Beberapa orang pesalah dalam kes pembunuhan pernah mengakui bahawa diri mereka dihantui roh mangsa yang telah mereka bunuh itu. Ramai di antaranya mengaku kesalahan dan ada yang menjadi hampir gila kerana tertekan. Berikut adalah 6 diantara pembunuh yang dihantui roh mangsanya sendiri.

1. Al Capone

Al Capone atau Scarface merupakan salah seorang gangster Amerika yang terkenal pada zaman Era Larangan pada tahun 1920-an. Pada tarikh 14 Febuari 1929, terjadi satu tragedi yang digelar sebagai “Valentine’s Day Massacre” yang menyebabkan tujuh orang dari North Side Gang ditembak mati oleh South Side Gang yang dipimpin oleh Al Capone. Selang beberapa bulan selepas tragedy itu, Al Capone telah ditangkap atas kesalahan membunuh dan dipenjarakan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Semasa dia di dalam penjara, pengawal penjara menyatakan mereka sering terdengar dari sel Al Capone bahawa dia sering menjerit agar Jimmy (salah seorang mangsanya) meninggalkannya sendirian. Apabila diperiksa oleh pengawal penjara, mereka dapati Al Capone hanya bersendirian tanpa ada sebarang tanda kehadiran orang lain.Setelah Al Capone dibebaskan dari penjara, dia masih dihantui roh James Clark atau Jimmy yang merupakan salah seorang mangsa dari North Side Gang.

2. Jose E. Ferreira Jr.

jose ferriera

Ketika berumur 17 tahun, Jose Ferreira telah berkenalan dengan seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun iaitu Claire Jopek pada tahun 1982 di pesta sekolahnya. Setelah itu Jose telah mengajak Claire mengikutinya turun ke ruangan bawah tanah. Setelah pelawaannya ditolak Claire, Jose telah menggunakan kekerasan ke atas gadis malang itu dan menyeretnya turun melalui tangga.

Claire diperkosa dalam keadaan tidak sedarkan diri. Setelah memperkosa Jose menyedari bahawa Claire mungkin sudah mati kerana lehernya patah. Kemudian Jose mengeluarkan tubuh gadis malang itu dan menguburkannya. Setelah 17 bulan pencarian kehilangan Claire barulah kuburnya dijumpai dengan kes yang masih belum selesai. Setelah 30 tahun berlalu akhirnya Jose tampil membuat laporan bahawa dialah pembunuh Claire yang sebenarnya kerana sering diganggu roh Claire semenjak kejadian pada malam itu.

3. Mark Bridger

mark bridger 790

Pada tahun 2012, seorang kanak-kanak wanita bernama April Jones telah dilaporkan diculik berdekatan rumah di Wales. Berdasarkan saksi berumur 7 tahun yang juga rakan baik April melihat April masuk ke dalam sebuah kenderaan berwarna kelabu dengan muka tersenyum. Penyiasatan polis menuju kepada Mark Bridger sebagai suspek utama dan dia dibuktikan bersalah kerana merogol dan membunuh April Jones. Namun begitu pihak polis tidak berjaya menjumpai mayat April dan hanya berdasarkan saksi dan ujian DNA, mereka menyimpulkan April dibunuh dan mayatnya dikerat-kerat kepada beberapa bahagian kecil. Hanya tengkorak kanak-kanak itu sahaja dijumpai dibakar di tempat pembakaran di rumah Mark Bridger. Juri memutuskan Mark Bridger dipenjarakan dan tidak dibenarkan untuk keluar dari penjara. Salah satu wawancaranya Mark memberitahu bahawa lembaga menakutkan menghantuinya dan mengatakan itu adalah roh April yang ingin membalas dendam.

4. Bhim Shankar Giri

bhim shanker giri

Bhim Shankar Giri didapati bersalah dan dipenjarakan kerana membunuh saudara kandungnya sendiri iaitu Jeetendra Anantlal Giri. Bhim melakukan pembunuhan itu kerana saudaranya Jeetendra sering melecehkan isterinya. Bhim pada mulanya merancang mengajak Jeetendra untuk minum bersama sehingga Jeetendra betul-betul mabuk dan kemudiannya menikam kepala saudaranya sendiri.

Namun setelah seminggu berlalu, Bhim akhirnya tampil dan mengaku kesalahannya kepada pihak polis. Dia memberitahu tidak tahan seringkali didatangi oleh Jeetendra di dalam mimpinya dan mengancam untuk mengganggu hidupnya.

5. John Nkuna

john nkuna

Pada tahun 2002 di Afrika Selatan, seorang pengembala haiwan ternakan telah menemui sisa-sisa tubuh seorang lelaki muda yang dikenali dengan nama Bob Ruel Baloyi yang dilaporkan hilang. Tidak lama selepas itu seorang lelaki bernama John Nkuna telah datang berjumpa dengan keluarga Baloyi dan mengakui bahawa dirinya terlibat dalam pembunuhan Bob.

John Nkuna dan 2 orang rakannya telah mengikat Bob pada sebuah kerusi dan membakarnya hidup-hidup. Akan tetapi selepas kejadian itu John Nkuna telah dihantui oleh Bob di dalam mimpinya saban hari membuatkannya paranoid dan hampir gila. Setelah terbukti bersalah John Nkuna dan 2 rakannya dipenjara selama 15 tahun dan kejadian diganggu roh Bob sudahpun tidak berlaku lagi.

6. Terry Childs

terry childs

Terry Childs merupakan seorang pembunuh bersiri dan dipenjarakan selama 41 tahun kerana kesalahannya membunuh seorang gadis berumur 17 tahun. Semasa di dalam penjara, dia juga mengaku bahawa pernah membunuh beberapa kali sebelum itu. Salah satu mangsa kekejamannya ialah seorang gadis bernama Linda Jozovich yang mati ditikam beberapa kali dalam keadaan diikat.

Childs memberitahu mengapa dia mengaku akan kesalahan lampaunya kerana ingin melepaskan dirinya dari roh-roh mangsa yang dibunuhnya. Childs juga memberitahu roh Linda kerap mengganggunya dan setelah pengakuan dibuat roh Linda berhenti dari menghantuinya. Pihak berkuasa telah menetapkan hukuman penjara seumur hidup keatas Childs.




Hakcipta iluminasi.com (2017)