Hari kiamat atau pengakhiran dunia adalah pasti, sama seperti semua manusia akhirnya akan mati. Apa yang kita tak tahu adalah bila dan di mana, serta bagaimana caranya. Sama seperti manusia, dunia ini juga akan berakhir.
Sepanjang sejarah, terdapat pelbagai ramalan yang wujud berkenaan dengan bila dan bagaimana Bumi akan hancur yang menyebabkan berlakunya hari kiamat.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun setakat ini, tiada satu pun ramalan ini tepat, yang mana membolehkan anda untuk terus membaca artikel ini.
iluminasi.com kongsikan 5 ramalan hari kiamat yang terbukti salah.
1. Harold Camping - 1994
Pada tahun 1992, penyiar radio, pengarang dan mubaligh Kristian bernama Harold Camping telah mengeluarkan sebuah buku berjudul "1994?". Di dalam buku tersebut, Harold mendakwa bahawa Nabi Isa akan kembali pada September 1994.
Ramalan oleh Harold ini adalah berdasarkan angka dan nombor yang terdapat dalam kitab Injil. Apabila ramalannya itu tidak berlaku walaupun Harold mendakwa bahawa dia pasti 99.9%, Harold menukar tarikh tersebut kepada 2 Oktober 1994.
Dia sekali lagi menukar tarikh "kiamat" ramalannya kepada 31 Mac 1995. Secara keseluruhan, Harold melakukan 12 ramalan yang berbeza tentang tarikh hari kiamat, yang mana yang terakhir adalah pada 21 Oktober 2011.
Setelah kesemua ramalannya ini tidak menjadi kenyataan, Harold menyalahkan matematik yang tidak betul.
2. Y2K - 1 Januari 2000
Kemungkinan ramalan hari kiamat yang paling popular setakat ini, mereka yang mempercayai teori Y2K beranggapan bahawa apabila tibanya masa ke zaman milenium, sistem komputer dunia akan hancur.
Y2K adalah singkatan bagi "tahun 2000", biasanya digunakan untuk merujuk kepada pintasan pengaturcaraan komputer yang meluas yang dijangka menyebabkan malapetaka ketika tahun berubah dari 1999 hingga 2000.
Selama beberapa bulan sebelum tibanya tengah malam 1 Januari 2000, para penganalisis menjangkakan bahawa keseluruhan rangkaian komputer akan runtuh, menyebabkan kegagalan fungsi secara meluas yang dahsyat.
Sejenis bug komputer berkaitan dengan penyimpanan data kalendar dikatakan menimbulkan masalah, di mana sehingga ke waktu itu, tarikh direkodkan menggunakan dua digit terakhir bagi tahun sahaja.
Secara teorinya, ini akan menyebabkan kehancuran di seluruh dunia apabila dunia memasuki tahun baru, apabila 99 (1999) bertukar menjadi 00 (2000).
Kapal terbang dikatakan akan jatuh dari langit, loji jana kuasa akan ditutup dan masyarakat akan berhenti berfungsi.
Hakikatnya, hanya beberapa insiden berkaitan dengan komputer dikaitkan, yang mana kebanyakannya melibatkan jam digital yang memaparkan tahun 1900 dan bukannya tahun 2000.
3. Richard Noone - 5 Mei 2000
Di dalam bukunya yang bertajuk "5/5/2000: Ice, The Ultimate Disaster", penulis Richard Noone mendakwa bahawa hari terakhir Bumi adalah pada 5 Mei 2000.
Tarikh ini didakwa akan berlaku satu peristiwa di mana planet Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal menjadi sejajar dengan Bumi untuk kali pertama dalam 6,000 tahun.
Jajaran planet ini dikatakan akan mencetuskan beberapa siri bencana alam, bermula dengan gangguan kutub Bumi.
Malang bagi Richard, tiada saiapa yang mempercayai ramalannya lagi selepas ramalan hari kiamat ini tidak berlaku.
4. Large Hadron Collider - 10 September 2008
Ramai yang percaya bahawa manusia akan menjadi penyebab "kematian" Bumi apabila mereka beralih kepada Collider Large Hadron (LHC).
Dengan cuba mencipta Big Bang versi mini, beberapa ahli teori menyangka ia akan menghasilkan lubang hitam yang akan menelan Bumi.
Kebimbangan mencapai tahap yang tersangat dahsyat apabila sepasang warga yang begitu cemas melancarkan tuntutan terhadap pengendali HLC, yang mana memerlukan laporan keselamatan dikemukakan sebelum HLC boleh dikendalikan.
Setakat ini, LHC masih belum menghasilkan lubang hitam seperti mana yang disangkakan oleh beberapa ahli teori tersebut.
5. Mayan Apocalypse - 21 Disember 2012
Salah satu ramalan yang paling diikuti dan dipercayai dalam beberapa dekad yang lalu iaitu Mayan Apocalypse, dijangka berlaku beberapa hari sebelum Krismas pada tahun 2012, sebaik sahaja kalendar Maya kuno ini berakhir.
21 Disember menandakan menandakan berakhirnya "Great Cycle" pertama kalendar ini, selepas 5,125 tahun berjalan.
Ramalan ini mencetuskan panik di seluruh dunia, dan menimbulkan beberapa ramalan kiamat yang aneh termasuklah pencerobohan makhluk asing, nyalaan matahari gergasi dan gelombang pasang surut yang menyusul selepas penyusunan semula planet.
Seorang lelaki di China yang sangat yakin bahawa dunia akan berakhir pada tarikh ini telah membelanjakan lebih daripada RM500,000 untuk membina kapal yang dikatakan kalis-kiamat.
Rujukan:
1. NASA
2. The Sun
3. INC