Jika anda suka menonton filem-filem aksi seperti Fast & Furious, pastinya anda meminati jentera kereta berkuasa tinggi. Kereta-kereta yang digunakan bukan sahaja mempunyai kelajuan yang tinggi, malah antara yang termahal di dunia.

Banyak juga kereta-kereta tersebut dijadikan kereta polis di beberapa buah negara maju. Ia bertujuan memastikan kereta polis dapat mengatasi kereta-kereta pesalah yang tak kurang hebatnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jika di Malaysia, jentera polis yang terhebat adalah Mitsubishi Lancer Evolution X. Ia tidak dinafikan memang sangat bergaya dan berkelajuan tinggi. Namun jika hendak dibandingkan dengan negara-negara yang akan disebutkan ini, pastinya kita ketinggalan jauh di belakang.

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 10 jentera polis yang paling hebat di dunia.

1. Buggati Veyron : Polis Dubai

buggati veyron

Pernah menjadi kereta terlaju dan termahal di dunia, Buggati Veyron antara salah satu daripada kereta mewah polis Dubai. Juga antara salah satu kereta termahal yang digunakan oleh pihak polis dengan harga RM6.85 juta.

Jentera hebat ini mampu mencapai kelajuan 100km sejam hanya dalam masa 2.5 saat dan juga kelajuanmaksima 431km sejam, menjadikannya kereta polis terpantas di muka bumi. Tak dapat nak dibayangkan situasinya jika dikejar oleh jentera polis ini, terus menyerah diri agaknya.

2. Audi R8 : Polis Jerman

r8 97

Memang tak dinafikan akan berada di dalam senarai ini, kerana Jerman adalah negara yang pengeluar kereta termaju di dunia. Dengan menggunakan jentera Audi R8 sebagai kereta polis yang mampu mencapai kelajuan 100km sejam hanya dalam 3.2 saat mereka mampu mengawal keselamatan jalan raya di Jerman dengan lebih baik.

Dengan harga RM, jentera ini mampu mencapai kelajuan maksima 325km sejam dengan enjin V10 5.2 liter, kereta ini diubahsuhai oleh syarikat ABT Sportsline mengubahsuai kereta ini khas untuk kegunaan polis Jerman, daripada kuasa kuda asal iaitu 518 kepada 620 kuasa kuda. WOW!

3. Lamborghini Huracan : Polis Itali

huracan 962

Agak kasar permainan polis kat Itali. Kalau dulu polis Itali menggunakan kereta Lamborghini Gallardo, kini mereka dah upgrade kepada Lamborghini Huracan. Kereta ini sememangnya diubahsuai khas untuk kegunaan polis dengan kelajuan 325km sejam.

Dilengkapi dengan teknologi yang dapat merakamkan bukti dengan cepat jika berlaku apa-apa insiden, termasuk kamera video yang boleh menjejaki dan merakam mana-mana kenderaan yang dikejar.

Ia merupakan sumbangan Polis Negara Itali yang ingin membantu mencegah kemalangan dan jenayah jalan raya serta mengekalkan keselamatan jalan raya di Itali. Kalau ini caranya, memang berkesan!

4. Caparo T1 : Polis United Kingdom

uk police caparo t1 240

Ia sebenarnya bukan lah dikategorikan sebagai kereta polis, tetapi kami masukkan juga dalam senarai ini. Ini antara kereta penguatkuasa undang-undang yang paling "gila" kami penah lihat, dah macam nak lumba Formula 1.

Dengan kelajuan mencapai 100km sejam hanya dalam 2.5 saat sahaja, sayangnya kereta ini tidak digunakan untuk mengejar pemandu yang memandu laju, tetapi digunakan untuk menyampaikan mesej supaya memandu dengan lebih selamat. Kalau digunakan untuk kejar kereta laju, memang tak kan ada yang berani bawak laju la jawabnya.

5. Lamborghini Aventador : Polis Dubai

lamborghini aventador dubai 669

Dubai memang terkenal dengan kekayaannya, bukan sahaja kerajaan Dubai tetapi rakyatnya juga. Jadi, polis mereka juga tak terlepas daripada tempias kekayaan ini. Dengan harga RM1.6juta sebuah, Lamborghini Aventador dijadikan kereta polis untuk mengejar penjenayah jalanan yang memandu dengan laju dan bahaya. Kereta ini boleh mencapai kelajuan 350km sejam di antara kereta polis yang "gila", termasuklah McLaren MP4-12C.

6. McLaren 12C : Polis United Kingdom

mclaren 12c uk police

Jentera polis terlaju di United Kingdom, McLaren 12C tidak dinafikan mempunyai gaya dan kelas tersendiri. Dengan enjin duo-turbo V8 3.8 liter dan kuasa kuda yang tinggi iaitu 616, ia mampu mencapai kelajuan 100km sejam hanya dalam masa 3.1 saat.

Kelajuan maksimanya iaitu 328km sejam pasti membuatkan anda berfikir banyak kali untuk memecut laju di jalan raya. Harganya yang mencecah RM1.1 juta sememangnya layak untuk berada dalam senarai ini.

7. Aston Martin One-77 : Polis Dubai

aston martin one 77 330

Selain Lamborghini, ini antara koleksi kereta polis Dubai yang memang rare. Dengan harga RM7.7 juta sebuah, Aston Martin One-77 ini merupakan kereta polis termahal dan terhebat di dunia.

Dilengkapi dengan enjin V-12 7.3 liter yang mampu menghasilkan 750 kuasa kuda. Tak mengejukan apabila kereta ini sebenarnya disumbangkan oleh salah seorang penduduk Dubai yang kaya. Mungkin tak tahu nak buat apa dengan duit yang terlalu banyak.

8. Dodge Charger : Polis Amerika Syarikat

us police dodge charger 486

Tak kurang hebat, polis Amerika Syarikat tidak mahu ketinggalan dalam senarai ini. Dengan menggunakan kereta Dodge Charger, anda sememangnya bak kata polis US, "you have the right to remain silent".

Dengan bentuknya yang nampak "ganas" dan sado, kereta ini dilengkapi enjin V8 5.7liter, dengan 370 kuasa kuda dan berkelajuan mencapai 100km sejam kurang daripada 6 saat. Cukup laju untuk mengejar anda bila-bila masa di mana saja. Pantas dan bergaya.

9. Ariel Atom Formula 1 : Polis United Kingdom

ariel atom formula 1 861

Anda tak percaya? Memang benar, Pasukan Polis Somerset menggunakan kereta Formula 1 Ariel Atom ini oleh pegawai trafik untuk menghalang pemandu laju dan menggalakkan penunggang motosikal untuk memperlahankan kenderaan mereka. Kereta yang dikeluarkan oleh Ariel Motor Company yang berpangkalan di Crewkerne, Somerset, England ini mencecah harga RM648,000 sebuah.

Walaupun nampak kecil dan comel, ia boleh mencapai kelajuan 96 kilometer per jam hanya dalam masa 2.5 saat sahaja dan berkelajuan maksima 250 kilometer per jam. Ia dikategorikan sebagai antara kereta polis yang terpantas di dunia.

10. Mitsubishi Lancer Evolution X : Polis Malaysia

mitsubishi evolution x pdrm 238

Memang tak dapat nak berada setanding dengan kereta Polis dalam senarai ini, namun dalam hati kami ia antara yang terhebat dan kami berbangga dengan kereta polis Malaysia. Bermula dengan kereta Volvo 740 pada tahun 1980 kemudian semakin maju berubah kepada Proton Perdana pada tahun 1995, kini polis Malaysia sudah berada di tahap membanggakan dengan jentera Mitsubishi Lancer Evolution X. Dilengkapi enjin 2.0 L 4G63T I4 Turbocharged, ia mampu mencapai kelajuan 230km sejam. Malaysia Boleh!

Sumber : 

1. Wikipedia

2. Mirror

3. Motor Authority

4. Top Gear

5. Daily Mail

6. Auto




Hakcipta iluminasi.com (2017)