Sebelum ini, kami pernah menulis artikel senarai 7 atlet yang memenangi pingat terbanyak dalam Sukan Olimpik. Jika diteliti dalam senarai tersebut, ternyata sukan gimnastik mendominasi dengan 5 daripadanya adalah atlet dalam sukan ini. Tidak pelik kerana banyak kategori dipertandingkan dalam gimnastik.
Namun, dalam Sukan Paralimpik pula situasinya tidak sama. Satu perkara lagi yang menarik bagi Sukan Paralimpik adalah, sudah menjadi kebiasaan bagi seseorang atlet itu memenangi pingat dalam beberapa acara sukan berlainan. Malah, ada yang memenangi pingat bagi kedua-dua versi Sukan Parallimpik - Musim Panas dan Musim Sejuk.
BESARKAN TEKS A- A+
Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi pula senarai 7 atlet paralimpik yang memenangi pingat terbanyak dalam Sukan Paralimpik. Senarai ini akan turut menyenaraikan atlet daripada kedua-dua Sukan Paralimpik Musim Panas dan Musim Sejuk. Seperti yang ada boleh lihat, taburan jenis sukan adalah lebih pelbagai.
7. Roberto Marson
26 pingat: 16 emas, 7 perak, 3 gangsa
Roberto Marson adalah atlet multi-sukan Itali yang bertanding di Paralimpik Musim Panas sebanyak empat kali dan memenangi sejumlah 26 pingat Paralimpik. Beliau kehilangan penggunaan kakinya apabila pokok pinus yang ditebangnya jatuh di bahagian belakangnya.
Roberto Marson bertanding dalam tiga sukan yang berbeza: trek, kerusi roda dan renang. Beliau meninggal pada tahun 2011 dan pada tahun 2012 dimasukkan ke Hall of Fame Paralympian Antarabangsa.
6. Ragnhild Myklebust
27 pingat: 22 emas, 3 perak, 2 gangsa
Bersaing dalam beberapa disiplin di Paralimpik Musim Sejuk, beliau hanya mula bertanding di Paralimpik ketika berusia 40-an sebagai atlet sukan skite Norway dan memenangi pingat dalam sukan ski bagi kategori jarak dekat, jarak sederhana dan jarak jauh.
Selain itu, beliau turut bertanding dalam acara biathlon dan luncur ais. Beliau adalah seorang bekas pesakit polio dan dianggap atlet Paralimpik Musim Sejuk yang paling berjaya sepanjang zaman.
5. Jonas Jacobsson
27 pingat: 17 emas, 2 perak, 8 gangsa
Bintang penembak Sweden, Jonas Jacobsson telah memenangi 30 pingat di Paralimpik dimana 17 daripadanya emas. Beliau telah bersaing di temasya Sukan Paralimpik sejak baru berusia 15 tahun dan memenangi emas di sembilan Paralimpik berturut-turut, dengan yang terakhir di London 2012.
Jonas Jacobsson, yang dilahirkan dengan paraplegia, juga bertanding dalam bola keranjang kerusi roda untuk Sweden di Sukan Paralimpik Seoul pada tahun 1988 ketika mereka menamatkan saingan di tempat keenam. Pemain Sweden itu kembali menembak di gelanggang setelah beliau bersara dari sukan menembak pada tahun 2017.
4. BĂ©atrice Hess
37 pingat: 28 emas, 6 perak, 3 gangsa
Beatrice Hess adalah perenang Paralimpik dari Perancis. Akhbar Perancis L'Humanité telah menggelarkannya sebagai "salah seorang perenang terbaik di dunia" dan perkara ini dapat dilihat daripada pencapaiannya dalam Sukan Paralimpik yang cukup membanggakan selain memecahkan beberapa rekd dunia.
Beliau bertanding di Paralimpik antara 1984 dan 2004, bersaing dalam klasifikasi S5. Beliau menghidap cerebral palsy. Pada Sukan Paralimpik Sydney 2000, dia memecahkan sembilan rekod dunia.
3. Heinz Frei
41 pingat: 19 emas, 9 perak, 13 gangsa
Heinz Frei adalah atlet kerusi roda Switzerland. Heinz Frei telah menjalani karier panjang dalam perlumbaan, memenangi perlumbaan kerusi roda London Marathon tiga kali dan juga merupakan pemegang rekod dunia dalam perlumbaan kerusi roda separuh maraton dan maraton.
Beliau bertanding dalam sukan balapan di setiap Sukan Paralimpik Musim Panas dari tahun 1984 hingga 2008. Pada Sukan Paralimpik Musim Panas 2008, 2012 dan 2016, beliau bertanding dalam sukan berbasikal menggunakan roda tangan. Di Sukan Paralimpik Musim Sejuk, beliau bertanding dalam sukan ski antara tahun 1984 dan 2006 dan dibiathlon pada tahun 1994.
2. Jessica Long
41 pingat: 29 emas, 8 perak, 4 gangsa
Jessica Long adalah satu-satunya atlet para dalam senarai ini yang masih aktif bertanding dan tidak mustahil akan menempa namanya dalam senarai teratas memandangkan usianya yang masih muda. Ketika berusia 12 tahun, beliau menjadi anggota termuda dalam pasukan Paralimpik AS dan membuat debut antarabangsa di Sukan Paralimpik Athens 2004 dengan memenangi tiga pingat emas.
Dilahirkan di Rusia, Jessica Long diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga di AS pada usia 13 bulan. Pada tahun 2013, beliau kembali ke Rusia di mana beliau bertemu dengan ibu bapa kandungnya menjelang Sukan Musim Sejuk Paralimpik Sochi 2014 di mana beliau bertugas menyampaikan liputan untuk NBC mengenai temasya sukan tersebut.
1. Trischa Zorn
46 pingat: 32 emas, 9 perak dan 5 gangsa
Perenang AS ini adalah atlet Para yang paling berjaya dalam sejarah setelah memenangi 55 pingat di Sukan Paralimpik - 41 daripadanya adalah emas. Beliau yang buta sejak lahir, menyapu 12 emas dari 12 acara di Sukan Seoul 1988. Beliau adalah atlet cacat penglihatan pertama yang mendapat biasiswa NCAA Division 1 dan bertanding dalam Paralimpik pertamanya pada tahun 1980.
Trischa Zorn membawa bendera AS ketika berusia 41 pada upacara penutupan Sukan Paralimpik 2004 di Athens setelah memenangi gangsa, pingat terakhirnya. Beliau dihormati oleh pasukan renang AS dan sebagai penghormatan anugerah "Trischa L. Zorn Award" telah diwujudkan yang diberikan setiap tahun kepada perenang para atau pasukan terhebat tahunan.
Kredit: