Pemain-pemain dalam senarai ini adalah pemain yang hebat suatu ketika dahulu, namun disebabkan sikap dan kesombongan diri, mereka akhirnya menghancurkan kerjaya mereka sendiri. Disiplin dan sikap adalah sesuatu yang boleh diubah, bergantung atas individu itu sendiri, dan tidak terhad kepada dunia bola sepak sahaja. Semoga kisah mereka memberi pengajaran kepada kita semua untuk terus berusaha dan bersikap rendah diri.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Nicolas Anelka
Nicolas Anelka kelihatan menghampiri kemuncak kejayaan dalam kariernya apabila berjaya merembat masuk sebanyak 17 gol sepanjang 35 perlawanan mewakili Arsenal ketika musim 1998-99. Dibeli daripada Paris Saint-Germain tahun sebelumnya, pemain Perancis itu menjadi salah seorang bakat yang sangat dimahukan oleh kelab-kelab besar Eropah, walaupun baru hanya berusia 20 tahun. Bakat yang ditonjolkan oleh beliau juga berjaya menarik minat Real Madrid untuk membelinya daripada The Gunners dengan tawaran harga pada £22.3 juta (nilai yang sangat tinggi pada waktu itu).
Arsene Wenger bersetuju dengan tawaran tersebut. Dengan nasihat abangnya Claude Anelka, pemain muda tersebut telah membuat permintaan kenaikan gaji di Arsenal sebelum berangkat ke Real Madrid. Di Madrid, penyerang itu gagal mempamerkan aksi yang meyakinkan, dan dijual ke kelab demi kelab, sebelum akhirnya berjaya mencipta semula kejayaan dalam kerjayanya ketika bersama Chelsea.
2. Jack Rodwell
Jack Rodwell mempunyai peluang untuk menjadi hero buat Everton namun segalanya tidak membuahkan hasil. Seorang peminat Everton sejak kecil, beliau memenuhi fantasi masa kecilnya itu dengan bermain dengan kelab tersebut, sebelum dipancing oleh Manchester City pada 2012. City menandatangani pemain tersebut kerana mereka perlu memenuhi kuota pemain tempatan, di mana beliau hanya memanaskan bangku simpanan pada kebanyakan masa sepanjang musim.
Akhirnya beliau dijual ke Sunderland pada harga £10 juta. Pada awal penyertaannya bersama Sunderland, kelab tersebut gagal untuk memenangi sebarang perlawanan. Walaubagaimanapun, pemain berusia 25 tahun ini masih mempunyai masa yang cukup untuk berkembang menjadi pemain yang lebih baik. Gareth Bale gagal memenangi 21 perlawanan pertama ketika bersama Tottenham Hotspurs, namun akhirnya berjaya memenangi trofi Champions League bersama Los Blancos.
3. George Best
Tiada pemain bola sepak yang sukakan minuman alkohol seperti mana George Best sukakannya, namun siapa sangka minuman tersebut yang menjadi penyebab kematian pemain lagenda ini. George Best adalah seorang pemain yang sangat berbakat, namun kebolehannya itu seringkali dibayangi oleh penggunaan alkohol, serta perbelanjaan kekayaan secara tidak berhemah yang akhirnya menyebabkan kehancuran kerjaya bola sepaknya sendiri.
Pada tahun 1969, bekas pemain Manchester United ini mengumumkan bahawa beliau telah berhenti menggunakan minuman beralkohol serta tidak lagi 'bermain' perempuan, namun janjinya itu hanya bertahan selama 20 minit. Cintanya terhadap alkohol memberi banyak masalah kepada dirinya sendiri, sehinggalah menjadi penyebab kematiannya.
4. Adriano
Pemain kebangsaan Brazil ini menarik perhatian ramai ketika beliau bermain untuk Parma di Itali, menjaringkan 23 gol sepanjang 37 perlawanan liga. Namanya terus disebut-sebut selepas menjadi seorang penyerang elit untuk Inter Milan pada musim kedua bersama kelab tersebut. Jaringan sebanyak 38 gol sepanjang 78 perlawanan menyakinkan Inter Milan untuk menyambung kontrak beliau untuk 5 tahun seterusnya. Perubahan nasibnya itu turut menandakan bermulanya pengakhiran kerjaya buat Adriano.
Pemain Inter Milan itu mula lebih kerap ke kelab malam, mempamerkan aksi hambar ketika perlawanan, dan menghadapi masalah disiplin. Pemilik Inter Milan, Massimo Moratti memberi cuti tanpa gaji kepada beliau, sebelum digugurkan dari skuad tersebut pada tahun 2009. Kini, Adriano lebih banyak meluangkan masa bersama gengster tempatan di Brazil.
5. Emmanuel Adebayor
Arsene Wenger membawa pemain kebangsaan Togo ini daripada AS Monaco untuk bersama Arsenal, dan menjadikan beliau pemain kegemaran dalam musim pertamanya bersama Emirate. Berjaya bersama kelab tersebut, akhirnya beliau berpindah ke Manchester City dengan bayaran perjanjian sebanyak £25 juta. Beliau berkata perpindahannya ke City bukanlah kerana wang.
Sejak bersama kelab itu, Adebayor mula bermasalah, gagal menghadirkan diri ke latihan, dan kerap kali membuat permintaan yang bukan-bukan, serta meminta bayaran yang lebih tinggi. Seorang penyerang berbisa, kerjayanya terbantut dek kerana kesombongan dirinya sendiri. Antara kelab terbaru yang mengundurkan diri daripada membelinya dalah Lyon, yang menganggap beliau adalah suatu masalah yang terlalu mahal. Kini, Adebayor bermain untuk İstanbul Başakşehir, di Turki.
Siapa lagi pemain bola sepak berbakat yang bermasalah yang akhirnya memakan diri mereka sendiri?
Sumber: