Menjadi penyanyi adalah sesuatu yang sangat digilai ramai saban hari kerana perhatian yang diterima dan juga dikenali di merata tempat. Dengan teknologi tanpa sempadan, lebih mudah untuk sesiapa sahaja untuk menjadi selebriti yang boleh dilakukan dengan hanya satu klik.
Namun, ia bukanlah seindah yang disangka. Menjadi seorang selebriti atau public figure adalah sesuatu yang agak berbahaya dan mempunyai risiko tersendiri. Malah, ia mungkin mampu membunuh selebriti itu tersendiri jika tersalah langkah.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com ingin berkongsi 6 penyanyi popular yang telah mati dibunuh.
1. Dimebag Darrell - Pantera
Bagi peminat muzik metal, insiden yang berlaku pada 8 Disember 2004 ini masih segar dalam ingatan. Penyanyi dan gitaris kumpulan Pantera dan juga Damageplan, Dimebag Darrell atau nama sebenarnya Darrell Aboi telah ditembak ketika sedang membuat persembahan di atas pentas.
Pembunuhan tersebut telah dilakukan oleh bekas Tentera Laut Amerika Syarikat, Nanthan Gale. Ketika kejadian, Nanthan dilihat berada di atas pentas lalu menembak Darrell dari jarak dekat.
Nathan Gale
Tak cukup dengan itu, Nanthan kemudiannya mengamuk dan menembak ketua keselamatan band Damageplan, Jeffery Thompson dan Erin Halk, kakitangan lokasi konsert itu dilangsungkan. Seorang lagi mangsa maut adalah Nanthan Bray yang ditembak ketika cuba melakukan CPR pada Darrell yang telah pun maut.
Jumlah kematian pada konsert itu adalah 5 nyawa termasuk Nanthan Gale, selepas ditembak oleh pegawai polis, James Niggemeyer. Motif pembunuhan tidak dapat dikenalpasti dan ibu pembunuh ini memberitahu bahawa anaknya mengalami masalah mental.
2. John Lennon - The Beatles
Siapa tak kenal dengan John Lennon, pengasas bersama kumpulan muzik The Beatles yang dikatakan antara band paling popular di dunia. Ketika dalam perjalanan pulang dari Record Plant Studio bersama isterinya, Yoko Ono, ke apartment mereka di Manhattan, John telah ditembak oleh seorang lelaki.
Kejadian tersebut berlaku di pintu gerbang Dakota, di mana 5 das tembakan telah dilepaskan oleh seorang peminat, Mark Chapman ke arah belajang badan John. 4 das tembakan mengenai bahagian belakang John Lennon. Beliau kemudiannya dikejarkan menggunakan kereta polis ke hospital terdekat iaitu Hospital Roosevelt.
Mark Chapman
Namun, John diumumkan telah meninggal dunia ketika tiba di hospital kira-kira jam 11 malam.
Sebelum kejadian, John Lennon telah menandatangani album "Double Fantasy" untuk peminatnya itu. Mark mengaku bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara 20 hingga seumur hidup. Mark masih berada di penjara sehingga ke hari ini.
3. Tupac Shakur
Nama sebenar beliau adalah Tupac Amaru Shakur, seorang rapper dan pelakon yang sangat terkenal. Albumnya telah terjual melebihi 75 juta unit di seluruh dunia menjadikannya salah seorang artis dengan album paling laris di dunia.
Tupac telah ditembak dalam pada 7 September 1996, dalam satu kejadian tembakan jalanan yang berlaku di Las Vegas. Pada jam 11.15pm waktu tempatan, kereta yang Tupac naiki sedang berhenti di lampu merah. Beliau ditembak 2 das di bahagian dada, satu das di tangan dan satu das lagi di bahagian paha.
Orlando Anderson
6 hari kemudian, Tupac menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan pernafasan yang membawa kepada serangan jantung selepas pemindahan paru-paru kanannya. Pembunuh Tupac masih belum ditemui, namun dalam satu dokumentari "Murder Rap", bekas Detektif LAPD, Greg Kading menegaskan Duane Anderson, telah mengesahkan anak saudaranya, Orlando Anderson adalah orang yang bertanggungjawab menembak dan membunuh Tupac Shakur.
4. Marvin Gaye
Marvin Gaye adalah seorang penyanyi dan penulis lagu "soul", yang terkenal pada tahun 1960-an. Nama beliau dipopularkan dalam lagi Charlie Puth, iaitu "Marvin Gaye". Sebelum hari kematiannya, ibu bapa Marvin bertengkar disebabkan tersalah letak surat polisi insurans. Pertengkaran itu berlangsung sehingga ke bilik Marvin.
Marvin yang berang dengan bapanya kerana memarahi ibunya, telah mengarahkan bapanya, Marvin Sr. supaya berhenti dan keluar. Bapanya kemudian mengikut arahan itu, namun masih menjerit di sekeliling rumah.
Pada 1 April 1984, bapa Marvin yang berada di tingkat bawah, sekali lagi memarahi ibunya. Marvin kemudian menjerit memarahi bapanya, membuatkan Marvin Sr. naik ke tingkat atas dan memaki hamun ibu Marvin. Tak tahan dengan situasi itu, Marvin Jr. bangun dan mengarahkan bapanya untuk keluar daripada biliknya, namun tidak diendahkan bapanya.
Marvin Gay Sr.
Marvin Jr. dilaporkan menolak bapanya keluar dari biliknya, dan menendang serta menumbuk bapanya. Namun ia dileraikan oleh ibunya. Beberapa minit kemudian, Marvin Sr. kembali ke bilik anaknya bersama pistol yang dibeli oleh Marvin Jr. untuknya. Pistol tersebut diacukan ke arah Marvin Jr. dan satu das tembakan dilepaskan tepat mengenai jantung Marvin Jr.
Marvin yang terjatuh akibat tembakan pertama, didekati bapanya, yang kemudian menembak sekali lagi dari jarak dekat.
5. Christina Grimmie
Christinna Grimmie adalah penyanyi yang popular melalui rancangan realiti TV The Voice di mana beliau mendapat tempat ketiga. Pada 10 Jun 2016, beliau telah ditembak ketika sesi tandatangan bersama peminat selepas persembahannya di The Plaza Live, Orlando.
Pelaku tembakan ini Kevin Loibl, 27, melepaskan 4 das tembakan dari jarak dekat mengenai Christinna. Kevin kemudiannya berjaya dijatuhkan oleh abang Christinna, namun terlepas, sebelum menembak dirinya sendiri. Christinna dikejarkan ke Pusat Perubatan Orlando dalam keadaan kritikal sebelum diumumkan mati.
Kevin Loibl
Pihak Polis Orlando memberitahu Kevin datang ke konsert tersebut bersama 2 pistol dan peluru tambahan dan juga sebilah pisau. Beliau sememangnya mempunyai niat untuk membunuh. Motif pembunuhan tidak dapat dipastikan namun Kevin dikatakan meminati Christinna secara keterlaluan dan sanggup untuk menurunkan berat badan dan melakukan pembedahan mata supaya kelihatan lebih menarik.
6. Along - Spoon
Rindu serindu rindunya. Lagu yang menjadi siulan satu ketika dahulu. Ia merupakan lagu popular dari kumpulan Spoon nyayian Along atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik. Namun, ketika peminat sedang menantikan album seterusnya, pada 25 Disember 1999, mereka dikejutkan dengan berita kehilangan penyanyi popular ini.
Proses pencarian penyanyi yang ketika itu berusia 20 tahun segera dijalankan oleh pihak polis. 11 hari kemudian iaitu pada 6 Januari 2000, pihak polis telah menemukan rangka manusia yang dipercayai milik Along yang terikat dalam guni di lereng bukit di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu.
Mohamed Ya'cob
Sehari kemudian, seorang pegawai polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya'cob telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam pembunuhan tersebut. Mohamed Ya'cob dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Seremban dan dijatuhkan hukuman mati kerana didapati bersalah.