Hutan adalah lokasi semulajadi yang sangat penting dalam kehidupan manusia.
Hutan adalah penyumbang terbesar ke arah produktiviti utama kasar bumi. Sejak zaman dahulu lagi, ia telah menjadi sumber yang berterusan bagi umat manusia.
Namun hutan juga boleh menjadi tempat bagi beberapa insiden menakutkan dan menyeramkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Keluasan dan kegelapan yang menyelubungi hutan adalah apa yang membuatkan hutan menjadi bertambah menyeramkan.
iluminasi.com kongsikan senarai antara 6 hutan paling berhantu dan menyeramkan di dunia.
6. Dering Woods, United Kingdom
Dering Woods sering dikenali sebagai hutan yang "berteriak" kerana orang ramai telah melaporkan terdengar jeritan menakutkan pada waktu malam dan bunyi berbisik pada waktu pagi. Hutannya ini dihantui oleh roh orang yang tersesat di dalamnya.
Roh yang paling menonjol adalah seorang kolonel tentera dan seorang pejuang yang ditawan oleh penduduk tempatan dan kemudiannya dipenggal mereka. Walaupun banyak laporan mengenai kehadiran hantu di kawasan itu, ia menjadi platform yang baik untuk penyelidik dalam bidang parapsychology.
Hutan ini terletak di kampung Pluckley dan dianggap sebagai kampung paling berhantu di UK.
Sudah pasti bukan satu perkara yang bijak untuk menguji kebenaran maklumat ini memandangkan banyak roh-roh yang berkeliaran di kampung ini dan hutan juga adalah sangat menyeramkan.
5. Dow Hill Forest, India
Bandar Kurseong adalah sebuah stesen bukit yang sangat indah, terletak di Bengal Barat, India. Dow hill adalah sebahagian daripada bukit-bukit Kurseong dan terkenal sebagai tempat yang paling misteri di India.
Ia juga merupakan tempat membiaknya banyak aktiviti paranormal. Bahagian bukit Dow yang paling menonjol adalah jalan kecil antara pejabat hutan ini dan jalan bukit Dow.
Di sinilah para penebang kayu menyaksikan seorang lelaki muda tidak berkepala sedang berkeliaran. Pertemuan dengan lelaki tersebut tidak berkesudahan dan pernah berlaku di mana mereka yang memasuki hutan ini telah menjadi gila kemudiannya.
4. Elfin Forest, Amerika Syarikat
California bukan sahaja menempatkan Silicon Valley tetapi juga lokasi kepada banyak tarikan semula jadi. Hutan Elfin adalah sebuah komuniti kediaman kecil yang terletak di kaki Gunung Santa Rosa.
Legenda mengatakan bahawa ia pernah diduduki oleh gypsies ghaib dan nenek moyang orang Diegueno India Utara tinggal di kawasan Harmony Grove. Sesetengah daripada gypsies ini telah disembelih oleh penduduk bandar berdekatan.
Dan mitologi menunjukkan bahawa gypsies telah menyumpah hutan serta tanah di sekelilingnya. Terdapat laporan mengenai penampakan hantu, dan perkara ini telah membataskan orang ramai dari kawasan itu.
Dipercayai bahawa hutan ini adalah merupakan tempat artifak kornulopia dan usaha telah dilakukan oleh kumpulan pemuliharaan untuk memelihara ukiran batu dan metat.
Ini akhirnya memberi sedikit gambaran mengenai kewujudan nenek moyang dari Diegueno India Utara.
3. Clapham Woods, United Kingdom
Terletak di West Sussex, England, Clapham Woods Forest telah menjadi topik banyak penyiasatan bukan hanya kerana disebabkan terdapat laporan ternampak kelibat hantu tetapi telah menjadi tumpuan untuk banyak aktiviti UFO.
Antara tahun 1960 dan 1970, terdapat penyelidikan yang luas untuk memahami kebenaran tentang penampakan UFO, namun tiada satu pun yang membuahkan hasil.
Selain penampakan UFO, tempat ini juga dikhabarkan digunakan untuk aktiviti pelik dan jenayah.
Sebahagian daripada aktiviti ini termasuk kehilangan haiwan peliharaan yang aneh dan penemuan badan gadis yang tidak dikenali. Pegawai polis yang bertanggungjawab mengetuai siasatan tentang kematian gadis itu juga mengalami ketakutan, yang akhirnya mati dibunuh.
Maka, tak hairanlah tempat ini dikelaskan sebagai salah satu hutan yang paling berhantu di England.
2. Epping Forest, United Kingdom
Epping Forest adalah hutan padat yang terletak di Essex, Timur England. Keseluruhan 5,900 ekar tanah hutan ini diuruskan oleh City of London Corporation.
Keluasan hutan ini telah menjadikannya tempat persembunyian yang terkenal bagi penjenayah dan mereka yang terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Banyak mayat telah ditemui di hutan ini sejak tahun 1960-an. Maka tidak menghairankan untuk hutan ini mendapat reputasi sebagai tempat di mana kehadiran roh dapat dirasakan.
Pokok-pokok di hutan sudah tidak dipotong untuk tempoh yang sangat lama, hampir 200 tahun. Ia membuatkan pokok-pokok di sini mempunyai struktur yang besar dan bulat, menambahkan lagi rasa seram.
Edward Buxton, seorang ahli pemuliharaan, telah memainkan peranan yang penting dalam menyelamatkan hutan ini daripada digunakan oleh orang awam. Malah, beliau telah menulis buku mengenai hutan ini yang mana diterbitkan pada tahun 1884.
1. Aokigahara, Jepun
Hutan ini berkembang rendang di Gunung Fuji, Jepun. Seluruh bahagian hutan ini terletak di atas lava yang telah keras, akibat daripada letusan besar gunung tersebut pada tahun 864.
Hutan Aokigahara juga dikenali sebagai "Lautan Pokok" atau lebih terkenal sebagai hutan bunuh diri.
Hutan ini meliputi kawasan seluas 30 kilometer persegi dan mempunyai reputasi sejarah sebagai rumah hantu kepada orang yang mati di sini.
Terdapat cerita tentang bagaimana ketika kelaparan, untuk mengurangkan jumlah perut yang perlu diberi makan, maka ahli keluarga yang paling tua dibawa ke hutan ini dan dibiarkan mati disebabkan oleh dehidrasi, kelaparan, dan terdedah kepada cahaya matahari.
Malah, ada yang percaya bahawa hantu orang yang mati seperti ini adalah yang paling banyak menghantui tempat ini. Geografi lokasi ini juga memberikan pengunjung suasana bersendirian yang melampau daripada kehidupan sibuk bandar dan masa yang sibuk.
Di samping itu, ia menjadi tempat di mana ramai orang mengambil kesempatan untuk membunuh diri. Ia merupakan tapak lokasi yang paling disukai dan paling popular untuk membunuh diri di Jepun.
Disebabkan oleh perkara ini, pegawai hutan dan wartawan terpaksa menjalankan pencarian mayat setiap tahun.