Setiap daripada kita dilahirkan dengan penampilan yang unik antara satu sama lain sekurang-kurangnya dengan sedikit berbeza, sama ada warna rambut, warna kulit, bentuk badan, atau perbezaan lain. Tetapi sesetengah daripada kita dilahirkan dengan penampilan berbeza yang ketara.
Dalam kes-kes tersebut, kebanyakannya datang daripada penyakit yang jarang berlaku, individu boleh dilahirkan dengan penampilan yang, terus terang, ramai yang tidak percaya adalah nyata.
BESARKAN TEKS A- A+
Di Iluminasi, kami telah banyak menulis artikel mengenai penyakit yang unik atau rare antaranya 8 Penyakit "Rare" dan Pelik yang Tiada Penawar dan 7 Penyakit Berkaitan Otak Yang Paling Rare. Kali ini, mari lihat penyakit rare yang aka menyebabkan perubahan penampilan dan imej seseorang pula.
1. Hypertrichosis
Hypertrichosis adalah penyakit yang jarang berlaku yang membawa kepada pertumbuhan rambut tebal yang tidak normal. Ia boleh tertumpu di kawasan tertentu atau menjejaskan keseluruhan badan. Ada yang menggelar keadaan ini sebagai Sindrom Serigala Jadian.
Kes-kes di mana hipertrikosis menjejaskan seluruh badan atau sekurang-kurangnya muka telah membawa kepada nama panggilan Lycanthropicnya. Walaupun kedengaran aneh, hipertrikosis tidak disebabkan oleh satu mutasi atau pendedahan kepada bahan merbahaya.
Sehingga kini masih belum ada penawar bagi Hypertrichosis. Apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan ketidakselesaan adalah dengan mencukur bulut dan rambut di tempat yang bukan kebiasaan namun kebiasaannya akan mengambil masa yang lambat keran begitu lebat.
2. Elastoderma
Elastoderma adalah keadaan kulit yang sangat jarang berlaku yang paling kerap mengakibatkan kulit pesakit menjadi menjadi regangan secara berlebihan dan lebih berkemungkinan kekal tegang berbanding kulit biasa.
Aspek elastoderma yang paling pelik ialah penyakit hampir tidak dapat diramalkan. Ia kebiasaannya berlaku pada individu yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit elastoderma dan boleh muncul di mana-mana bahagian badan.
Sehingga kini tiada ubat untuk merawat penyakit ini malah rawatan standard untuk keadaan ini. Walaupun kawasan kulit yang terjejas boleh dibuang melalui pembedahan, keadaan ini kebiasaannya akan kembali semula terjadi selepas pembedahan.
3. Ichthyosis
"Ichthyosis" secara literal bermaksud "keadaan ikan" dan itu adalah penerangan yang cukup tepat mengenai penyakit ini. Walaupun ichthyosis adalah sejenis penyakit dengan kira-kira dua dozen keadaan berbeza, mereka semua berkongsi satu sifat yang sama: ia menjadikan kulit anda menjadi keras, tebal dan kering yang kelihatan seperti sisik ikan.
Jenis ichthyosis yang paling biasa ialah Ichthyosis Vulgaris, penyakit yang tidak mengancam nyawa yang biasanya memberi kesan kepada pesakit secara lebih sosial berbanding perubatan. Pesakit kebiasaannya akan mencegah kawasan kulit bersisik itu daripada peluh kerana akan menjadikan kulit gatal dan menjadi lebih panas.
Bentuk ichthyosis lain, seperti Ichthyosis jenis Harlequin, boleh menjadi lebih teruk dari segi fizikal dan perubatan malah membawa kepada kematian jika tidak dirawat. Bacaan lanjut Harlequin Ichthyosis: Penyakit Kulit Genetik Yang Boleh Membawa Maut.
4. Argyria
Tidak seperti kebanyakan penyakit dalam senarai ini, argyria bukanlah disebabkan keadaan genetik. Ia disebabkan oleh pendedahan yang berlebihan kepada sebatian perak dan perak, bermakna ia boleh mula hadir pada sebarang umur. Simptom utamanya adalah kulit akan kelihatan berwarna biru.
Walaupun jumlah perak yang rendah tidak berbahaya kepada kita, pengambilan berulang atau pendedahan kepada jumlah yang banyak menyebabkan unsur itu terkumpul di dalam badan kita. Jika perak diambil secara topikal, seperti melalui krim, pengumpulan akan tertumpu di kawasan yang terjejas.
Walau bagaimanapun, jika ia tertelan, ia akan terkumpul di bahagian yang berlainan di seluruh badan yang berpotensi menjejaskan keseluruhan kawasan permukaan kulit anda. Mereka yang mempunyai argyria tidak dapat dipulihkan walaupun pendedahap terhadap perak telah berhenti.
5. Acromegaly
Acromegaly adalah keadaan yang disebabkan oleh tumor pada kelenjar pituitari yang mengakibatkan pengeluaran hormon pertumbuhan yang berlebihan. Kadangkala, ini hanya mengakibatkan gejala ringan seperti tangan atau rahang membesar. Dalam kes lain, ia telah menyebabkan peningkatan drastik dalam saiz keseluruhan badan.
Antara contoh terkenal penyakit ini adalah "Andre the Giant". Dan bukan sahaja Andre tetapi ahli gusti gergasi lain seperti Big Show dan Great Khali. Selain itu, terdapat juara MMA Antonio “Bigfoot” Silva, ikon motivasi Tony Robbins dan pelakon Carel Struycken yang memainkan watak Lurch dalam filem Keluarga Addams.
Seperti penyakit lain yang jarang berlaku dalam senarai ini, keadaan pesakit boleh jadi berbeza-beza dan begitu juga prognosisnya. Dalam kes Andre the Giant, penyakit ini akhirnya menyumbang kepada kematiannya.
Kredit: