Bertindak lebih berkesan dari kata-kata. Tetapi tidak dalam kes Zlatan Ibrahimovic, di mana tindakan dan kata-kata adalah seiring antara satu sama lain. Individu yang sangat percayakan dirinya sendiri. Sudah tentu, warga Sweden yang hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi.
Mungkin salah seorang penyerang yang paling produktif di usianya (atau, yang paling produktif, menurutnya) Zlatan dianugerahkan bakat untuk menghiburkan peminat baik di dalam atau di luar padang. Beliau adalah pemain bola sepak yang paling lantang yang pernah dilihat oleh dunia. Walaupun dia terkenal dengan kata-kata dan kontroversi yang tidak berkesudahan, peminat masih menyayanginya.
BESARKAN TEKS A- A+
Kita juga mempunyai pemain bola sepak seperti Mario Balotelli dan Nicklas Bendtner, yang sama lantang di padang. Tetapi, mereka sangat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan persembahan Zlatan di padang.
Sudah tentu, kenyataanya yang antik mungkin menjadi alasan untuk hal ini. Tetapi,bukan itu sahaja. Dia melakukan apa yang dikatakannya. Dia mungkin mengatakan dia boleh menjaringkan satu gol yang cantik, dan dia akan merealisasikannya. Biasanya, jaringannya adalah luar biasa, ia sangat menakjubkan. Menjadi satu kegembiraan untuk menonton aksi Ibra bahkan kadang-kadang melucukan!
Ramai yang sudah biasa dengan kata-katanya. Tetapi, di sini terdapat tujuh kata-kata yang terkini dan paling gila. Sudah tentu, Zlatan boleh menjadi lebih gila dari ini!
8. Memuji diri sendiri di atas kesempurnaan dirinya
I cant help but laugh at how perfect I am.
Sudah semestinya! Lihatlah jumlah gol menakjubkan yang telah dia jaringkan dalam kerjayanya. Zlatan telah menjadikannya tabiat untuk menjaringkan gol dalam keadaan yang paling tidak dijangka. Sudah tentu, dia pasti berasa seperti berada di puncak dunia.
7. Zlatan Ibrahimovic dan John Carew
What Carew does with a football, I can do with an orange.
Apabila pemain antarabangsa Norway, John Carew memberikan banyak cemuhan kepada aksi Zlatan di padang sebagai 'sia-sia', nampaknya dia betul-betul menaikkan kemarahan pemain Sweden yang penuh dengan karisma ini.
Dan hasilnya? Keupayaan Carew dibandingkan dengan buah oren.
Semestinya, pemain Norway itu harus ingat kepada satu perkara. Zlatan tidak pernah suka kebolehannya diragui oleh sesiapa sahaja. Dan jika anda berbuat demikian, lebih baik bersiaplah untuk menerima akibatnya. Nampaknya, jawapan yang lucu ini telah menjadi salah satu kegemaran utama peminat Sweden.
Juga, Carew mesti belajar sesuatu. Jangan cari pasal dengan Zlatan!
6. The Hotdog quote
First I went left, he did too. Then I went right, he did too. Then I went left again and he went to get a hot dog. ( Henchoz ditewaskan dan dimalukan )
Zlatan boleh menjadi mimpi ngeri bagi mana-mana pemain pertahanan yang menghadapinya. Cemuhan ini ditujukan kepada bekas pemain pertahanan Liverpool, Stephane Henchoz. Cara Zlatan menjelaskan apa yang mampu dilakukannya dengan bola mewujudkan satu lagi petikan kata-kata yang paling terkenal.
Ketika bermian untuk Ajax, Ibrahimovic menghadapi Liverpool dan Henchoz mengawalnya dengan ketat selama sembilan puluh minit. Tetapi, pemain pertahanan Liverpool itu mendapati ia agak sukar untuk mengawal Ibra, yang menewaskannya beberapa kali. Gerakan yang licik ini adalah cara yang sempurna untuk Zlatan untuk menggambarkan kebolehannya yang unik.
5. Zlatan, The Lion
Lions, they don't compare themselves to humans.
Liga Perdana adalah 'rumah' kepada beberapa penyerang terbaik zaman sekarang. Dan, ia adalah satu kemestian bagi penyerang seperti Zlatan Ibrahimovic untuk memenangi liga. Juga, dia membuktikan kepada sesiapa sahaja yang meragui kemampuannya dengan menghasilkan 20 gol dalam musim pertamanya di England. Tidak semua pendatang baru mampu mencapainya. Tetapi kita sedang bercakap tentang Zlatan!
Apabila Zlatan ditanya dalam satu temu bual mengenai penyerang terbaik dalam Liga Perdana, dia menamakan Aguero dan Lukaku sebagai pilihan. Walaupun, ia adalah perkara yang aneh Zlatan tidak menamakan dirinya dalam senarai itu. Rupa-rupanya, dia mempunyai sebab yang menarik kerana tidak menamakan dirinya kedudukan teratas.
Apabila ditekan mengapa dia tidak menyertakan dirinya, Ibrahimovic tidak teragak-agak untuk membuat kenyataan ini. Satu lagi jawapannya yang bergaya untuk peminat raikan!
4. The God Of Manchester
I admire Cantona and I heard what he said. But I won't be King of Manchester. I will be God of Manchester.
Bekas legenda United, Eric 'The King' Cantona memuji persembahan cemerlang Ibrahimovic semasa ketibaannya ke Liga Perdana Inggeris. Warga Perancis itu juga menyifatkan Ibra sebagai 'pewaris semulajadi' nya. Cantona juga menyatakan bahawa stelah sekian lama dia akhirny dapat melihat seseorang yang menyerupai dirinya.
Ibrahimovic mempunyai aura seperti Cantona. Juga, terdapat persamaan dengan cara mereka mempunyai kesan ke atas kelab.
Tetapi, Cantona memberi peringatan kepada Zlatan bahawa hanya ada satu raja, dan dialah orangnya(Cantona). Kata-kata di atas adalah balasannya kepada Eric untuk takhta itu. Sesuatu yang luar biasa untuk menyaksikan dua legenda yang hampir serupa berbalas kata-kata dengan gaya mereka yang tersendiri.
3. The World Cup dig
One thing is for sure, a World Cup without me is nothing to watch so it is not worthwhile to wait for the World Cup.
Hampir tiga perempat daripada penduduk dunia menonton Piala Dunia FIFA. Tidak hairanlah ia dipanggil sebagai 'pameran terbesar di Bumi'. Walau bagaimanapun, Zlatan nampaknya tidak berfikir kejohanan itu akan menjadi menarik apabila dia tidak turut serta.
Jawapannya datang selepas kekalahan Sweden di tangan Portugal dalam perlawanan playoff, menyebabkan penyingkiran mereka. Ia adalah peluang terakhir Ibrahimovic untuk bermain untuk Sweden dalam Piala Dunia. Dia juga berkata dia tidak peduli sesiapa yang memenangi kejohanan itu kerana dia ingin pergi bercuti!
2. Floyd Mayweather and Conor McGregor
It would be better for both of them to stop their antics and fight against me. Let's see how it goes, but the two will go straight to the hospital!
Ketika Mayweather dan McGregor menjadi tajuk-tajuk utama media sebelum perlawanan gusti antara mereka yang akan datang, pemain Sweden yang bangga diri ini mendapati ia sangat membosankan. Sebaliknya, dia mencabar kedua-dua mereka untuk berlawan dengannya.
Zlatan tentu akan menghadiahkan kedua-dua mereka dengan kemahiran Taekwondonya, sekiranya mereka memutuskan untuk bertarung dengan Sang Singa Sweden itu. Nampaknya Ibrahimovic cukup yakin untuk menghantar kedua-duanya ke hospital. Sungguh yakin!
1. The Guardiola controversy
Guardiola was staring at me and I lost it. I thought 'there is my enemy, scratching his bald head!'. I yelled to him: 'You have no balls!' and probably worse things than that.
Seluruh dunia bola sepak menyedari hubungan dingin Zlatan dengan bekas jurulatihnya, Pep Guardiola. Zlatan adalah seorang pemimpin, dan apabila soalan-soalannya tidak dijawab, inilah akibatnya.
Daripada semua yang dikatakan oleh Ibra mengenai kontroversi itu, ini adalah kritikan yang paling lantang dan paling berani terhadap Guardiola. Walaupun Zlatan mengaku dia berkata perkara-perkara yang lebih buruk daripada itu, dunia tidak pernah melihat permintaan maaf dari pemain Sweden itu tersebar di internet.
Jadi, apa yang kita boleh lakukan adalah hanya menunggu lebih banyak 'Zlatanisma' sehinggalah legenda ini bersara.