalam menjamin kehidupan sejahtera adalah masyarakat Cina. Kami pasti anda pernah mendengar beberapa kepercayaan yang mereka amalkan setiap hari tetapi besar kemungkinan ada banyak lagi yang belum pernah anda ketahui.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah beberapa kepercayaan masyarakat Cina yang menjadi perkara yang sedaya upaya akan dielakkan mereka.

1. Membiarkan chopstick tegak dalam pinggan

kepercayaan masyarakat cina chopstick

Sekiranya anda lihat, amat jarang sekali masyarakat Cina membiarkan kayu sepit atau chopstick yang mereka gunakan tegak dalam mangkuk, selepas mereka selesai makan.

Ini sebenarnya berpunca daripada kepercayaan mereka bahawa kayu sepit yang tegak menyerupai kayu colok yang dibakar, seolah-olah upacara makan itu sama seperti melakukan memberi makan kepada anggota keluarga yang telah meninggal dunia di pusara.

2. Memakai topi berwarna hijau

pakai topi hijau

Orang Cina juga percaya memakai topi berwarna hijau melambangkan pemakainya seorang yang tidak baik. Ini berdasarkan beberapa kepercayaan lama. Ada sebuah kisah menyebut kerajaan Dinasti Ming mewajibkan lelaki yang melacurkan diri memakai topi hijau untuk mudah dikenali.

pantang larang orang cina 192

Selain itu terdapat sebuah kisah legenda bila seorang suami di China zaman dahulu, diwajibkan memakai topi hijau oleh isterinya setiap kali suaminya keluar. Ini kerana isterinya berlaku curang dan topi hijau itu memudahkan isterinya mengenalpasti suaminya semasa dia dalam perjalanan pulang.

3. Berkongsi buah pear

kongsi buah pear

Penulis amat gemarkan buah pear yang sangat manis dan rangup isinya serta kerap berkongsikan sebiji buah dengan isteri dan anak-anak, kadangkala kekasih. Bagaimanapun masyarakat Cina percaya berkongsi makan sebiji buah pear membawa nasib malang.

Ini kerana ayat 'berkongsi buah pear' dalam bahasa Cina mempunyai bunyi yang hampir sama dengan 'akan berpisah' iaitu 分梨. Jadi, jangan berkongsi buah pear dengan rakan Cina melainkan memang anda tak nak berkawan dengan dia lagi selepas itu.

4. Jangan gigit mee sampai putus

makan mee putus

Bagi meraikan ulang tahun kelahiran, orang Cina kebiasaannya akan menghidangkan mee sebagai hidang sekeluarga. Mee itu pula mempunyai gelaran khas iaitu 'mee umur panjang.' Setiap helaian mee itu dibuat panjang sebagai satu simbol melambangkan harapan mereka agar individu yang memakannya akan mempunyai hayat panjang serta kesihatan yang baik.

Sekiranya mereka dihidangkan mee ini, setiap individu yang makan dilarang daripada menggigit atau memutuskan helaian mee yang ada. Sebab itulah kita boleh nampak orang Cina makan mee dengan menyedutnya tanpa henti, walaupun sudah 30 saat menyedut.

5. Pantang larang tentang hadiah

jam sebagai hadiah pantang larang

Menerima dan memberikan hadiah juga mempunyai pantang larang tertentu menurut masyarakat Cina. Sekiranya anda ingin menghadiahkan sesuatu kepada orang Cina, janganlah dibungkus hadiah itu dengan pembalut berwarna putih kerana itu melambangkang kemiskian dan kesusahan.

Nak bagi hadiah pula - ada satu hadiah yang tidak patut dihadiahkan kepada masyarakat Cina. Apa hadiah itu? Jam. Sebarang bentuk jam termasuklah jam tangan. Ini kerana bunyi 'menghadiahkan jam' dalam bahasa Cina seakan menyerupai frasa 'ritual pengebumian.'

Selain jam, beberapa hadiah lain yang dianggap membawa makna buruk adalah sapu tangan, payung, kasut, tuala dan benda tajam seperti pisau atau gunting. Sekiranya anda sudah pun membelikan jam Rolex serta set pisau untuk rakan anda berbangsa Cina, tak eloklah anda berikan pada dia.

Beri pada penulislah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)