Peluru berpandu nuklear Russia, direka untuk memusnahkan keseluruhan bandar di persisir pantai dilihat sedang dalam ujian. Pada mulanya ia disangka sebagai palsu, tetapi pengkaji di internet dapat mengesan pembangunan senjata ini bermula sejak 2008 lagi. Senjata ini mungkin merupakan senjata nuklear terkuat yang pernah dicipta manusia.
Kementerian Pertahanan Russia baru-baru ini menerbitkan video yang menunjukkan senjata nuklear atau "senjata kiamat" yang diberi nama Poseidon sedang diuji. Ia dikatakan mampu mencetuskan ombak tsunami setinggi 300 kaki apabila diletupkan di dalam laut.
BESARKAN TEKS A- A+
Pada Perhimpunan Persekutuan Russia pada 1 Mac, Presiden Russia iaitu Vladimir Putin berkata senjata ini mampu bergerak di dasar laut dalam dan ianya sangat sukar bagi musuh untuk mengenalpasti kelemahannya.
Putin menambah lagi bahawa tiada apa di dunia ini yang mampu menahan kekuatan letupan senjata ini. Senjata ini dibawa di dalam dasar lautan menggunakan pengangkutan tanpa pemandu. Senjata ini juga boleh dilancarkan ke atas beberapa sasaran seperti kapal udara dan juga kubu pertahanan di persisiran pantai.
Hans Kristense, Pengarah Projek Informasi Nuklear di Persatuan Saintis Amerika berkata, senjata ini ada sesuatu yang sangat luar biasa dan 'gila' yang anda boleh bina. Seorang penganalisa pertahanan iaitu H.I. Sutton pula menerangkan, melalui video yang diterbitkan itu, Poseidon mungkin mempunyai 2 meter lebar dan 20 meter panjang.
Sutton yang juga seorang penulis World Submarines: Covert Shores Recognition Guide mengatakan peluru berpandu ini adalah yang terbesar pernah dibina manusia. Ianya juga dicipta untuk menyeberangi keseluruhan laut sebelum diletupkan termonuklearnya.
Untuk memburukkan lagi keadaan, peluru berpandu ini telah dipasang dengan lapisan radio aktif yang akan mencemari keseluruhan kawasan dan membuatkan ia tidak dapat digunakan manusia buat satu jangka masa yang agak panjang.
Peluru berpandu Poseidon ini dianggarkan mampu mencapai kelajuan sehingga 70 batu nautika sejam, lebih laju dari mana-mana kapal selam pemintas peluru berpandu Amerika. Poseidon juga mampu menyelam sedalam 3,280 kaki ke dasar laut, lebih jauh dari mana-mana kapal selam Tentera Laut Amerika.
Pertama kali kerajaan Russia mendedahkan maklumat berkenaan senjata ini ialah pada 2015. Berdasarkan blueprint yang didedahkan, senjata ini boleh membawa 50 megatan bom nuklear atau lebih. Jika ini benar, maka Poseidon ini mungkin menyamai Tsar Bomba, senjata nuklear terbesar pernah diletupkan.
Pada 30 Oktober 1961, Kesatuan Soviet telah berjaya meletupkan Tsar Bomba di Pulau Severny di Lautan Artik. Bom hidrogen ini mempunyai kekuatan 50 megatan bom nuklear, iaitu 3000 kali ganda lebih kuat dari bom yang dijatuhkan ke atas Hiroshima semasa Perang Dunia ke-2.
Walaupun begitu, Poseidon mungkin tidaklah begitu efektif apabila Russia menerangkan ia perlu diletupkan dari dalam air. Namun begitu, seorang ahli fizik senjata nuklear di Makmal Negara Lawrence Livermore iaitu Greg Spriggs berkata, senjata 50 megatan ini dengan mudah mencetus tsunami yang mampu menghentam persisir pantai dengan kekuatan letupan sebanyak 650 kilotan.
Tidak dinafikan kekuatan letupan peluru berpandu ini mampu melumpuhkan keseluruhan pasukan pertahanan Amerika namun, pakar mempersoalkan tentang kebolehannya menyasarkan sasaran yang sedang bergerak.
Sehingga kini itu sahaja maklumat berkenaan Poseidon yang telah didedahkan oleh kerajaan Russia. Pakar senjata nuklear Amerika masih terus mempersoalkan tentang kesahihan senjata seperti ini samada ianya benar atau palsu.
Mengapa kerajaan Russia mendedahkan maklumat sebegini juga menjadi persoalan. Tidak dapat dipastikan pesanan apakah yang ingin disampaikan Russia melalui video Poseidon yang dikeluarkan.
Rujukan :
1. Youtube