Oleh pada 08 Feb 2018 kategori

tips borong china

Semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Namun, permulaan kepada sesuatu bisnis bukanlah mudah. Hal ini kerana sebagai usahawan yang baru berjinak-jinak, mestilah kita tiada pengalaman. Jadi tidak hairan sekiranya kita sering tertipu, terutamanya ketika berurusan dengan pemborong dari luar negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hari ini, penulis ingin kongsikan tip berguna yang dikongsikan sendiri oleh pakar borong barang di China, saudara Ramdan Johari, daripada Dazra Ventures & Consultancy kepada Iluminasi. Menurut beliau, tip kelima yang perlu diberikan perhatian lebih kerana telah ramai usahawan dari Malaysia yang sudah tertipu.

1. Kenal pemborong secara personal

Adalah lebih selamat sekiranya anda berjumpa sendiri dan kenal pemborong secara lebih dekat. Sentiasalah berbuat baik dan berbual dengan mereka kerana kebanyakan pemborong China gemar sekiranya pembeli bersikap baik dan murah hati.

panduan borong barang di china

Kemudian, jangan lupa untuk dapatkan kad bisnis, nombor telefon dan ID WeChat mereka. Buat pengetahuan anda, WeChat ini bukanlah sekadar aplikasi untuk mesej dan berseronok semata-mata. Di China, aplikasi ini lebih penting daripada Facebook serta Whatsapp. Menerusi WeChat lah anda boleh menyemak status pemilik kedai, kualiti produk, review pengguna serta pelbagai lagi maklumat penting yang boleh menyelamatkan anda daripada ditipu.

2. Simpan semua resit

Resit merupakan satu-satunya bukti bertulis yang menunjukkan anda pernah berurusan dengan pemborong tersebut. Anda boleh gunakan resit tersebut sebagai bahan bukti untuk membuat laporan polis sekiranya berlaku sebarang kes penipuan.

Anda juga perlu pastikan yang resit yang diberikan oleh pemborong mempunyai nama kedai atau kilang yang sama dengan tempat anda berjual beli. Selain nama kedai, resit yang sah juga sepatutnya mempunyai maklumat mengenai penjual, alamat, nombor telefon dan ID WeChat mereka.

3. Perlu bayar 30% deposit

Apabila deposit telah dibayar, pemborong akan kerap menelefon dan berbalas mesej dengan anda. Ini membuktikan yang mereka sedang memproses tempahan anda, serta mahukan pembayaran yang selebihnya. Anda perlu bayar sedikit deposit, sekurang-kurangnya 30% agar pemborong membuat kerja dengan lebih pantas. Terdapat kes dimana pembeli membayar secara penuh dan kehilangan resit serta tempahannya tidak dilayan. 

4. Wang palsu

ejen borong barang di china

Penipuan wang palsu ini merupakan isu yang serius. Hampir semua pemborong di China mempunya mesin untuk mengesan wang palsu. Meskipun begitu, anda perlu berikan perhatian penuh semasa proses pertukaran wang. Perhatikan juga kelakuan pemborong sewaktu proses ini. Jangan lupa kira semula baki dan periksa sendiri wang tersebut untuk elakkan daripada mendapat wang palsu.

5. Kenal pasti sekiranya pemborong merupakan pemilik kedai.

Terdapat juga kes dimana orang menyamar sebagai pemborong kedai dan menipu pembeli kerana kemahiran berbahasa inggerisnya.

Modus operandi mereka adalah dengan mengenalpasti pelancong dan pembeli yang sukar untuk berurusan dengan pemborong yang berbahasa mandarin. Mungkin kerana pelancong tersebut bergerak bersendirian, tidak berpengalaman atau tidak mempunyai penterjemah. Rata-rata mereka yang tertipu kebiasaannya tidak mengikuti trip borong ke China bersama dengan cosultant trip borong yang bertauliah.

Kebanyakan pemborong tidak tahu atau tidak mahir berbahasa inggeris. Jadi tidak hairanlah sekiranya terdapat individu-individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dan menyamar sebagai pemilik kedai. Mereka juga akan mengeluarkan resit palsu yang mempunyai maklumat palsu dan menerima bayaran daripada anda.

Namun, apabila anda datang semula ke kedai itu semula untuk membuat pungutan produk, barulah anda tersedar yang resit tersebut adalah resit palsu.

borong barang murah di china

Berikut merupakan antara 5 cara untuk mengelakkan anda daripada ditipu ketika memborong produk di China yang dikongsikan sendiri oleh pakar. Semoga tip-tip ini boleh jadi panduan berguna untuk anda yang berniat untuk memborong di sana. Selamat berniaga!

Artikel dikongsi oleh Ramdan Johari




Hakcipta iluminasi.com (2017)