Penggunaan aplikasi mesej seperti Whatsapp dan Telegram kini sudah terlalu meluas diamalkan, sehingga aplikasi seperti ini turut sama diadaptasi bagi penggunaan dalam persekitaran yang profesional.

Walau bagaimanapun bukan semua individu benar-benar faham bagaimana nak membezakan ruang litup peribadi dengan ruangan profesional dalam mesej, sehinggakan ada di antara kita terbawa-bawa berbual dengan boss, pensyarah, orang atasan, pegawai kanan dan sebagainya ibarat 'kawan chatting' kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada beberapa cara penulisan yang harus kita akui tidak sesuai untuk diamal dalam persekitaran kerjaya. Jadi pastikan bila menjawab dan berbalas mesej dengan majikan atau rakan sekerja, kita tidak melakukan beberapa kesilapan nyata.

1. Semua huruf besar

mesej menggunakan huruf besar

Rasanya, tabiat ni memang semua orang dah tahu tetapi apa salahnya kita ingatkan juga kan? Ramai sedar dalam era komunikasi zaman moden, menulis mesej anda dengan huruf besar keseluruhannya - dianggap seolah anda terpekik terjerit mahukan perhatian.

Tolonglah pastikan dalam setiap komunikasi anda, jangan sama sekali hidupkan fungsi huruf besar dan menulis mesej, kerana kita tidak mahu penerima ada salah tanggapan terhadap mesej kita.

KALAU SEMUA DAH DITULIS DENGAN HURUF BESAR, nada dan tona mesej kita dalam minda pembaca akan menjadi garang dan keras, walaupun mesej kita sebenarnya lembut dan bersahaja. Sebagai contoh, SAYA SUKA KUCING KERANA BAGI SAYA KUCING ADALAH HAIWAN YANG COMEL DAN MANJA.

Dalam kepala anda secara automatik mentafsir ayat di atas, dalam nada terjerit-jerit selepas berlaku perubahan bentuk tulisannya kan?

2. Ayat diakhiri elipsis

mesej diakhiri elipsis

Salah satu jenis mesej yang paling penulis menyampah bila dapat, adalah mesej yang diakhiri dengan tanda .....

Apa nama tanda ini? Ini adalah elipsis, biasanya digunakan bagi menandakan sesuatu ayat itu sedang tergantung tanpa mengubah isi kandungan mesej yang asal. Walau bagaimanapun, bila ada yang menggunakannya dalam bentuk mesej, nada yang anda sampaikan seolah anda dah penat menunggu.

Sebagai contoh penulis tanya 'awak dah makan?' Jawapan yang diterima adalah 'dah....'. Contoh lain 'awak nak kahwin dengan saya?' Anda balas 'ok....'

Tona jawapan anda seolah-olah tergantung. Ada juga mentafsir elipsis pada penghujung mesej seolah-olah menggambarkan perasaan seseorang yang sedang rasa jengkel diganggu dengan mesej yang masuk.

3. Penggunaan tanda baca yang melampau

mesej banyak tanda baca

Selain ayat berakhir dengan dot dot dot ni, satu lagi kaedah penggunaan tanda baca yang sangat mempengaruhi nada mesej anda adalah bila tanda baca diguna secara melampau.

'Betul ke kau nak belanja aku makan hari ni??????' boleh ditafsir seolah seseorang itu nak jawapan segera kepada persoalan yang diajukan. 'Boleh aku pinjam duit kau?!' APA MAKNANYA TANDA BACA SEBEGITU? Ramai yang guna kaedah ni!

Tidak dapat penulis nafikan penggunaan gandaan tanda baca seperti ???? atau !!!! mampu menjadikan mesej itu berbunyi lebih segera yang memerlukan penerimanya memberikan jawapan pantas. Tetapi cuba anda bayangkan kalau boss anda yang mesej anda dan mesejnya berbunyi "Bila kerja nak siap?????"

Annoying kan?

4. Terlalu banyak singkatan

mesej terlalu banyak singkatan

Dengan adanya telefon pintar yang membolehkan kita menaip setiap huruf dengan mudah, adalah agak menghairankan kenapa trend penggunaan singkatan bagi perkataan dan frasa tertentu masih lagi berlaku.

Ke mana-mana kita di internet, kita akan dihujani singkatan yang tidak kita faham dan trend itu turut beralih kepada mesej-mesej yang kita hantar dan terima. Ada yang mesej FYP dalam whatsapp...walhal penggunaannya langsung tak kena.

Baca mesej pelajar sekolah memang membuatkan kita pening kepala. "Hi. WYWH. IMY. ILY.....IDC. QQ.....Awak FIMH. TBH YGTR. IMHO ADIH...awak tetap BAE saya. Salam." Siapa faham apa yang disampaikan ni, awak memang power.

5. Baca teks membuatkan kita rasa negatif

kita cenderung lihat mesej dari aspek emosi negatif

Walaupun kami senaraikan empat teknik menulis mesej yang boleh mengakibatkan kecelaruan dan kekeliruan di atas, perkara pokok yang harus kita semua fahami adalah keupayaan minda kita untuk mengentpretasi sesebuah mesej dengan betul.

Tahukah anda, majoriti antara kita cenderung untuk membaca, melihat dan mentafsir komunikasi yang berlaku dalam ruangan mesej kita yang bertulis - dalam aspek negatif?

Tidak kiralah mesej itu baik sekalipun, kita akan ada rasa penolakan terhadap mesej itu yang menjurus kepada salah tanggapan kita terhadap isi kandungan mesej itu.

Bias negatif ini adalah sesuatu yang normal berlaku dalam kaedah komunikasi menggunakan aplikasi mesej teks sebegini.

Sebagai contoh, kalau kita hantar mesej dan penerima dah baca tanpa balas, terus dalam kepala kita ada bermacam gambaran.

Begitu juga kalau kita dapat mesej 'Hai' dan kemudian mesej itu berhenti setakat itu, minda kita pun mulalah cenderung memikir bermacam sebab kenapa mesej itu terhenti di situ.

Untuk menangani isu ini, adalah dinasihatkan supaya kita menggunakan emoji atau ikon emoji bagi menceriakan situasi dalam mesej yang kita gunakan...kalau kita tahu penerima mudah untuk salah faham dengan nada mesej kita.

Nak senang, formalkan mesej kita. Ini kerana penulisan mesej yang formal, akan menyebabkan penerimanya lebih mudah mentafsir apa yang cuba kita sampaikan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)