Iklan memang mengganggu pelayaran pengguna. Namun begitu, pengguna perlu tahu bahawa sesetengah laman web ataupun aplikasi pintar mampu berdiri teguh dan dibangunkan hanya kerana pendapatan yang diperoleh dari iklan. Sebelum anda menyekat kesemua iklan di peranti dan perkakasan anda, diharap anda boleh mempertimbangkan dan menyemak senarai sekatan agar anda turut sama boleh menyumbang kepada laman web dan aplikasi bagus untuk terus berkembang.
BESARKAN TEKS A- A+
Sekat iklan pada desktop
Untuk menyekat iklan yang entah berapa ribu jumlah senarai yang kita sendiri tidak ketahui, anda boleh ke laman web ini yoyo.org untuk mendapatkan senarai host iklan dengan pantas dan mudah. Senarai ini telah disumbangkan oleh komuniti serata dunia maka tidak perlulah anda bersusah payah membuat senarai anda sendiri secara manual.
Bagi pengguna Windows, Linux, dan MacOSX anda perlu tahu bagaimana sistem firewall anda berfungsi terlebih dahulu dan pilih senarai hostname atau IP pengiklan dalam format yang diinginkan (dnsmasq, host, iptables, ipchain, snort, squid,etc). Sebagai contoh saya memilih senarai IP pengiklan untuk disekat dengan menggunakan Linux netfilter iaitu Iptables. Bagi pengguna Windows, anda boleh memilih untuk menyekat dengan menggunakan fail hosts (biasanya berada di sini C:WindowsSystem32driversetc) dan bagi pengguna MacOSX boleh guna Littlesnitch atau hosts file pun boleh.
Peranti gajet Android dan IOS
Bagi pengguna android, cara paling terbaik dan jimat bateri adalah dengan mengakarkan dulu android tersebut (root). Download aplikasi F-droid dan install pkg "Adaway". Ada juga sesetengah peranti tidak memerlukan "root" untuk menggunakan aplikasi Adaway. Buat sedikit carian dan fahami peranti anda sendiri. Adaway menggunakan teknik sama, iaitu sekatan menggunakan host file juga. Bezanya teknik ini jika dibandingkan dengan aplikasi proksi adblocker ialah teknik ini lebih menjimatkan bateri.
Bagi pengguna iOS juga sama. Jailbreak terlebih dahulu, cari repo dan install minimal hosts blocker atau untrusted host blocker.
Sekat secara terus melalui gateway
Kalau nak block secara terus melalui gateway, anda boleh gunakan pi-hole install pada linux based gateway (cantik, ada statistik blocked domains) ataupun boleh buat gateway baru menggunakan raspberry pi. Anda juga boleh flash router menggunakan openwrt dan ambil senarai IP/hostname dari website yoyo.org dan sekat iklan menggunakan dnsmasq.
Artikel ini telah disumbangkan oleh Piju 9m2pju