Kredit foto Azman Ghani Thestar
Konsep zoo yang menjadi tempat pemeliharaan haiwan dan dibuka untuk tontonan orang awam bukanlah satu konsep baru. Malah, para ahli arkeologi juga pernah menemui bukti kewujudan zoo yang wujud ribuan tahun lalu ketika zaman peradaban Mesi dan China purba.
Apabila peradaban manusia semakin maju, masyarakat mula memelihara haiwan untuk tujuan pembelajran. Namun, pada peringkat awal zoo hanyalah dimiliki oleh orang kaya dan tidak dibuka kepada orang luar. Kerajaan Britain abad ke-16 dipercayai yang terawal membuka pusat pemeliharaan haiwan mereka kepada orang ramai dan mengenakan bayaran untuk tujuan tersebut.
BESARKAN TEKS A- A+
Hari ini, zoo ditubuhkan atas beberapa tujuan. Ianya diwujudkan bagi membolehkan orang ramai melihat pelbagai haiwan yang ada dimuka bumi ini secara lebih dekat. Zoo juga berfungsi sebagai pusat penjagaan bagi haiwan yang mungkin pupus dan menawarkan peluang untuk belajar dari haiwan yang mungkin tidak pernah kita lihat di habitat semula jadi mereka.
Kali ini, kami ingin kongsikan pula senarai 7 zoo paling besar di dunia berdasarkan keluasan saiz. Di Malaysia, kita juga mempunyai beberapa buah zoo yang dibuka untuk orang awam dan anda yang mempunyai anak-anak kecil boleh membawa mereka ke zoo-zoo ini untuk mendedahkan anak-anak kepada pelbagai haiwan secara lebih dekat.
7. Zoo Nasional Afrika Selatan - 86 hektar
Zoo ini awalnya merupakan pusat pemeliharaan haiwan milik bekas Presiden Afrika Selatan Stephanus Schoeman. Namun, kerajaan akhirnya mengambil alih kawasan ini pada tahun 1895,dan J. W. B. Gunning membukanya semula sebagai Zoo Pretoria pada tahun 1899
Zoo ini menempatkan 700 spesies yang kebanyakannya berasal dari Afrika Selatan. Pengunjung dapat melihat haiwan di habitat semula jadi mereka kerana terdapat kawasan Savannah semulajadi dalam kawasan zoo ini. Terdapat juga akuarium dan taman reptilia.
6. Zoo Beijing - 89 hektar
Zoo ini didirikan pada zaman dinasti Qing. Ini bermula sebagai pusat pemeliharaan haiwan bersaiz kecil yang dikendalikan oleh kerajaan. Kesemua haiwan yang ditempatkan disini sebenarnya diimport dari Jerman. Zoo ini telah dibuka kepada umum pada tahun 1908.
Semasa konflik dengan Jepun dan Perang Dunia II, haiwan-haiwan disini telah dibunuh atau dibiarkan mati kelaparan. Kerajaan China mengambil keputusan untuk menghidupkan semula zoo ini pada tahun 1950-an. Nama asal zoo ini adalah Wanshouyuan yang bermaksud "Taman Sepuluh ribu binatang".
5. Bronx Zoo - 106 hektar
Pada tahun 1895 ketika rancangan untuk mewujudkan zoo pertama kali dipertimbangkan, bandar New York dianggap tidak sesuai kerana terlalu padat. Akibat kesukaran untuk mencari lokasi yang sesuai berhampiran pusat bandar, anggota Persatuan Zoologi New York memilih Bronx kerana terdapat kawasan tanah luas yang tidak dibangunkan dan kemudahan akses dari seluruh bandar.
Terdapat lebih daripada 800 haiwan dari 22 spesies yang berbeza. Hari ini, jumlah spesies yang ditempatkan di zoo ini melebihi 400. Tempat ini sering sesak dengan pengunjung memerhatikan sembilan kawasan pameran berbeza di ruang seluas 106 hektar.
4. Columbus Zoo - 234 hektar
Zoo ini mula beroperasi sebagai sebuah fasiliti swasta dikenali sebagai Columbus Zoological Society. Kemudian, kerajaan tempatan mengambil alih operasi hari kawasan ini pada tahun 1927. Pada hari ini sebuah organisasi bukan keuntungan atau NGO bertanggungjawab untuk mencari dana. Walau bagaimanapun, dana awam tetap menyumbang.
Terdapat lebih daripada 800 spesies haiwan yang terdapat di zoo ini yang terletak di Columbus, OH. Kawasan zoo ni juga merangkumi lapangan golf, taman air dan taman hiburan.
3. Toronto Zoo - 287 hektar
Toronto Zoo adalah zoo terbesar di Kanada. Sebelum penjenamaan semula tahun 1960-an sebagai Metro Toronto Zoo, zoo ini dikenali sebagai Riverdale Zoo pada tahun 1885. Hari ini, zoo ini menampilkan tujuh kawasan pameran yang berbeza dan 700 spesies yang berbeza.
Pihak pengurusan zoo berharap dapat mengatasi kekurangan makanan dan kekurangan sumber tenaga dengan projek Zoo Share. Melalui program ini mereka akan mengambil sisa haiwan dan mengubahnya menjadi biogas yang akan menghasilkan haba dan elektrik untuk Toronto.
2. Miami Zoo - 304 hektar
Zoo Miami adalah zoo terbesar di Amerika Syarikat dan zoo terbesar di Amerika Utara. Ianya cukup besar berdasarkan luas kawasan namun separuh daripada 304 hektar daripada kawasan zoo ini masih belum dibangunkan. Pelbagai syarikat telah berminat untuk membina taman tema di tanah yang belum dibangunkan tetapi belum ada keputusan yang dibuat.
Zoo ini mempunyai lima kawasan pameran atau "stesen" yang dihubungkan oleh sistem monorel. Stesen yang paling baru siap memberi tumpuan kepada hidupan liar everglades Florida.
1. Zoo Vandalur - 602 hektar
Taman Zoologi Arignar di Vandalur (juga dikenali sebagai Zoo Vandalur) di India adalah zoo terbesar di dunia berdasarkan saiz kawasan. Kawasan zoo ini merangkumi ruang yang dikhaskan untuk penjagaan haiwan yang diselamatkan, seluas kira-kira 90 hektar. Ruang selebihnya adalah untuk kawasan yang dibuka untuk orang awam.
Zoo ini asalnya dahulu adalah Zoo Madras semasa pemerintahan kolonial Inggeris abad ke-19. Ia terletak di kawasan bandar Chennai. Pada tahun 1976, kerajaan India memindahkan haiwan-haiwan tersebut ke kawasan dengan lebih banyak ruang untuk diperluas. Hari ini, zoo ini mempunyai 81 kandang, termasuk dua kandang burung, kawasan "safari" dan akuarium.
Kredit: