Dalam situasi di mana seseorang itu diculik menjadi tebusan, sudah tentunya perasaan sangat takut menyelubungi diri. Ini kerana pelbagai perkara boleh dilakukan oleh penculik yang boleh membahayakan nyawa tebusan.

Namun, apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini adalah bertenang sebaik mungkin kerana ia dapat membuatkan kita mampu untuk berfikir.

Dan dalam dunia nyata, terdapat beberapa kisah di mana tebusan menggunakan cara dan helah yang sangat unik untuk menghantar mesej kepada pihak penyelamat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 6 mesej rahsia yang dihantar oleh tebusan untuk diselamatkan.

1. Aplikasi Pizza Hut

aplikasi pizza hut bantu tebusan hantar mesej

Pada tahun 2015, sebuah kisah tersebar mengenai seorang wanita yang menggunakan aplikasi Pizza Hut untuk melarikan diri daripada teman lelakinya yang menderanya.

Cheryl Treadway adalah seorang wanita berusia 25 tahun yang ditahan tanpa rela oleh teman lelakinya. Lelaki tersebut khayal syabu dan mempunyai sebilah pisau.

Jadi, melarikan diri melalui pintu rumah bukanlah satu idea yang bijak. Jadi pada suatu malam, Cheryl meyakingkan teman lelakinya untuk membenarkannya menmesan pizza melalui aplikasi Pizza Hut.

Apabila pesanan diterima oleh kakitangan Pizza Hut, tertulis pizza pepperoni bersaiz besar dan mesej berbunyi: "Tolong hantarkan 911 kepada saya".

Kakitangan Pizza Hut tersebut menyerahkan butiran kepada pihak polis yang mana bergegas ke rumah. Lelaki tersebut diberkas dan Cheryl serta anaknya selamat.

2. Panggilan memesan pizza

panggilan pesan pizza bantu tebusan selamatkan diri

Kisah ini dikongsikan oleh Keith Wy-singer, yang merupakan seorang anggota polis bertugas menjawab panggilan kecemasan. Pada suatu hari, dia menjawab panggilan dan perbualan tersebut adalah seperti berikut:

Polis: 911, apa kecemasan anda?

Tebusan: 123 Main St.

Polis: Ok, apa yang berlaku di sana?

Tebusan: Saya ingin memesan pizza,

Polis: Puan, anda sedang bercakap dengan 911.

Tebusan: Ya, saya tahu. Saya mahu pesan satu piza besar, separuh peperoni dan separuh lagi cendawan.|

Polis: Minta maaf, puan tahu puan menelefon 911 kan?

Tebusan: Ya, berapa lama pizza saya akan sampai?

Polis: Ok, puan, adakah semua baik-baik sahaja? Adakah puan mempunyai kecemasan?

Tebusan: Ya.

Polis: Dan puan tak boleh bercakap tentangnya kerana ada seseorang bersama puan?

Tebusan: Ya, betul. Berapa lama masa untuk anda hantar pizza?

Polis: Kami ada pegawai berdekatan dengan lokasi puan. 

Keith dengan serta-merta menghantar seorang pegawai polis ke rumah tersebut dan menemui wanita itu bersama-sama teman lelakinya yang mabuk. Polis menahan lelaki itu dan memuji wanita tersebut kerana sangat pantar berfikir.

3. Krisis tebusan kereta api Belanda

krisis tebusan kereta api belanda 1975

Pada tahun 1975, 7 pengganas telah merampas sebuah kereta api dengan 50 penumpang di Belanda dan membunuh pemandunya dengan serta-merta.

Pada hari ke-3, seorang lagi tebusan telah dibunuh, membuatkan kerajaan Belanda lumpuh.

Adakah mereka patut menunggu dan berharap pengganas tersebut menyerah diri, atau cuba untuk menyelamatkan tebusan dengan insiden tembakan berisiko yang mungkin membunuh kesemua tebusan?

Kemudian, pada satu malam, salah seorang daripada tebusan itu menggunakan cemin untuk menghantar mesej kepada pihak polis dalam kod Morse.

Mesej itu ditafsirkan sebagai: "Datang dan selamatkan kami". Ini meyakinkan kerajaan untuk mengambil tindakan dan kurang daripada 24 jam kemudian, berlakunya insiden tembak-menembak.

Kedua-dua pihak mengalami kecederaan dan kematian tetapi akhirnya, pihak tentera berjaya menyelamatkan sebahagian besar tebusan.

4. Mesej Colombia

mesej colombia

Ini sebenarnya adalah mesej rahsia yang dihantarkan KEPADA tebusan dan ia terlalu menarik untuk tidak disenaraikan.

Pada tahun 2010, gerila Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) telah menahan beberapa tebusan daripada kerajaan Colombia untuk bertahun-tahun lamanya.

Angkatan Tentera Colombia mahu memberitahu kepada tebusan-tebusan ini bahawa mereka tidak dilupakan dan agar tidak berputus asa.

Mereka ingin menghantar mesej kepada tebusan yang tidak dapat dikesan oleh anggota gerila tetapi mampu diketahui oleh tebusan.

Jadi, mereka memasukkan mesej kod Morse rahsia ke dalam sebuah lagu popular yang dimainkan di radio.

Dengar bunyi "bip" dengan teliti di sebalik lagu ini dan jika ia ditafsirkan, mesej ini membawa maksud: "19 orang telah diselamatkan. Anda yang seterusnya. Jangan putus harapan,". 

Kod Morse tersebut dimasukkan pada minit ke 1:30, kemudian 2:30 dan 3:30.

Mesej ini didengari oleh tebusan, membuatkan mereka tidak berputus asa dan akhirnya diselamatkan.

5. Surat dari China

surat dari china

Pada Mei 2017, seorang wanita dari Arizona telah membeli sebuah dompet dari pasar raya Walmart dan setelah pulang rumah, dia mendapati terdapat sepucuk nota di dalam dompet tersebut.

Ia ditulis dalam bahasa Cina dan kelihatan seperti ditulis oleh tahanan yang sedang menderita. Nota itu mengatakan bahawa para tahanan dipaksa bekerja 14 jam sehari tanpa rehat.

Jika tahanan tidak menyelesaikan kerja, mereka akan dipukul. Jika mereka jatuh sakit, kos perubatan akan ditolak daripada gaji mereka.

Mereka juga berkata bahawa penjara di China tidak seperti penjara di Amerika Syarikat.

Walmart memberitahu bahawa tiada cara untuk membuktikan asal surat itu tetapi sesetengah pihak berkata bahawa ia adalah bukti bahawa syarikat itu tidak betul-betul memeriksa dari mana produk mereka diambil.

6. Jahitan Mejar Alexis Casdagli

mejar alexis casdagli

Semasa Perang Dunia Kedua, Mejar Alexis Casdagli ditawan oleh pihak Jerman pada tahun 1941 dan dihantar ke kem penjara.

Dia meluangkan masa dengan menjahit kepingan-kepingan yang sangat cantik dengan corak menarik.

Pihak Nazi sangat kagum dengan hasil kerja Alexis sehinggakan mereka menggantung jahitan tersebut di pejabat penjara mereka. Namun apa yang tidak diketahui mereka adalah jahitan tersebut mengandungi mesej rahsia.

Di hujung jahitan tersebut adalah corak kod Morse. Jika Nazi dapat mentafsir kod-kod tersebut, pastinya Alexis dibunuh. Mesej tersebut berbunyi "God Save The King and F**k Hitler".

Akan tetapi, pihak Nazi tidak menyedari hal ini selama 4 tahun sehinggalah perang tamat. Hasil jahitan Alexis ini berada di muzium di London.

Rujukan:

1. Verge

2. Most Amazing

3. Washington Post




Hakcipta iluminasi.com (2017)