Secara umumnya, penjara digunakan sebagai tempat bagi orang yang sedang menunggu perbicaraan serta pusat tahanan bagi penjenayah yang sudah disabitkan kesalahan. Amerika Syarikat mempunyai peratusan yang sangat tinggi daripada populasi penjara diperingkat global dan akibatnya, populasi banduan bagi setiap penjara adalah sangat tinggi.
Menguruskan penjara yang dipenuhi dengan banduan yang terlalu ramai dengan pelbagai jenayah bukanlah perkara mudah dan cukup berisiko tinggi. Ini dapat dilihat daripada rekod-rekod pergaduhan antara banduan dan kes-kes banduan melarikan diri dari tahanan.
BESARKAN TEKS A- A+
Seberapa besarkah penjara yang paling besar di dunia? Sekiranya anda merasakan jumlah 1 ribu banduan sudah cukup ramai dan sukar dijaga, tahukah anda terdapat penjara yang memuatkan sehingga belasan ribu banduan? Mari lihat senarai 7 penjara terbesar di dunia.
7. Penjara Cook County - Banduan: 6,072
Penjara ini merupakan penjara satu tapak terbesar di Amerika Syarikat yang menggaji kira-kira 3,900 pegawai penguatkuasa undang-undang di satu lokasi. Penjara yang terletak di negeri Illinois ini mula beroperasi pada tahun 1831, bermakna ianya wujud beroperasi lebih daripada 100 tahun!
Penjara ini juga merupakan salah satu penyedia penjagaan kesihatan mental terbesar di merika Syarikat ini. Secara umumya, penjara ini boleh memuatkan 6072 banduan tetapi populasi banduan menurun sebanyak beberapa ribu dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
6. Pusat Tahanan Metro West - Banduan: 7,050
Pusat tahanan yang mula dibuka pada tahu 1987 ini menggaji kira-kira 2,906 orang untuk memastikan segala-galanya berfungsi, mengawasi banduan dan menguatkuasakan peraturan lawatan yang ketat.
Penjara ini pada asalnya bermula sebagai kemudahan sementara dengan 400 katil yang terdiri sepenuhnya daripada treler modular dan lebih banyak bangunan kekal didirikan di tapak yang sama kemudiannya. Penjara ini boleh memuatkan sekitar 7050 orang banduan pada satu-satu masa.
5. Pusat Tahanan Curran-Fromhold - Banduan: 8,811
Penjara ini dinamakan sebagai penghormatan dan peringatan Warden Patrick N. Curran dan Timbalan Warden Robert F. Fromhold, yang dibunuh di Penjara Holmesburg pada tahun 1973.
Pope Francis melawat penjara ini pada tahun 2015 untuk memberikan ucapan yang menyampaikan mesej harapan dan galakan kepada banduan untuk mengubah hala laluan mereka ke arah masa depan yang lebih baik. Penjara yang mula beroperasi pada tahun 1995 ini boleh memuatkan 8,811 orang banduan.
4. Penjara Maricopa County - Banduan: 9,265
Penjara Daerah Maricopa yang terletak di Phoenix, Arizona ini terdiri daripada beberapa kemudahan yang berbeza. Setiap satu kumpulan banduan diasingkan mengikut satu set klasifikasi yang berkaitan dengan keselamatan, status ketagihan dan kesihatan mental.
Kira-kira 8,000 banduan melancarkan mogok lapar pada 2017 mengadu tentang makanan yang hambar - namun, peraturan menyatakan bahawa makanan yang diberikan di penjara itu tidak boleh ditambah dengan apa-apa bahan perisa yang mungkin melanggar amalan agama.
3. Penjara Harris County - Banduan: 10,000
Penjara ini terletak dalam kompleks yang sama dengan Penjara Negeri Joe Kegans, dan terkenal dengan sikap kasar terhadap kesihatan banduan - terutama mereka yang memerlukan penjagaan tepat pada masanya untuk keadaan seperti diabetes.
Penjara Harris County juga merupakan kemudahan penjagaan kesihatan mental terbesar di seluruh Texas, dengan kira-kira satu perempat daripada penghuninya mengalami masalah kesihatan mental. Pada Jun 2019, Penjara Harris County menyaksikan wabak beguk yang memerlukan pengasingan 14 orang yang bergejala dan kuarantin sekitar 300 lagi banduan.
2. Rikers Island - Banduan: 13,849
Rikers Island ialah kompleks penjara utama New York City dan mempunyai sejarah panjang keganasan melampau di dalam temboknya. Penjara ini ditubuhkan pada tahun 1932 dan antara mercu tanda berdekatan dengannya adalah Lapangan Terbang LaGuardia.
Walaupun membelanjakan ratusan juta dolar untuk peralatan pengawasan dan latihan yang lebih baik dalam usaha mengurangkan kejadian keganasan dan kekejaman, bandar itu mungkin terpaksa mengekalkan penjara ini dalam beberapa dekad akan datang kerana jumlah banduan yang terlalu ramai.
1. Penjara Los Angeles County - Banduan: 19,836
Penjara Los Angeles County ialah sistem penjara terbesar di Amerika Syarikat mengikut bilangan banduan. Jabatan Syerif Daerah Los Angeles membelanjakan belanjawan yang mengejutkan sebanyak $798 juta untuk sistem penjaranya –namun ia masih mempunyai masalah kesesakan yang kronik.
Penjara ini juga telah merekodkan banyak skandal penderaan dan terkenal kerana polisi memaksa banduan. Jumlah keluasan tanah yang menempatkan Penjara Daerah Los Angeles adalah hampir dua kali ganda saiz Delaware.
Kredit: