Penguin yang tergolong dalam keluarga burung dan haiwan ini tidak boleh terbang. Hidup dalam iklim yang sejuk, ia kini diancam kepupusan apabila jumlahnya telah menjadi semakin berkurang dalam tempoh 40 tahun kebelakangan ini disebabkan faktor perubahan cuaca. Penguin sangat mahir dalam menyelam dan berenang bagi pelbagai tujuan seperti memburu.

koloni mega penguin dijumpai kepulauan danger antartika 2

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perubahan cuaca terutamanya di sebelah barat Antartika menyebabkan ais menjadi cair dan memberi kesan secara langsung kepada habitat dan populasi penguin terutamanya penguin Emperor yang boleh bertahan hingga suhu di bawah -60 darjah Celsius dan mampu merentasi angin selaju 195km/j.

koloni mega penguin dijumpai kepulauan danger antartika 2 5ad14

Danger Island

Para penyelidik baru-baru ini telah menerbitkan satu kajian terbaru dalam jurnal Scientific Reports yang mendedahkan penemuan koloni besar sebanyak 1.5 juta penguin yang tersembunyi di sebuah tempat terpencil di lautan ais bahagian utara Semenanjung Antartika. Ini merupakan yang pertama kali dan yang terbesar dalam mana-mana musim mengawan.

Tempat yang sering digelar Danger Island ini menjadi tempat di mana satu ekspedisi menjejak koloni penguin Adelie (spesies tempatan Antartika) telah dijalankan. Bermula dengan penemuan sisa najis penguin pada tahun 2014 melalui gambar satelit NASA, pencarian dimulakan kerana kebimbangan penurunan mendadak bilangan penguin di Antartika semakin serius. Akhirnya mereka dikejutkan dengan penemuan hampir 750 ribu pasangan penguin iaitu hampir 1.5 juta ekor keseluruhannya.

koloni mega penguin dijumpai kepulauan danger antartika 2 5ad75

Penemuan paling besar

Setelah pasukan penyelidik mendapat pengesahan melalui Landsat yang kepulauan itu dipenuhi dengan penguin, mereka memulakan perancangan untuk berkunjung ke sana dan mengira sendiri bilangan penguin yang membiak di kawasan berkenaan.

Apabila tiba di Danger Island pada bulan Disember 2015, mereka memulakan pengiraan. Bantuan dron juga digunakan untuk mengambil gambar kawasan sekeliling sambil mencari penguin.

Ini adalah kali pertama pasukan penyelidik menemui penguin sebanyak itu sepanjang ekspedisi mereka. Tidak pernah mereka melihat sarang penguin sebanyak itu atau seumpamanya. Ini adalah antara penemuan yang paling hebat dan terpenting dalam sejarah.

koloni mega penguin dijumpai kepulauan danger antartika

Pihak berkuasa tempatan juga menyatakan Danger Island kini selamat sebagai habitat penguin Adelie kerana ia sememangnya terhad untuk aktiviti orang awam dan hanya dibuka untuk tujuan kajian serta pemantauan sahaja. Kawasan ini kini di bawah kawalan perlindungan marin.




Hakcipta iluminasi.com (2017)