Bagaimana rasanya hidup dalam buruan? Pasti sukar. Kita orang kebanyakan ni pun kena ganggu dengan bank yang telefon minta buat pembayaran pinjaman kereta pun, rasa sakit hati.

Apatah lagi bila pihak berkuasa negara sendiri mencari kita. Bagaimanapun, ada juga masanya kes-kes jenayah yang berlaku melibatkan negara-negara luar sehingga memerlukan khidmat polis antarabangsa atau Interpol.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tidak ramai rakyat Malaysia berada dalam senarai merah Interpol. Tahukah anda siapakah warga kita yang disenaraikan dan apa jenayah yang telah mereka didakwa ke atas mereka? Berikut adalah lima individu yang disenaraikan sebagai individu dikehendaki yang masih bebas sehingga kini.

1. Ahli perniagaan yang diburu

4450385c 6ef6 11e8 b1d3 9161aa45bf67 1280x720 143201

Seorang warga Pulau Pinang berusia 51 tahun bernama Tan Lok Seng sedang diburu pihak berkuasa Hong Kong atas satu tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM92.2 juta.

Penyelewengan itu pula dikatakan dilakukan bersama dengan seorang lagi warga kita, seorang wanita bernama Grace Seow Yan Low juga berasal dari Pulau Pinang, baru berusia 33 tahun.

Dengan menggunakan khidmat seorang pengurus bank Standard Chartered Bank di Hong Kong bernama Zhang Cai Xing, mereka bertiga dikatakan menyeleweng bayaran pinjaman perumahan seorang pelanggan, yang turut melibatkan urusan jual beli batu permata dengan syarikat milik Lok Seng bernama Sunny Drive Ltd.

2. Tipu skim insurans

tokio marine

Berhadapan dengan tiga tuduhan menipu pelanggan dalam skim insurans, seorang wanita ejen insurans bernama Kueh Koh Ing dari Sibu, Sarawak kini masih lagi diburu Interpol.

Rakannya yang turut sama bersubahat dalam jenayah itu, seorang lelaki bernama Voon Ching Heong pula telah berjaya diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.

Taktik mereka berdua licik; dengan menggunakan kedudukan mereka sebagai ejen insurans yang mempunyai agensi sendiri.

Mmereka mempedayakan seorang lelaki bernama Tang Chen Yiong untuk mendepositkan RM10,000 bagi tujuan menyertai skim insurans Tokio Marine Insurance Company yang tidak wujud.

3. Buruan kes bunuh yang masih bebas

desmond loo soon aik malaysia dikehendaki polis antarabangsa

Dikehendaki polis Singapura setelah terlibat dengan satu kes pembunuhan yang berlaku di negara itu, warga Malaysia yang bernama Desmond Loo Soon Aik kini masih lagi dikehendaki oleh Interpol.

Desmond dikatakan membunuh seorang warga Indonesia bernama Suhardi Tan yang bekerja sebagai seorang tukang hantar syarikat pengurup wang.

Suhardi ditikam di dada, ditemui mati di ruangan tangga bangunan bernama Raffles Place di republik itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang Desmond. Tarikh lahirnya adalah 20 November 1980 namun negeri asalnya tidak direkodkan. Desmond sempat melarikan diri keluar daripada Singapura, selepas membunuh Suhardi.

4. Peguam wanita yang hidup dalam buruan

rhb building 20190301105216 theedgemarkets

Ini kes yang telah lama berlaku sekitar tahun 1997, namun salah seorang suspek dalam kes ini masih bebas.

Jennifer Tay Siew Kiem menggunakan kedudukannya sebagai peguam bagi meyakinkan seorang kenalannya, Heng Fook Seng untuk menjadi pencadang terhadap permohonan pinjaman seorang ahli perniagaan yang berjumlah RM100 juta.

Kes besar ini menjadi bualan ramai setelah RHB Ekuiti, RHB Sekuriti dan RHB Kapital bertindak menyaman ahli perniagaan terkenal Tan Sri Rashid Hussain serta lima orang rakan perniagaannya, berikutan kerugian yang perlu ditanggung.

Kelulusan yang diberikan kepada transaksi pinjaman yang berjumlah RM500 juta keseluruhannya melibatkan 5 peminjam, gagal dibayar semula termasuklah Heng yang mendakwa ditipu Jennifer.

Turut melibatkan nama Datuk John Soh Chee Wen, salah seorang ahli perniagaan yang rapat dengan beberapa orang figura politik negara - Jennifer Tay dikatakan salah seorang individu paling dipercayai Datuk John.

5. Didakwa terlibat dalam pembunuhan bermotifkan politik

korperal sirul azhar wanted interpol

Di antara semua yang tersenarai dalam artikel ini, nama Koperal Sirul Azhar pastilah yang paling kita kenali berikutan kes yang didakwa ke atasnya merupakan kes yang mendapat liputan sangat meluas.

Dia didakwa terlibat dalam kes pembunuhan jurualih bahasa Altantuya Sharibuu yang kerap diperkatakan, bersama seorang lagi pegawai polis bernama Azilah Hadri.

Mempunyai latar belakang luas dalam karier sebagai seorang pegawai polis serta pernah bertugas sebagai pengawal peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Sirul yang ditahan sebelum diikat jamin nekad melarikan diri ke Australia namun ditahan di Villawood Immigration Detention Centre.

Sudah masuk tahun ke empat penahanannya di situ di negara orang.

Berikutan undang-undang Australia melindungi mana-mana individu yang akan dihukum mati sekiranya dihantar ke negara asalnya, sehingga kini pihak berkuasa kita gagal membawa pulang beliau.

Sirul cuba mendapatkan suaka perlindungan bagi membolehkan dia bebas di sana namun permohonannya ditolak kerajaan Australia.

Kes ini sehingga kini tidak ada jalan penyelesaian.




Hakcipta iluminasi.com (2017)