Kicauan burung adalah bunyi pagi yang indah untuk mengejutkan kita dari tidur, namun jika bunyi jam pada telefon anda adalah panggilan mengawan oleh burung White Bellbird, lain pula ceritanya.
Walaupun memiliki tubuh sekecil burung merpati, burung dari Amerika Selatan ini mampu menghasilkan bunyi yang tersangat kuat. Malah, menurut sebuah jurnal dalam Current Biology, bunyi burung White Bellbird ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan.
BESARKAN TEKS A- A+
Bunyi pendek yang dilaungkan sebanyak dua kali ini adalah tiga kali tahap tekanan suara (ukuran intensiti suara) dari bunyi yang dihasilkan oleh burung Screaming Piha, pemegang rekod ini sebelumnya.
Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2019, burung White Bellbird jantan menghasilkan bunyi mencapai 125 dB, jauh meninggalkan rekod oleh Screaming Piha iaitu 116 dB.
Untuk memudahkan gambaran, 125dB adalah lebih kuat daripada bunyi siren kereta polis.
Malah, kicauan oleh burung White Bellbird jantan ini tersangat kuat sehinggakan setanding dengan bunyi enjin jet semasa berlepas.
Bunyi ini adalah tidak selamat untuk pendengaran manusia.
"Kami dapat mendengarnya di semua tempat, seolah-olah ia adalah semacam soundtrack hutan ini. Burung ini mengeluarkan bunyi deringan yang sangat kuat dan kedengaran seperti seseorang memukul logam, seperti tukang besi," kata Mario Cohn-Haft, salah seorang penulis kajian dan pakar burung di Instituto Nacional de Pesquisas da AmazĂ´nia Brazil.
Cohn-Haft sudah biasa dengan bunyi itu menerusi ekspedisi di pergunungan Amazon Brazil.
Oleh kerana beliau sangat ingin tahu betapa bisingnya bunyi ini, Cohn-Haft menghubungi, Jeff Podos, ahli bioakustik di University of Massachusetts Amherst.
(Burung Screaming Piha)
Kedua-duanya mereka kemudiannya mengembara ke pergunungan tersebut sebanyak dua kali dilengkapi dengan pengukur tahap bunyi yang dikalibrasi untuk merakam amplitud kicauan White Bellbird dan Screaming Piha.
Alat tersebut ini telah diselaraskan dari segi bunyi dan jarak untuk membolehkan perbandingan dibuat.
Richard Prum, seorang pakar ornitologi di Universiti Yale yang tidak terlibat dalam kajian ini, mengatakan bahawa adalah sangat mengagumkan bahawa kedua-dua penyelidik tersebut dapat mengukur tahap desibel yang dihasilkan oleh burung White Bellbird itu.
"Kelantangan bunyi adalah salah satu perkara paling sukar untuk diukur secara empirikal di alam liar kerana terdapat banyak elemen lain yang mengganggu pengukuran yang tepat. Mereka melakukan tugas yang sangat baik untuk mengawal unsur-unsur tersebut," kata Richard Prum.
(Kicauan burung Screaming Piha)
Sebahagian daripada keluarga cotinga, yang merangkumi burung umbrellabird, piha, dan cock-of-the-rock, burung White Bellbirds biasanya tinggal di pergunungan tinggi di utara Brazil dan selatan Venezuela.
Burung jantan berwarna putih terang dengan paruh hitam yang menonjol serta mempunyai gelambir yang tergantung di bahagian atas kepala.
Burung betina pula mempunyai bulu berwarna hijau dengan jalur coklat.
Oleh kerana bunyi kuat biasanya dikaitkan dengan komunikasi jarak jauh, kedua-dua penyelidik tersebut terkejut melihat burung jantan "menyimpan" bunyi terkuatnya untuk dilontarkan apabila burung betina berhampiran.
Mereka juga kagum dan terpesona bagaimana burung betina dan burung jantan itu sendiri dapat bertahan dengan bunyi yang tersangat nyaring tanpa mengalami kerosakan pendengaran.
(Kicauan burung paling kuat di dunia oleh burung White Bellbird jantan)
Sesekali, mereka melihat burung betina bertenggek bersama-sama burung jantan. Dalam interaksi ini, si jantan akan membelakangkan badannya dan kemudiannya berpusing secara dramatik untuk berhadapan dengan burung betina sambil menghasilkan kicauan kedua.
Burung betina biasanya akan berundur ketika atau sebelum kicauan dilakukan, namun masih berada pada jarak yang sangat dekat.
Kelantangan sudah tentunya bukan satu taktik survival, kerana ia meningkatkan risiko si jantan untuk dikesan oleh pemangsa. Jadi, kedua-dua penyelidik ini menyimpulkakn bahawa ia dilakukan kerana si betina.
Dalam kata lain, burung betina ini lebih sukakan dan tertarik kepada burung betina yang lantang.
Rujukan: