Di saat dan ketika anda sedang menggunakan telefon pintar melayari Facebook dan berhubung dengan rakan-rakan anda, masih terdapat sekumpulan manusia yang memakai cawat sebagai pakaian utama dan berburu untuk makan tengah hari. 

Walaupun dunia sudah semaking canggih, orang asli yang tinggal di dalam hutan terpencil selesa dengan hidup mereka dan langsung tidak bergantung kepada teknologi yang kita nikmati sekarang ini. 

iluminasi.com kongsikan 10 suku kaum orang asli yang terpinggir daripada peradaban manusia.

1. Ayoreo

suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Dengan seramai 5,600 orang, puak Ayoreo adalah satu puak yang besar orang asli Gran Chaco. Mereka tinggal di tepi sungai dikelilingi Paraguay, Pilcomay, Parapeti dan Grande.

Walaupun kebanyakan daripada puak Ayoreo berjaya dihubungi namun ada yang masih tidak dapat dihubungi. Mereka mulanya dijumpai oleh Jesuits (Persatuan Nabi Isa) yang dalam misi mencuba berdakyah kepada puak ini supaya berubah kepada Katolik.

Walaupun mereka hidup secara nomad dan berburu untuk mendapatkan makanan, namun ketika musim hujan mereka akan bercucuk tanam. Saki baki puak Ayoreo sangat mahir mengelak daripada ditemui dan menggunakan siulan untuk berkomunikasi antara satu sama tanpa dikesan.

2. Kawahiva 

kawahiva suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Antara salah satu suku kaum yang tersing di Amazon Brazil adalah suku kaum Kawahiva. Mereka hampir-hampir tak dapat meneruskan kelangsungan hidup disebabkan oleh aktiviti pembalakan yang mengganggu dan memusnahkan kehidupan mereka.

Ketika ini mereka cuba untuk melarikan diri dan hidup dalam pelarian. Sebahagian besar daripada suku kaum ini telah terbunuh disebabkan oleh penyakit.

suku orang asli kawahiva

Disebabkan oleh kesukaran untuk berkomunikasi dengan suku kaum Kawahiva, kita hanya tahu mengenai mereka melalui barang-barang yang ditinggalkan seperti anak panah, bakul dan buaian.

Pembalakan haram, cubaan bunuh dan perhambaan membuatkan mereka mempunyai peluang tipis untuk terus hidup.

3. Papua New Guinea

papua new guinea suku kaum yang jauh dari peradaban manusia 2

Bagi puak Papua New Guinea, mereka sangat terkenal dengan sifat kanibalisma. Ramai daripada puak mereka yang akan membunuh orang luar jika berasa terancam atau dihina.

Seorang wartawan, Paul Raffaele hampir-hampir dibunuh kerana secara tidak sengaja menghina tuhan sungai mereka ketika melawat puak yang dikenali sebagai Korowai. Setelah berbincang dan merayu, puak ini membiarkan beliau hidup dan diminta untuk tinggal bersama mereka.

orang asli papua new guinea

Untuk diterima oleh puak terpinggir ini, Paul harus memperoleh kepercayaan mereka dengan lulus ujian yang diberikan. Antara ujiannya termasuklah makan daging manusia, yang mana dilakukannya.

Paul berasa sangat tertekan ketika tinggal bersama puak ini apabila disuruh memegang tempurung otak manusia. Bahagian atas otak terbuka kerana otak dibawa keluar yang menjadi bahagian paling digemari untuk dimakan.

4. Mashco-Piro

mashco piro suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Puak Mascho-Piroo tinggal di kawasan terpencil di hutan hujan Amazon. Mungkin disebabkan rasa takut diserang, mereka sengaja mengelak daripada berhubung dengan orang luar membuatkan mereka sukar untuk ditemui.

Suku kaum ini adalah sekumpulan yang agak besar seramai 100 hingga 250. Pada tahun 1894, sebahagian besar daripada puak Mascho-Piro diserang dan dibunuh oleh tentera yang diupah oleh Carlos Firzcarrald.

suku kaum orang asli mashco piro

Mereka cuba dapat perlindungan di bahagian terpencil hutan ini dan kekal di situ sehingga kini. Sebuah rakaman video telah diambil dari sebuah helikopter oleh sekumpulan ahli ekologi yang bernasib baik yang ternampak mereka.

5. Sentinelese

sentinelese suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Mereka sangat primitif dan hanya terdapat 3 jenis pekerjaan iaitu pemburu, nelayan dan pengumpul tumbuhan liar. Walaupun suku kaum ini menggunakan bahasa yang kita tak tahu bahasa apa, ia berbeza daripada bahasa Jarawa iaitu bahasa yang digunakan oleh kaum yang paling dekat dengan mereka. 

suku kaum orang asli pulau utara sentinelese

Sentinelese tinggal di dalam pondok yang tidak mempunyai dinding tepi atau lantai, serta menggunakan logam-logam yang dibawa air ke pantai mereka. Suku kaum Sentinelese tidak mempunyai kemahiran bercucuk tanam.

6. Surma 

surma suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Puak Surma adalah orang asli di barat daya Ethiopia dengan seramai 80 ribu orang. Mereka mempunyai budaya yang sangat agresif iaitu gemar bertarung sehingga mati menggunakan kayu untuk meraih hormat atau mencari pasangan.

Bagi lelaki, mereka tidak berpakaian dan mencukur bulu sepenuhnya.

surma suku kaum yang jauh dari peradaban manusia 2

Kecantikan bagi puak ini agak berbeza daripada norma, yang mana adalah satu kelaziman bagi wanita mencabut gigi bawah mereka dan meluaskan bibir sehingga boleh dimuatkan cakera di dalamnya.

Puak Surma mempunyai banyak kampung berpopulasi di antara 40 hingga 1,000 orang, dan ada yang mencecah 2,500 orang.

7. Matses 

matses suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Puak Matses adalah antara puak yang sedang terkontang-kanting meneruskan hidup disebabkan pembalakan dan pemburuhan haram. Sehingga kini, mereka mempunyai 3,200 ahli yang hidup dengan berburu.

Mereka tinggal di penempatan hutan dan tak semuanya hidup nomad kerana mereka lebih suka tinggal di penempatan sendiri. Puak ini mempercayai bahawa roh dunia dan dunia nyata adalah sama.

matses suku kaum yang jauh dari peradaban manusia 2

Roh-roh berkeliaran di bumi dan mereka menyembah roh haiwan kerana mereka percaya bahawa roh haiwan menentukan sama ada mereka berjaya atau tidak dalam pemburuan dan kesihatan.

Ketika memburu, mereka biasanya menggunakan busur dan anak panah walaupun dahulunya menggunakan sumpit yang mana telah dihentikan.

8. Amazon

amazon suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Puak yang paling banyak di dunia yang tak dapat dihubungi adalah puak Amazon. Dikatakan mungkin terdapat beratus-ratus suku kaum terpingir dengan beribu-ribu ahli. Disebabkan serangan terhadap orang-orang dan tanah mereka daripada orang luar, puak ini cuba untuk hidup bersembunyi dan tidak ditemui.

Mereka akan mula memanah orang yang tak dikenali dan bersembunyi agar tidak ditemui. Bagi puak yang hidup nomad, mereka berkebolehan membina tempat berteduh dalam beberapa jam sahaja dan sedia untuk meninggalkannya beberapa ketika kemudian.

Terdapat suku kaum yang menggunakan anak panah yang sangat besar dengan tinggi seperti seorang manusia. Terdapat kumpulan yang mempunyai beratus-ratus ahli, dan ada yang hanya tinggal beberapa orang sahaja.

9. Matis

matis suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Juga dikenali sebagai Nutioy atau bimbos, puak Matis adalah orang asli Brazil yang terdiri daripada 290 orang terbahagi kepada dua kampung. Hidup mereka diteruskan dengan berburu dan mempunyai kemahiran bercucuk-tanam.

Pada tahun 1980-an, puak Matis hampir-hampir pupus setelah pertama kali bertemu dengan manusia dari luar. 1 per 3 daripada mereka mati setelah diserang penyakit kerana tidak mempunyai imuniti semula jadi.

Banyak perkampungan mereka terbiar kerana kemerosotan populasi.

10. Ruc Vietnam

ruc vietnam suku kaum yang jauh dari peradaban manusia 2

Ketika berlangsungnya Perang Vietnam, tentera-tentera Vietnam telah menemui puak Ruc ini. Semenjak itu, puak ini hilang dan tidak dapat dijejaki oleh kerajaan. Dikatakan mereka kini berada jauh dalam lingkunan gunung Phong Nha.

Mereka digambarkan sebagai pemalu, penakut dan bogel yang memanjat pokok dan cenuram seperti haiwan. Mereka tinggal di dalam gua yang mempunyai sungai yang dikenali sebagai ruc dalam bahasa mereka, jadi mereka digelar puak ruc.

ruc vietnam suku kaum yang jauh dari peradaban manusia

Juga dikatakan mereka mempunyai kuasa sihir luar biasa yang dirahsiakan dan tersembunyi dari orang luar.

Rujukan

1. BBC

2. Survival International

3. Eski

4. Independent

5. Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)