Gambar sekadar hiasan. Kredit BERNAMA

Cuba bayangkan rutin memberus gigi anda setiap hari.

Anda ambil berus gigi, letakkan ubat gigi pada berus kemudian besar kemungkinan anda akan basahkan berus gigi sebelum mula memberus. Selang 2 ke 3 minit yang anda rasakan memadai, anda berhenti memberus lalu berkumur dengan air.

Rasa segar mula memenuhi mulut anda!

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tetapi tahukah anda, langkah yang anda amalkan besar kemungkinan sepanjang hayat anda setakat ini tidak elok; sebenarnya telah menyebabkan gigi dan gusi anda lebih lemah berbanding biasa?

Amalan salah yang diajarkan sejak bangku sekolah

berus gigi bayi

Kita semua rakyat Malaysia pasti pernah menjalani latihan memberus gigi semasa sekolah.

Kebiasaannya, guru kelas berpesan agar kita membawa cawan supaya kita dapat belajar teknik memberus gigi. Jururawat hadir keesokannya datang membawa hadiah sebatang berus gigi dan ubat gigi jenama Colgate baru; penaik semangat kita nak belajar memberus.

Cawan itu sudah pastilah digunakan untuk berkumur bukan?

Kita pun beramai-ramai memberus gigi dengan air secawan, sebelum berkumur dengan air tersebut selepas selesai sesi latihan tersebut.

Apa yang penulis lalui dulu begitulah; kami diajar untuk kumur dengan air selepas berus gigi.

Tetapi tahukah anda sebenarnya berkumur selepas memberus gigi sebenarnya bertentangan dengan saranan pihak perubatan sendiri, dalam amalan tatacara penjagaan gigi?

Apakah cara sebenar memberus gigi?

jururawat ajar kanak kanak berus gigi

Dalam kajian yang dijalankan di United Kingdom, 62% daripada individu yang memberus gigi dianggarkan mengamal tabiat yang salah, apabila gemar berkumur dengan air setiap kali selesai memberus gigi.

Sedangkan, saranan yang disyorkan kepada orang ramai adalah hanya untuk meludah keluar apa saja yang terkandung dalam mulut kita selepas memberus tanpa perlu membilasnya dengan air.

Ini kerana berkumur hanya akan menyebabkan bahan berkhasiat florida yang diperlukan gigi dibuang keluar. Saranan ini merupakan saranan rasmi badan kesihatan United Kingdom serta Oral Health Foundation - sebagai langkah terbaik melindungi gigi anda.

Bagi mereka yang gemar berkumur dengan menggunakan larutan kumur nyah kuman dan bakteria, adalah dinasikan agar anda anda berkumur terlebih dahulu dengan larutan tersebut - sebelum memberus gigi.

Kenapa kaedah yang disyorkan di Malaysia berbeza?

program berus gigi sekolah

Kami tidak tahu kenapa Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi pewartaan Prosedur Operasi Standard 'Latihan Memberus Gigi' di sekolah-sekolah bertarikh Julai 2019, tetap menganjurkan agar anak murid berkumur (pautan PDF) selepas memberus gigi.

Pada pandangan kami, beberapa kajian perubatan terperinci telah pun dijalankan di United Kingdom yang menjadi asas kepada saranan asas di negara mereka, yang boleh kita teladani.

Dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Kings College dengan kerjasama beberapa orang kumpulan penyelidik lain, mereka sependapat bahawa berkumur selepas memberus gigi merugikan individu yang mengamalkan rutin itu setiap hari.

Sebaliknya kumpulan penyelidik ini mengesyorkan seandainya anda mesti juga berkumur, gantikan kumur anda itu dengan pencuci mulut berflorida.

Walaupun harganya lebih tinggi berbanding pencuci mulut biasa, carian kami di portal-portal beli belah popular menunjukkan yang stoknya tidaklah setinggi yang kami sangka pada awalnya.

Bagi penulis pula selepas mempelajari tentang amalan yang disyorkan ini, penulis akui kini penulis tidak lagi berkumur dengan air seperti biasa. Cukup sekadar meludah keluar sehinggalah kita rasa selesa.

Nota : Jika anda tahu ada pewartaan KKM berkenaan perubahan kepada isu ini, tolong kongsikan kepada kami ya!

Rujukan

The Dental Laboratories Association Ltd




Hakcipta iluminasi.com (2017)